A- A A+
  • main header

  • ramadhan2016 2
  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Koleksi Hotbooks

Pengenalan :

Ruangan Hotbooks merupakan satu sudut yang menempatkan buku-buku baharu dan popular yang terkini di pasaran. Buku-buku baharu jika diletakkan di atas rak bersama-sama dengan buku sedia ada, tidak disedari kewujudannya oleh pengguna perpustakaan.

Ia merupakan satu inisiatif pegawai-pegawai perpustakaan dalam usaha menarik lebih ramai golongan muda berkunjung ke perpustakaan. Penempatan buku-buku baharu di tempat yang khusus akan membantu pengguna mendapatkan maklumat dengan lebih cepat.

Ruangan Hotbooks juga meningkatkan imej perpustakaan sebagai pelopor maklumat dan penyebaran ilmu pengetahuan. Selain itu, golongan muda adalah pengguna terbesar talian internet dan PPANS akan menggunakan peluang tersebut unutk menggalakkan budaya membaca walaupun secara talian

Perlaksanaan ruang Hotbooks

  1. Ruang di hadapan Kaunter Zon Dewasa akan digunakan sebagai lokasi Hotbooks kerana lokasi yang berhampiran kaunter dan mudah untuk kakitangan untuk mengawal keadaan.
  2. Pihak jawatankuasa akan membuat pilihan buku secara terus ke kedai-kedai buku seperti MPH, Popular, Kinokuniya, Borders dan penerbit-penerbit buku terpilih.
  3. Setelah buku-buku dipilih, diterima oleh unit Perolehan PPANS, data akan dimasukkan dalam sistem katalog PPANS.
  4. Seorang pegawai catalog akan menyediakan nombor pengkelasan dan mencetak ‘sticker’ dan ‘barcode’ setiap buku di unit Katalog PPANS.
  5. Setelah selesai pendokumentasian buku tersebut, ia akan diletakkan di atas rak yang disediakan.
  6. Proses pendokumentasian buku-buku Hotzbooksz diberi keistimewaan dam masa yang lebih singkat berbanding proses pendokumentasian biasa yang lebih panjang masanya.
  7. Buku-buku tersebut akan diimbas dan disediakan ulasan buku oleh pegawai daripada unit Perolehan dan dimuatnaik dalam portal Hotzbooksz.
  8. Selain itu, disediakan juga video mengenai ulasan-ulasan buku terkini tersebut oleh rakan-rakan pengguna PPANS sebagai daya tarikan kepada golongan muda.
  9. Projek Hotzbooksz ini akan bermula pada bulan Januari 2013 dan berterusan setiap bulan berdasarkan kepada peruntukan koleksi setiap tahun.