A- A A+
  • main header

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 PPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

22 Januari 2020

Tajuk :Seremban diisytihar bandar raya

Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Kerajaan Negeri Sembilan komited beri bantuan pembangunan sekolah
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Seremban declared a city
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :New Straits Times

Tajuk :Seremban:Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah menyistiharkan Majlis Bandaraya Seremban sebuah bandaraya di dalam Istiadat Pengisytiharan Majlis Bandaraya Seremban dan Perasmian Wisma MBS. Upacara istiadat pengisytiharan bermula apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,YB Puan Zuraida Kamaruddin menyerahkan Surat Cara pengurniaan taraf bandar raya kepada baginda sebelum baginda menyerahkannya kepada MBNS. Baginda kemudian mengisytiharkan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) digabungkan menjadi MBS berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.Istiadat itu diteruskan apabila MBNS menghadap Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir membaca Surat Cara pelantikan Datuk Zazali Salehudin sebagai Datuk Bandar Seremban yang pertama sebelum beliau mengadap dan melafazkan penerimaan jawatan serta mempersembahkan ikrar setia.Baginda kemudian berkenan memakaikan kalung jawatan serta menyerahkan Cokmar kepada Datuk Zazali Salehudin.Selepas upacara tersebut bunga api dilepaskan sebagai tanda permulaan Majlis Bandaraya Seremban.

Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Harian Tamil Malaysia Nanban

Tajuk :Seremban:Menurut MBNS,oleh kerana inisiatif Bas Percuma Seremban yang diperkenalkan pada tahun lepas mendapat sambutan yang menggalakkan,hentian bagi Bas Percuma Seremban akan ditambah iaitu Terminal 1,UTC Ampangan,Pusat Dakwah Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban.Selain itu perkhidmatan bas percuma baharu yang menghubungkan Bandar Seri Jempol dan Bahau juga akan diperkenalkan pada tahun ini,tambah beliau semasa berucap di sidang media selepas Majlis Pengisytiharan Bandaraya Seremban.Beliau juga menyatakan dengan kemajuan Seremban menjadi sebuah bandar, MBS akan berusaha dalam mempromosikan industri pelancongan tempatan dan tarikan yang terdapat di Negeri Sembilan ini.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :China Press

Tajuk :Tampin:YB Tuan Veerapan hadir merasmikan upacara penyalaan lampu tanglung di Tokong Taman Indah Tampin.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :China Press

Tajuk :Mantin:YB Tuan Arul Kumar telah menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempena Tahun Baru Cina di Pejabat Persatuan Pengurusan Tanah Perkuburan Cina Mantin.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:YB Tuan Veerapan bersama MP Tampin,YB Dato Dr Hassan telah turun meninjau kerja-kerja pemasangan lampu tang long di Kampung Baru Tampin dan juga sempat menyumbangkan limau mandarin kepada MPKK Kampung Baru Tampin dan juga MPKK kampung-kampung yang lain bersempena perayaan Tahun Baru Cina.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:YB Puan Mary Josephine Prittam Singh telah menghadiri majlis penyampaian sumbangan Tahun Baru Cina untuk warga emas di Rantau anjuran Kelab Sosial Pedagang Muda NS.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :China Press

Tajuk :Tampin:YB Tuan Veerapan telah hadir merasmikan Majlis Makan Malam sempena kesyukuran bermulanya tahun 2020 ajuran Persatuan Peladang Sayur Tampin.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:MBNS telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Peruntukan Sumbangan daripada kerajaan negeri kepada Sekolah Tinggi Chung Hua.Menurut MBNS,kerajaan negeri amat mementingkan juga pembangunan dalam pendidikan.Oleh kerana itu kerajaan Negeri Sembilan komited dalam menyalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah di negeri ini bagi menyokong aktiviti dan rancangan pembangunan sekolah.Turut sama hadir YB Tuan Loke Siew Fook,YB Tuan Teo Kok Seong,YB Tuan Cha Kee Chin,YB Tuan Choo Ken Hwa,YB Puan Nicole Tan Lee Koon,YB Tuan Chew Seh Yong,YB Tuan Yap Yew Weng,YB Tuan Ng Chin Tsai dan YB Puan Mary Josephine Prittam Singh. Disamping itu MBNS juga turut merasmikan Pertandingan Penulisan Kaligrafi Cina 2020 anjuran Sekolah Tinggi Chung Hua.Beliau berkata aktiviti pertandingan penulisan kaligrafi Cina merupakan satu aktiviti seni budaya masyarakat Cina yang unik dan amat sesuai dalam menambahkan kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina.Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri amat menyokong aktiviti kebudayaan yang sihat seperti ini.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:MBNS telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Peruntukan Sumbangan daripada kerajaan negeri kepada Sekolah Tinggi Chung Hua.Menurut MBNS,kerajaan negeri amat mementingkan juga pembangunan dalam pendidikan.Oleh kerana itu kerajaan Negeri Sembilan komited dalam menyalurkan bantuan kepada sekolah-sekolah di negeri ini bagi menyokong aktiviti dan rancangan pembangunan sekolah.Turut sama hadir YB Tuan Loke Siew Fook,YB Tuan Teo Kok Seong,YB Tuan Cha Kee Chin,YB Tuan Choo Ken Hwa,YB Puan Nicole Tan Lee Koon,YB Tuan Chew Seh Yong,YB Tuan Yap Yew Weng,YB Tuan Ng Chin Tsai dan YB Puan Mary Josephine Prittam Singh. Disamping itu MBNS juga turut merasmikan Pertandingan Penulisan Kaligrafi Cina 2020 anjuran Sekolah Tinggi Chung Hua.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Guang Ming Daily

