25 September 2010 | Pertandingan Mencari Makna Peribahasaakan diadakan bertempat di Perpustakaan Awam Cawangan Rembau. Marilah bersama-sama memeriahkannya :)
Soalan Lazim / FAQ
Written by Administrator
1. Bilakah masa dan waktu Perkhidmatan Perpustakaan Negeri? Perpustakaan Negeri dibuka pada setiap hari kecuali pada hari isnin dan cuti umum. Manakala waktu perkhidmatan pula adalah dari pukul 9 pagi hingga 5 petang (Isnin-Jumaat) dan 10 pagi hingga 5 petang (Sabtu dan Ahad).
2. Bilakah masa dan waktu Perkhidmatan Perpustakaan Cawangan, Pekan, Tmn Perumahan dan Desa Negeri Sembilan? Perpustakaan Cawangan, Pekan, Tmn Perumahan dan Desa Negeri Sembilan dibuka kepada pelanggan mengikut ketetapan berikut :
a) Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Negeri ialah:- b) Waktu Perpustakaan Taman Perumahan dan Desa ialah:- 3. Siapakah Pelanggan Perpustakaan? Perpustakaan Negeri dibuka kepada semua masyarakat yang terdiri dari semua lapisan umur
4.Bagaimanakah hendak menjadi ahli perpustakaan dan apakah syarat-syaratnya? 5. Bayaran untuk ahli Hipermedia? Bayaran untuk hipermedia adalah sebanyak RM 2.00 selepas menjadi ahli perpustakaan bagi kanak- kanak.
6. Berapa buah buku yang boleh dipinjam dalam satu-satu masa? Setiap Pelanggan dibenarkan meminjam sebanyak 2 buah buku sahaja.
7. Berapa lamakah tempoh pinjaman setiap buku? Tempoh pinjaman adalah selama 2 Minggu.
8. Jika terlewat memulangkan buku , adakah dikenakan denda. Berapa jumlah denda tersebut? Ya! Denda akan dikenakan sebanyak RM 0.10 sehari selepas tamat tempoh. 9. Adakah kanak-kanak boleh meminjam buku dewasa? Tidak. Kanak-kanak hanya boleh meminjam buku kanak-kanak sahaja.
10. Bagaimana hendak menyertai Kelab Rusanani? Untuk menyertai kelab Rusanani cuma perlu mengisi borang dan menjadi ahli (untuk kanak-kanak sahaja).
11. Adakah buku di bahagian rujukan boleh dipinjam? Tidak boleh. Buku dibahagian rujukan hanya boleh digunakan didalam perpustakaan dan boleh difotokopi sahaja.
12. Selain perkhidmatan pinjaman buku , apakah perkhidmatan lain yang disediakan? Perkhidmatan lain yang disediakan ialah: -Pinjaman / Pemulangan -Penasihat Pembaca -Rujukan -Rizab -Akhbar dan Majalah -Reprografi ( Fotokopi ) -Koleksi Negeri Sembilan & Koleksi Khas -Katalog Atas Talian ( OPAC ) -Sumber Media -Multimedia -Internet -Jurnal Elektronik -Pinjaman Berkelompok / Pinjaman Antara Perpustakaan -Bilik Perbincangan -Loker -Kelab Aktiviti
13. Jika saya mengalami masalah kehilangan kad , pada siapakah yang perlu saya rujuk? Jika berlaku kehilangan kad ahli sila rujuk kepada kaunter sirkulasi di perpustakaan tersebut.
14. Bolehkah saya meminjam dan memulang buku di perpustakaan berbeza? Tidak Boleh, pinjaman dan pemulangan hanya dibenarkan mengikut perpustakaan masing-masing.