A- A A+
  • main header

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 PPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

Unit Teknologi Komunikasi dan Maklumat

Latarbelakang
Pihak UTKM telah berjaya melaksanakan beberapa program berteraskan ICT di seluruh perpustakaan di Negeri Sembilan.

Pelaksanaan program ini dikategorikan kepada beberapa aktiviti utama :-
1.1 Sistem Perpustakaan Berkomputer ( CLM )
1.2 Projek USP ( Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat )
1.3 Projek PPIK ( Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti )
1.4 Pembangunan Kandungan Laman WEB Komuniti ( LWK )
1.5 Projek Ubiquitious Library Di Bawah Seliaan SKMM

Sistem Perpustakaan Berkomputer (CLM)
Latar Belakang
Sistem CLM ( Clarice Library Management System ) adalah sebuah sistem yang digunakan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Ia    berasaskan   “web” serta diimplementasikan oleh Syarikat Pintaran IT Sdn Bhd. Sistem CLM ini mula diguna pakai pada tahun 2003 hingga kini. Dengan penggunaan Sistem sebanyak 6 rangkaian PPANS perpustakaan telah menggunakan Sistem CLM sehingga tahun 2008.

Senarai tapak perpustakaan CLM sehingga tahun 2008

• Perpustakaan Awam Seremban
• Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson
• Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Pilah
• Perpustakaan Awam Cawangan Jempol
• Perpustakaan Awam Cawangan Jelebu
• Perpustakaan Awam Cawangan Rembau

Projek USP (Program pemberian perkhidmatan sejagat)
Perkhidmatan USP
Program USP ( Universal Service Provision ) yang bermaksud Program Pemberian Sejagat dilaksanakan oleh Kementerian Tenaga, Air Dan Komunikasi Malaysia (KTAK) dengan pembiayaan projek dari Tabung Dana Industri yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi ( KTAK ). Tujuan utama program ini adalah untuk merapatkan jurang digital di antara penduduk kawasan luar bandar dengan penduduk bandar dengan menyediakan kemudahan asas komunikasi di perpustakaan khususnya perpustakaan desa termasuk segala peralatan komputer serta kemudahan capaian kepada internet.

Projek PPIK (Pusat Perkhidmatan Ilmu Komuniti)
Latar Belakang
Pusat Perkhidmatan dan Ilmu Komuniti (PPIK) adalah satu lagi program biayaan KTAK yang diperkenalkan pada tahun 2005. Program PPIK menyediakan sumber manusia yang terlatih dari segi ICT bagi membantu komuniti memanfaatkan infrastruktur ICT yang disediakan bagi meningkatkan tahap celik maklumat yang sekaligus meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Program PPIK ini dibangunkan majoritinya di perpustakaan desa terpilih.

Pembangunan Kandungan Laman Web Komuniti ( LWK )
Latar Belakang
Pembangunan Kandungan Laman Web Komuniti merupakan projek yang dilaksanakan di bawah program USP. Program pembangunan laman web ini bertujuan untuk membangunkan kandungan tempatan untuk tujuan memperkenalkan lokasi USP kepada umum. Laman web ini diselia oleh pihak Maxis dan dibina oleh syarikat Softbox Sdn Bhd. Sehingga Disember 2008 sebanyak 21 lokasi telah dipilih sebagai tapak untuk pembangunan laman web tersebut.

Projek Ubiquitious Library di bawah seliaan SKMM
Latar Belakang
Ubiquitious library atau U-Library yang diwujudkan oleh SKMM bertujuan untuk merangkaikan Sistem di Perpustakaan Negara dengan Perpustakaan Negeri di seluruh Malaysia melalui satu sistem yang boleh digunapakai oleh semua. U-Library juga diwujudkan untuk meningkatkan tahap penggunaan jalur lebar (broadband) di Malaysia. Capaian Jalur Lebar membolehkan perpustakaan diakses secara digital di manamana dan pada bila-bila masa. Pendigitasian juga adalah salah satu cabang di dalam Projek U-Library. Pendigitasian membolehkan maklumat dan bahan yang terdapat di Perpustakaan diguna dan dilihat di seluruh dunia untuk rujukan dan kajian.