A- A A+
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

Polisi E-Penyertaaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan ( PPANS ). PPANS sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan Jabatan untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survey Atas Talian, Konsultasi Awam, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial PPANS iaitu Facebook.

Oleh yang demikian, PPANS amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut: 

  1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.

  2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.

  3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.

  4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.

  5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.

  6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.

  7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.

  8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.

  9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.

  10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.

  11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.

  12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 4
  • 3
  • 2
  • 1
  • 10
  • 4
  • PERHIMPUNAN WARGA KERJA PPANS BIL 1/2019 DI PAC KUALA OILAH TARIKH ; 11.2.2019 (ISNIN) MASA ;8.00Pg -5.00ptg TEMPAT: PAC KUALA PILAH
  • SUKANEKA RAKYAT PPANS & PNM Anjuran : Kelab Sukan dan Kebajikan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (KESUKA) Tarikh :2.2.2019 Hari : SABTU Tempat :Center Court,Paroi Seramai 200 orang kakitangan dan keluarga Perbadanan Perpustakaan Awam N.Sembilan (PPANS) dan Perpustakaan Desa PNM mengambil bahagian dalam Sukaneka Rakyat anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan PPANS. Objektif utama program ini adalah untuk memupuk semangat persaudaraan serta silaturahim dikalangan kakitangan. Pelbagai acara sukaneka telah diadakan dan disertai oleh kakitangan termasuk kanak-kanak. Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg Puan Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
  • Kreativiti Seni Gubahan Sirih Junjung Sempena Sambutan Hari Keputeraan DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Perpustakaan Desa Air Hitam Jempol pada 29 Januari 2019
  • PROGRAM SAYANGI RSJA KITA SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM TUANKU MUHRIZ IBNI ALMARHUM TUANKU MUNAWIR YANG KE 71 TARIKH: 12.1.2019 (SABTU) MASA: 8.30 PG TPT; DEWAN TUANKU AMPUAN NAJIHAH VIP: YB TUAN MOHD NAZARUDDIN BIN SABTU PENGERUSI GERAKAN MEMBACA NEGERI SEMBILAN MERANGKAP EXCO KERAJAAN N.SEMBILAN Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - PPANS
  • 14 Disember 2018 Aktiviti cuti sekolah hari ni bersama Mama Ziela.. 1. Hello Friends 2. My Dinosaur Adventure 3. Thanksgiving Turkey Craft Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - PPANS
  • 13 Disember 2018 Lawatan dari Tadika Andra Nilai seramai 40 org kanak-kanak Antara aktiviti yang dijalankan adalah: 1. Ice breaking 2. Augmented reality flashcard 3. Movie time Pada Zaman Dahulu 4. 3D Cristmas Card Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - PPANS
  • 12 Disember 2018 Aktiviti Cuti Sekolah bersama Tadika Qaseh Khalisha & Pusat Jagaan Kai Xin seramai 40 orang. 1. Ice breaking 2. My new friend 3. Art n craft little mary 4. Head n shoulder
  • Perhimpunan Warga Kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) ---------------------------------------- Telah diadakan pada 10 Disember 2018 bertempat di Perpustakaan Awam Jelebu. Seramai 150 warga kerja PPANS dan PNM telah berhimpun untuk bersama-sama mendengar amanat dari Pengarah PPANS YBhg Puan Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis. Dalam ucapan amanat tersebut Pn Pengarah telah menyentuh mengenai kejayaan dan pencapaian Jabatan yang cemerlang sepanjang tahun 2018 hasil kerjasama yang kukuh antara semua warga kerja. Pengukuhan integriti dan nilai murni serta hubungan komunikasi yang berkesan turut disentuh oleh Puan Pengarah. Perhimpunan ini juga turut diselitkan Ceramah Motivasi komunikasi berkesan dan juga program Kelab Sukan dan Kebajikan PPANS.
  • 5 Disember 2018 Selesai Untuk Hari ini. Aktiviti bermula jam 2 petang seramai 35 org menyertai aktiviti untuk hari ini. Aktiviti kita harini ✏Kuiz ✏Siapa Saya ✏DIY " How to make Slime " #jombacabuku #cutisekolah
  • 29 Nov 2018 Aktiviti Cuti Sekolah di Perpustakaan Bestari Samsung Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - PPANS 📚Senam Dulu 📚Jom kita Lukis 📚Henna my design Jom Adik-adik ke Perpustakaan...kita beraktiviti.