A- A A+
  • main header

  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

Data Terbuka ( Terma Penggunaan )

Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0

Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.
1. Penggunaan data di bawah terma ini
    Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.
2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
    (i) Salin, terbit, edar dan pindah data;
    (ii) Adaptasi data;
    (iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
    (iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.
3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
    (i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
    (ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
    (iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
    "Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "
4. PENGECUALIAN
    Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
    (i) Data peribadi;
    (ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
    (iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
    (iv) Lambang diraja dan lambang tentera;
    (v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
    (vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
    (vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.
5. TIADA JAMINAN
    (i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan
        liabiliti berhubung data; dan
    (ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis 
         kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara
         berterusan.
6. UNDANG-UNDANG
    Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.
    Tarikh Pindaan: 30 SEPTEMBER 2015

  •  banner raya 2017

     

  • NOTIS PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEMENTARA BAHAGIAN ZON KANAK-KANAK, TINGKAT BAWAH, PERPUSTAKAAN NEGERI, PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN
    Kepada pengguna yang dihormati,

    Untuk makluman, pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan menjalankan kerja-kerja menaik taraf dan pengubahsuaian di bahagian Zon Kanak-Kanak, Tingkat Bawah, Perpustakaan Negeri, Seremban.

     Sehubungan dengan itu, perkhidmatan Bahagian Zon Kanak-Kanak, Perpustakaan Negeri akan ditutup sementara waktu dari 3 Mei 2017 dan dijangka dibuka semula pada 4 Julai 2017.Penutupan hanya melibatkan Zon Kanak-Kanak sahaja manakala Zon Dewasa di Tingkat 1 akan dibuka seperti biasa dan urusan pemulangan buku kanak-kanak boleh dibuat di kaunter Zon Dewasa, Tingkat Satu, Perpustakaan Negeri, Seremban.

    Segala kesulitan yang timbul kami mohon maaf. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Siti Norsariza binti Mat Rashid (Unit Korporat dan Latihan) di talian 06-7635989.

    Sekian, terima kasih.

  • TIADA TENDER/SEBUTHARGA PPANS UNTUK JUN 2017

  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di  Persidangan CIO ASEAN  2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini.  Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada.  Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.

  • Harap maaf, tiada tawaran Jawatan Kosong untuk Jun 2017