A- A A+
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • image 1
  • TIADA TENDER/SEBUTHARGA PPANS BUAT MASA INI

  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di  Persidangan CIO ASEAN  2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini.  Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada.  Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.

  • Harap maaf, tiada tawaran Jawatan Kosong buat masa ini

  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 5
  • 1
  • 1
  • 1
  • Tahniah diucapkan kepada kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2018 Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan yang telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Hj Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 8.4.2019 (Isnin) jam 2.30ptg di Klana Resort Seremban.
  • Kursus Pengukuhan Kemahiran Prestasi Tinggi Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah diadakan pada 2 April 2019 bertempat di Klana Resort Hotel Seremban. Bersama Perunding Motivasi Che E dari Asasinsan Resources Training
  • Bengkel Microsoft Power Point telah diadakan pada 27-28 Mac 2019 bertempat di Makmal Komputer Institut Perguruan Raja Melewar. Penceramah bengkel ialah En. Mohd Rizwan bin Muhammad Yusof iaitu Ketua Unit Media dan Koleksi Negeri Sembilan.
  • Kempen Syoknya Membaca Sempena Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Daerah Kuala Pilah 2019 telah diadakan pada 21 Mac 2019 di Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Pilah. Majlis dirasmikan oleh YB Tuan Eddin Syazlee bin Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
  • Gimik Pelancaran Bacathon in Puteri dan Majlis Anugerah Kecermerlangan Akademik SPM 2018 di SMK Puteri Seremban pada 22 Mac 2019. Majlis dirasmikan oleh YBhg Pn. Jamilah @ Chumila bt Hj. Katis Pengarah Perbadanan Awam Negeri Sembilan.
  • Diadakan di d'Tempat Country Club, Sendayan Majlis ini diadakan bagi meraikan kakitangan PPANS yang telah bersara dalam perkhidmatan. Mereka yang diraikan adalah En.Afandi b Ahmad (Pemandu) telah berkhidmat 16 tahun dengan PPANS, Pn.Rodziah bt Mat Piah (Pemb.Pustakawan)telah berkhidmat 15 tahun dan Pn.Noor Lizan bt Majid telah berkhidmat 34 tahun. Majlis dimeriahkan dengan kehadiran YBhg Puan Jamilah Bt Hj Katis Pengarah PPANS. Bagi pihak PPANS terima kasih diatas bakti yang disumbangkan mereka kepada masyarakat. Semoga berjaya dalam bidang yang diceburi selepas ini.
  • PENYERAHAN LITTLE MINI LIBRARY OLEH YM TUNKU ZAIN AL-ABIDIN IBNI TUANKU MUHRIZ KEPADA PERPUSTAKAAN AWAM KUALA PILAH UNTUK KEMUDAHAN PENDUDUK DI TAMAN SERI ULU BENDUL. PADA: 9.3.2019 (SABTU) MASA: 11.00PG TEMPAT: PERKARANGAN TAMAN SERIULU BENDUL SEMOGA IA BERMANFAAT KEPADA SEMUA. TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT ESP ROTARY ROYAL CLUB YANG MEMBERI SUMBANGAN INI.
  • Program ini telah diadakan pada 28 Februari 2019 bertempat di Perpustakaan Negeri, Seremban. Program ini melibatkan kakitangan PPANS dan turut membantu kakitangan SWCorp yang telah membersih serta mengutip sampah di sekitar bangunan PPANS Ia bertujuan untuk menyebarluaskan amalan menjaga kebersihan di kalangan orang awam serta membenteras sikap suka membuang sampah merata-rata.
  • Y.Bhg. Dato’ Abdullah Sani Ab Hamid adalah Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dilahirkan pada 10 September 1952 di Kuala Pilah Negeri Sembilan, memegang Ijazah Sarjana Public Administration dari Universiti Amerika, Amerika dan juga Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia. Beliau memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam pada 20 Oktober 1975 sebagai Penolong Pegawai Daerah Port Dickson Negeri Sembilan. Seterusnya beliau berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Penolong Pengarah Kanan Pejabat Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan (Protokol) dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban, Pengarah Yayasan Negeri Sembilan, Pegawai Kewangan Negeri Sembilan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri pada 28 Disember 2006 sehingga bersara dari Perkhidmatan Awam. Beliau juga merupakan Bekas Ahli Lembaga Pengarah Amanah Raya Berhad (ARB), Ahli Jawatankuasa Audit ARB dan juga Bekas Ahli Lembaga Pengurusan Institut Latihan Kehakiman Dan Perundangan (ILKAP). Banyak pengalaman dikongsikan oleh YBhg Dato' sepanjang berkhidmat di dalam bidang perkhidmatan Awam. Unit Media dan Unit Pelanggan Seremban PPANS berkesempatan merakam perbualan dan akan di dokumentasikan untuk rujukan pengguna perpustakaan.
  • Bengkel "SmartStudy Master Skills" telah diadakan pada:- 25 Februari 2019 (Isnin) Penceramah : Puan Noorazilah binti Ibrahim dari Arfan Resources Tempat: Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson Peserta seramai 47 orang terdiri dari kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan Perpustakaan Negara Malaysia. Moga ilmu diperolehi dapat dimanfaatkan di tempat kerja dan di rumah. Terima kasih atas komitmen dan kerjasama semua. Terbaik.... Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - PPANS
  • KEMPEN MERAKYATKAN BUDAYA MEMBACA PERINGKAT DAERAH TAMPIN 2019 DIRASMIKAN OLEH YB DATO DR HASAN BAHAROM 20 FEB2019 Pertandingan yg disertakan adalah spelling bee cetusan mewarna 3D berkeluarga pertandingan keratan akhbar dan bengkel bahasa bagi pelajar yg bakal menduduki SPM. Terima kasih diucapkan kepada semua agensi2 kerajaan yang terlibat secara langsung mahupun tidak.