Unit Teknologi Dan Komunikasi Maklumat
Latar Belakang
Unit ICT PPANS dikenali dengan nama UTKM. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dengan dibantu oleh seorang Juruteknik Komputer dan 1 Pembantu Operasi . Unit ini menyediakan khidmat sokongan teknikal dan nasihat ICT iaitu membaikpulih, menyelenggara perkakasan komputer di semua cawangan perpustakaan seluruh Negeri Sembilan kepada semua pengguna ICT di PPANS.
Visi
• Menjana dan meningkatkan kemajuan infrastruktur dan aplikasi ICT PPANS.
Misi
• Menjadi nadi penggerak dalam menyediakan infrastruktur dan latihan ICT kearah perpustakaan maya bagi menyokong misi PPANS.
Objektif
Bertindak sebagai agen pengurusan dan sokongan dalam bidang ICT PPANS.
• Menubuh, melengkap, mewujudkan, membangun dan menyelenggara seluruh factor pengaplikasian berasaskan teknologi ICT yang seiring dengan
pembangunan dan keperluan PPANS.
• Mengimplementasikan sistem berkomputer di seluruh perpustakaan di Negeri Sembilan.
• Menjadikan warga kerja PPANS lebih bermaklumat dan berpengetahuan dalam bidang ICT.
• Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh PPANS.
• Menyediakan fasiliti dan kemudahan peralatan untuk kemudahan bidang ICT.
• Merekabentuk laman web dan memastikan maklumat yang dipaparkan adalah jelas dan terkini
• Menjadi pusat rujukan serta pusat perkembangan teknologi maklumat dan menjadi pusat pembangunan perisian aplikasi.
• Menyelenggara dan memastikan bahawa perkakasan dan perisian yang terdapat di PPANS adalah dalam keadaan baik supaya tugas kakitangan
PPANS berjalan dengan lancar dan pantas.
Kedudukan Unit : Tingkat Satu
Nama pegawai untuk dihubungi:
Encik Shahril Fahmey Bin Noordin
Tel. : 06-763 5989 / 762 1308
Faks : 06-763 5944