A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Perpustakaan Wisma Negeri

PENGENALAN

Asalnya dinamakan sebagai Sudut Bacaan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.  Tetapi  diatas cetusan idea dan keperihatinan YB. Dato’ Hj. Mat Ali Bin Hassan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang juga merupakan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Darul Khusus, ianya telah  dinaiktaraf kepada Perpustakaan Wisma Negeri. Penaiktarafan ini bertujuan untuk memastikan semua warga kerja di Wisma Negeri diberi peluang menikmati kemudahan pembacaan dan mendapatkan maklumat secara mudah.




Hasil kerjasama erat di antara Unit Pentadbiran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,  Perpustakaan Wisma Negeri ini telah berjaya ditubuhkan dengan menyediakan pelbagai bahan-bahan seperti buku-buku, buletin, Warta Kerajaan, gazet, laporan tahunan jabatan serta gambar-gambar yang dikumpulkan dari pelbagai jabatan di bawah pentadbiran Negeri  Sembilan.

Manakala bahan-bahan tersebut juga sebahagiannya adalah dalam bentuk Digital yang boleh diakses secara online. Bagi memudahkan pencarian maklumat dalam  pelbagai bentuk, penubuhan  Perpustakaan Wisma Negeri ini, diharap  akan dapat memudahkan pengaksesan maklumat dan  meningkatkan  minat budaya membaca dikalangan penjawat awam terutama di Negeri Sembilan. Manakala buku-buku lama dan baru dan rekod-rekod terdahulu akan dapat di kumpul dan diakses tanpa mengira dimana kita berada. Kunjungilah Perpustakaan Wisma Negeri dan menjadi penjawat awam yang bermaklumat !!!



MISI

Menjadi sebuah perpustakaan khusus jabatan kerajaan dan pusat dokumentasi yang lengkap, kemas kini, berkualiti dan mampu menyalurkan perkhidmatan rujukan yang tepat di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri, para pegawai dan kakitangan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan.



Berusaha memenuhi keperluan maklumat jabatan-jabatan dan proses penyebaran maklumat kepada  Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan serta warga kerja di Bangunan Wisma Negeri, Negeri Sembilan.