A- A A+
  • main header

  • 111111111111
  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Langganan Pangkalan Data Komersial Percuma


Pangkalan Data komersial boleh diakses melalui portal : http://www.pnmdigital.gov.my/
     
EBSCO INFORMATION SERVICES
Merupakan pangkalan data terbesar yang menyediakan akses kepada e-Buku, artikel daripada beribu-ribu judul e-Jurnal dan pelbagai sumber maklumat daripada lebih 100 pangkalan data. EBSCOHost merupakan antara pangkalan data yang popular di dunia.

EMERALD
Menyediakan akses kepada jurnal-jurnal ilmiah dan buku-buku khususnya dalam bidang perniagaan, pengurusan dan kejuruteraan.BERNAMA LIBRARY AND INFOLINK SERVICE (BLIS).BLIS menyediakan sumber-sumber maklumat penting yang boleh anda gunakan untuk membantu penyelidikan. Antaranya, berita semasa dan arkib berita BERNAMA, profail tokoh-tokoh di Malaysia, teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

ENCYCLOPEDIA BRITANNICA OLINE (EBO)
Pangkalan data ini kaya dengan pelbagai sumber ilmu terkini, relevan serta sahih yang boleh anda gunakan untuk menyokong pendidikan dan pembelajaran. Antara sumber maklumat yang boleh anda manfaatkan: Encyclopedia Britannica Online For Kids and Teens,World Atlas dan Primary Resources and E-Books.

EBRARY
Menyediakan akses secara teks penuh kepada lebih dari 170,000 e-buku dan bahan-bahan ilmiah daripada lebih 500 penerbit. Ia terdiri daripada koleksi buku, jurnal, majalah, peta dan terbitan lain meliputi pelbagai bidang perkara antaranya pertanian, pendidikan, sejarah, bahasa dan kesusasteraan, sains, teknologi dan lain-lain.

PERKHIDMATAN PROGRAM SKOR A
Menyediakan nota lengkap berserta peta minda, aplikasi guru pintar berserta avatar dan bank soalan kepada semua pelajar sekolah membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang disediakan secara percuma.

CREDO REFERENCE
Menyediakan kemudahan kepada anda untuk mengakses lebih daripada 3 juta artikel secara dalam talian. Di sini, anda boleh membuat pencarian dan mendapatkan akses secara teks penuh kepada artikel daripada beberapa judul bahan-bahan rujukan seperti ensaiklopedia, kamus, biografi.

ZINIO


Menawarkan perkhidmatan untuk mengakses e-Majalah secara dalam talian. Sebanyak 166 judul e-Majalah popular dalam pelbagai bidang perkara oleh penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk bacaan anda.

WORLD E-BOOK LIBRARY
Menyediakan perkhidmatan mengakses dan membuat peminjaman kepada judul-judul e-buku terpilih, yang disediakan secara dalam talian. World E-Book Library menyediakan akses kepada lebih daripada 2,000,000 judul eBuku dalam format PDF meliputi buku akademik, jurnal dan majalah, novel serta buku audio.

OVERDRIVE
Menyediakan perkhidmatan peminjaman e-Buku secara dalam talian. Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam.

LIBRARY PRESSDISPLAY
Merupakan sebuah pangkalan data suratkhabar yang disediakan oleh NewsPaperDirect, Inc, Canada. Di sini, anda boleh mengakses lebih dari 2,200 judul suratkhabar terkemuka dunia, daripada 97 negara dalam 54 bahasa secara segera dalam format teks penuh (full-text) , termasuk akhbar-akhbar utama terbitan Malaysia secara dalam talian.

LAWNET
Pangkalan data undang-undang Malaysia terkini, merangkumi Acts of Parliament yang dibangunkan oleh PNMB-LawNet, Percetakan Nasional Malaysia Bhd. Ia adalah komprehensif yang mudah untuk digunakan dan disediakan untuk peguam, penasihat undang-undang, ahli akademik, pelajar undang-undang serta mereka yang mempunyai keperluan harian untuk merujuk kepada undang-undang Malaysia.

NSTP E-MEDIA
Perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh New Strait Times Press (Malaysia) Berhad. Mengandungi artikel-artikel suratkhabar kebangsaan keluaran NSTP semenjak tahun 1991. Merupakan koleksi maya terbitan NSTP yang tersiri daripada akhbar New Straits Times, New Sunday Times, Computimes, Business Times, The Malay Mail, Sunday Mail, Berita Harian, Berita Minggu, Harian Metro, Metro Ahad, Didik, Minda Pelajar, Malaysian Business dan Investors Digest.

DATA IG LIBRARY
Menyediakan akses kepada 429 judul e-Buku dalam bidang ekonomi, politik dan sains sosial dari koleksi Institute of Southeast Asia Studies (ISEAS) dan 249 judul e-Buku terbitan American Library Association (ALA).