Tajuk :Seremban:Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai telah bergabung dan menjadi Majlis Bandaraya Seremban dan penjawat awam perlu mengubah sikap agar dapat memberikan perkhidmatan yang efisien,berkualiti dan telus supaya warga Bandaraya Seremban dapat menikmati kehidupan yang selesa dan sejahtera kata MBNS di dalam sidang media selepas upacara pengisytiharan Bandaraya Seremban.Beliau juga berkata dengan pengiktirafan Bandaraya Seremban ini,ia akan menjadi salah satu faktor pembangunan ekonomi di Negeri Sembilan dan secara tidak langsung dapat memajukan negeri ini.Di dalam upacara pengisytiharan tersebut ia bermula apabila Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,YB Puan Zuraida Kamaruddin menyerahkan Surat Cara pengurniaan taraf bandar raya kepada Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebelum baginda menyerahkan kepada MBNS.Baginda kemudian menyisytiharkan MPS dan MPN digabungkan menjadi MBS berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.Istiadat diteruskan apabila MBNS menghadap Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus,Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir membaca Surat Cara pelantikan Datuk Zazali Salehudin sebagai Datuk Bandar Seremban yang pertama sebelum beliau mengadap dan melafazkan penerimaan jawatan serta mempersembahkan ikrar setia.Baginda kemudian berkenan memakaikan kalung jawatan serta menyerahkan Cokmar kepada Datuk Zazali Salehudin.Selepas upacara tersebut bunga api dilepaskan sebagai tanda permulaan Majlis Bandaraya Seremban.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Guang Ming Daily

Tajuk :Seremban:MBNS telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Peruntukan Sumbangan daripada kerajaan negeri kepada Sekolah Tinggi Chung Hua.Turut sama hadir YB Tuan Loke Siew Fook,YB Tuan Teo Kok Seong,YB Tuan Cha Kee Chin,YB Tuan Choo Ken Hwa,YB Puan Nicole Tan Lee Koon,YB Tuan Chew Seh Yong,YB Tuan Yap Yew Weng,YB Tuan Ng Chin Tsai dan YB Puan Mary Josephine Prittam Singh. Disamping itu MBNS juga turut merasmikan Pertandingan Penulisan Kaligrafi Cina 2020 anjuran Sekolah Tinggi Chung Hua.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Seremban:YB Tuan Loke Siew Fook bersama YB Tuan Teo Kok Seong,YB Tuan Cha Kee Chin,YB Tuan Chew Seh Yong,YB Tuan Ng Chin Tsai,YB Tuan Veerapan,YB Tuan Arul Kumar,YB Puan Nicole Tan Lee Koon dan juga YB Puan Mary Josephine telah turun mengunjungi pejabat urusan Sin Chew Daily diiringi dewa kekayaan untuk memberikan hamper sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Sin Chew daily

Tajuk :Tampin:YB Tuan Veerapan telah hadir merasmikan Majlis Makan Malam sempena kesyukuran bermulanya tahun 2020 ajuran Persatuan Peladang Sayur Tampin.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Sin Chew daily

Tajuk :Seremban:Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai telah bergabung dan menjadi Majlis Bandaraya Seremban dan MBNS berharap agar penjawat awam dapat mengubah sikap agar dapat memberikan perkhidmatan yang efisien,berkualiti dan telus supaya warga Bandaraya Seremban dapat menikmati kehidupan yang selesa dan sejahtera.Beliau juga berkata dengan pengiktirafan ia dapat meningkatkan kepercayaan syarikat luar kepada kerajaan tempatan dengan itu ia dapat menarik lebih banyak pelaburan asing dan memberi kesan dalam pembangunan ekonomi Seremban.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Sin Chew daily

Tajuk :Tampin:YB Tuan Veerapan telah turun mengedarkan buah limau Mandarin di Jabatan Kebajikan Masyarakat Tampin dan juga Balai Bomba Tampin bersempena sambutan Tahun Baru Cina.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Sin Chew daily

Tajuk :Seremban:MBNS telah menghadiri Ke Majlis Penyampaian Peruntukan Sumbangan daripada kerajaan negeri kepada Sekolah Tinggi Chung Hua.Beliau juga telah merasmikan Pertandingan Penulisan Kaligrafi Cina 2020 anjuran Sekolah Tinggi Chung Hua.
Tarikh Berita:22 Januari 2020
Akhbar :Sin Chew daily