A- A A+
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  •  Infografik IFLA

  • phil downloadBacaan Online PERCUMA! Semua ada! Surat Khabar, Majalah dan Buku Tempatan!  Publications in Malaysia!

    Sila lawati *Ookbee Buffet yang mempunyai bahan bacaan termasuk buku, majalah dan surat khabar tempatan secara buffet yang pertama di Malaysia. Terhad kepada 2,080 log in pengguna setiap minggu (7 hari).

    Ikuti langkah berikut:-
    1. Sila daftar keahlian u-pustaka melalui www.u-pustaka.gov.my (bagi yg belum ahli U-Pustaka).
    2. Selesai daftar, log masuk dan pilih pangkalan data, sila klik pada icon *Ookbee Buffet.*
    3. Aktifkan akaun anda menggunakan email yg sama (digunakan di u-pustaka) dan buat akaun untuk Ookbee.
    4. Muat turun aplikasi *’Ookbee Buffet’* di Google play store (android) di App store (iOS) untuk telefon pintar anda.
    5. Log in aplikasi Ookbee Buffet dengan akaun yg telah diaktifkan tersebut.

    * Bagi ahli U-Pustaka sedia ada, anda boleh terus ikuti langkah no.2 atau aktifkan akaun Ookbee Buffet anda di corporate.ookbee.com/pnm/activate

    Selamat Membaca
    “Bangsa Membaca Bangsa Berjaya”
  • TIADA TENDER/SEBUTHARGA PPANS BUAT MASA INI

  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di  Persidangan CIO ASEAN  2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini.  Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada.  Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.

  • Harap maaf, tiada tawaran Jawatan Kosong buat masa ini

MAKLUMAT PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN

Jika anda mempunyai sebarang permohonan untuk mendapatkan maklumat mengenai PPANS , sila kemukakan permohonan anda secara rasmi ke:

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
Jalan Dato Sheikh Ahmad,70000,
Seremban,Negeri Sembilan.
No. Telefon : 06-7635989 
Fax : 06-7635944
Emel Jabatan : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 
Emel Webmaster : utkm_ppans[at]yahoo[dot]com

***Penafian - Permohonan sebarang maklumat dan data yang dipohon masih lagi bergantung kepada keputusan Kementerian ini.

  • kursus
  • anas
  • perasmian
  • samsung
  • temuramah
  • kawad
  • a
  • b
  • c
  • d
  • e
  • f
  • Unit Latihan dan Unit Media telah mengadakan bengkel Microsoft Power point untuk kakitangan PPANS. Seramai 20 kakitangan telah terlibat dalam bengkel ni yang diadakan pada 14 Ogos 2018 bertempat di Makmal Bahasa, Jabatan Teknologi Pendidikan, Institut Penguruan Raja Melewar, Seremban. Bengkel ini dikendalikan oleh En Mohd Rizwan Bin Muhamad Yusof Ketua Unit Media dan Koleksi Negeri Sembilan.
  • Menziarahi kakitangan PPANS yang sedang menerima rawatan... Pengarah PPANS Pn Jamilah Hj Katis berserta pegawai- pegawai PPANS menziarahi kakitangan PPANS yang sedang menerima rawatan. Menziarahi En Syafiq Mainudin (anak beliau baru menjalani pembedahan jantung berlubang) di Institut Jantung Negara manakala di sebelah petang menziarahi En Mohd Anas Jaafar yang sedang menerima rawatan kimoterapi di Institut Kanser Negara...semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini dan diberi kesembuhan olehNya...
  • Program Jom ke Perpustakaan Di Perpustakaan Desa Taman Indah, Tampin disempurnakan oleh YB Tuan S.Veerapan Suparamaniam EXCO Kerajaan Negeri Sembilan.
  • Perpustakaan bestari samsung akan menjalankan program sempena Sambutan Hari Kebangsaan akan datang...jom ke Perpustakaan Negeri Seremban
  • Temubual sejarah lisan bersama-sama Chef Selebriti terkenal Ybhg. Dato' Haji Ismail bin Ahmad di Restoran Rebung milik beliau di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2018. Beliau merupakan anak kelahiran Kampung Chengkau Hulu, Rembau. Beliau dikenali sebagai Chef terkemuka bagi masakan tradisi Malaysia khususnya masakan Negeri Sembilan. Beliau telah dilantik sebagai duta masakan asli Malaysia dan telah berjaya mempromosikan masakan Malaysia di seluruh dunia. Banyak pengalaman, pahit manis sepanjang berada dalam bidang masakan dikongsi sepanjang temubual ini. Temubual sejarah lisan ini akan direkodkan bagi tujuan rujukan dan penyelidikan pengguna PPANS
  • Latihan Kawat Kaki PPANS untuk Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke -61. Kakitangan PPANS bersemangat menjalani latihan kawat kaki sempena Sambutan Kemerdekaan Malaysia ke 61. Seramai 60 kakitangan PPANS terlibat dalam perbarisan kemerdekaan tahun ini. Latihan ini dijalankan di Kompleks Belia Sukan Paroi.
  • 4 orang Kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan menghadiri Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat NS Tahun 2018 pada 6 Ogos 2018.
  • Buat pertama kalinya sempena sambutan Hari Pengakap Sedunia dan Hari Kemerdekaan, Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson telah berkoloborasi dengan Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Port Dickson. Pada 1 Ogos telah diadakan Program Lencana Membaca Dan Melukis Dan Mewarna Pengakap Kanak-kanak dan Pengakap Muda Daerah Port Dickson. Hampir 200 orang pengakap berkumpul di Perpustakaan dengan sambutan meriah. Persatuan Pengakap telah menyumbang sepasu Bunga Raya (Bunga Kebangsaan) sebagai lambang koloborasi dan Hari Kemerdekaan kepada Perpustakaan. Tahniah! dan terima kasih atas kerjasama semua juga pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN)
  • YBhg. Puan Jamilah binti Haji Katis, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah menghadiri Majlis Lambaian Kasih Sanjungan Budi sempena persaraan YBhg. Tuan Abdullah bin Yussuf, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Pihak PPANS mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg Tuan Abdullah bin Yussuf bagi pihak BTP, kerana telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan program-program bersama dan pihak PPANS berharap agar usahasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang. Selamat Bersara dan semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada YBhg Tuan.
  • Perasmian Perpustakaan Awam Selangor @ PJKita Community Library - Tahniah kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor di atas Perasmian Perpustakaan Awam Selangor @PJKita Community Library yang telah disempurnakan oleh YAB Tuan Amirudin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor pada 28 Julai 2018 (Sabtu). Majlis Perasmian telah dihadiri oleh 2 orang pegawai dari PPANS.
  • Pinjaman Berkelompok PPANS: Sebanyak 1000 buah buku telah diedarkan sebagai Pinjaman Berkelompok ke 5 buah sekolah di sekitar Seremban & Nilai. Antara sekolah yang telah menerima kemudahan ini ialah: 1) Sekolah Kebangsaan Al-Amin, Nilai 2) Sekolah Kebangsaan Temiang 3) Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Kirby 4) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato'Mohd Said, Nilai 5) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampangan
  • Mesyuarat Lawatan Kerja JKR Negeri Sembilan di Perpustakaan Bestari Samsung pada 24 Julai 2018