A- A A+
  • main header

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Keahlian & Pinjaman

Keahlian Perpustakaan :

  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia khususnya  di Negeri Sembilan.
  • Bayaran Pendaftaran keahlian adalah mengikut kategori berikut:
     
    • Pendaftaran di Perpustakaan Negeri, Cawangan, Pekan

      Kanak-kanak  -  Mereka yang berumur 12 tahun dan ke bawah (PERCUMA)
      Remaja  -  Mereka yang berumur 13 hingga 20 tahun (PERCUMA)
      Dewasa  -  Mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas (PERCUMA)

    • Pendaftaran di Perpustakaan Desa

      Kanak-kanak  -  (PERCUMA)
      Remaja          -  (PERCUMA)
      Dewasa         -  (PERCUMA)

  • Pelanggan perlu bersetuju untuk patuh kepada peraturan-peraturan perpustakaan yang telah digariskan sekiranya ingin menggunakan perkhidmatan perpustakaan.
  • Pelanggan perlu membuat pendaftaran keahlian dengan mengisi Borang Pendaftaran Keahlian SAHABAT ILMU mengikut kategori yang ditetapkan. Borang boleh didapati di kaunter Pendaftaran.
  • Proses pendaftaran keahlian adalah dalam tempoh 5-10 Minit.
  • Tempoh keahlian perpustakaan adalah selama 1 tahun. Ahli perpustakaan dikehendaki memperbaharui pendaftaran keahlian sekiranya ingin terus menjadi ahli selepas tamat tempoh keahlian.
  • Kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah memerlukan Ibubapa/penjaga sebagai penjamin

    Keahlian Hypermedia:
    Pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan komputer di Zon Kanak-Kanak dikehendaki mengisi Borang Perdaftaran Keahlian Hipermedia. Borang Pendaftaran Keahlian Hipermedia boleh didapati di kaunter unit pelanggan. Perkhidmatan ini terbuka kepada mereka yang berumur 5 tahun hingga 12 tahun. Yuran tahunan sebanyak RM2.00/tahun dikenakan kepada pemohon. Keahlian hendaklah diperbaharui setiap tahun.


 Pinjaman dan Pemulangan Buku :

  • Ahli dibenarkan meminjam 2 buah buku untuk tempoh 2 minggu.
  • Perlanjutan tempoh pinjaman boleh dilakukan di kaunter pinjaman atau melalui panggilan telefon ke perpustakaan dimana peminjaman buku dibuat sebelum atau pada tarikh pemulangan buku.
  • Tempoh tambahan untuk peminjaman ialah selama 2 minggu.
  • Ahli yang lewat memulangkan buku akan dikenakan denda RM0.10/hari untuk sebuah buku
  • Ahli dikehendaki membayar harga buku bagi kehilangan dan kerosakan teruk pada buku.