A- A A+
 faq  phone  compose  sitemap
 Soalan 
Lazim

Hubungi 
Kami 

 Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman 
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • kembara digital
  • TIADA TENDER/SEBUTHARGA PPANS BUAT MASA INI

     
  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di  Persidangan CIO ASEAN  2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini.  Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada.  Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.

  • Harap maaf, tiada tawaran Jawatan Kosong buat masa ini

Panduan Portal

 Penerangan fungsi ikon

english Versi Bahasa Inggeris.
bahasa Versi Bahasa Malaysia.
Menutup laman tertentu.
Really Simple Syndication (RSS)
Dokumen berasaskan PDF.
Fail ZIP yang mengandungi pelbagai fail.
Facebook
Kod QR
carian Carian

W3C (Capaian untuk orang kurang upaya)

Bagi Pengguna kabur penglihatan atau rabun warna, laman ini membenarkan anda membesarkan saiz font , untuk mudahkan pembacaan.

 

 

  • raja
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • Majlis Istiadat Bersiram DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. 16 November 2019 Bandar Diraja Seri Menanti Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud menaiki Takhta Rencana Setelah selesai Istiadat Bersiram. Majlis Istiadat ini turut dihadiri oleh YBrs Puan Hjh Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Pihak PPANS juga turut mendokumentasi istiadat yang dijalankan selama 3 hari bermula 15hb sehingga 17 November 2019.
  • Majlis Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 14 November 2019 | Klana Resort, Seremban Tahniah diucapkan kepada En Abdul Latip Bin Talib atau dikenali sebagai Pak Latip yang telah dianugerahkan Sasterawan Negeri Sembilan 2019. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang- pemenang Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir YB Dato' Dr. Razali bin Ab. Malik Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Mohamad Nazaruddin Bin Sabtu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu. YBrs Pn Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS).
  • 9 November 2019 Padang MPS, Seremban Kontinjen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan turut mengambil bahagian. Turut Hadir bersama Pn Hjh Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis Pengarah PPANS.
  • Bengkel ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan N.Sembilan dan telah diadakan di Kompleks Kraftangan Negeri Sembilan pada 4 November 2019. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti masyarakat untuk menghasilkan produk kraf adat Bujam. Bujam adalah alat atau bekas diperbuat dari daun mengkuang atau pandan yang dianyam dan pemilihan daun pandan lebih elok kerana lembut. Ia sejenis tas tangan atau kantung diperbuat dari daun mengkuang ataupun pandan yang disulam kemas, bersaiz empat segi serta dibaluti kain tebal berukuran sederhana dan ditenun menggunakan benang emas. Bengkel ini telah di rasmikan Oleh YB Tuan Nazaruddin. EXCO Kebudayaan, Kesenian dan Adat Istiadat Melayu N.Sembilan. Turut hadir ke majlis tersebut adalah YBhg Puan Hjh Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Syabas dan tahniah Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan N.Sembilan diatas penganjuran program ini !!
  • Anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Dengan Kerjasama Biro ICT PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan telah diadakan pada 1 November 2019 bertempat di Klana Resort Seremban. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg Datin Dr Hjh Hasnah Bt Mohamad Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Sembilan. Turut Hadir YBrs Puan Hjh Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis Pengarah PPANS.
  • Tahniah diucapkan kepada pasukan futsal PPA Negeri Sembilan kerana berjaya memenangi pingat gangsa dalam SPASM 23
  • Mesyuarat Induk Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 Bil 2/2019 Mesyuarat telah di pengerusikan oleh YB. Tuan Muhamad Nazaruddin bin Sabtu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Darul Khusus. Turut hadir YBrs Puan Hjh Jamilah @Chumila Bt Hj Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan selaku setiausaha mesyuarat. Turut hadir ketua dan wakil jabatan Lembaga Muzium Negeri, Kraftangan Malaysia NS, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian NS, Jabatan Penyiaran NS, Jabatan Penerangan NS, Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • Perasmian NS Fest 2019 pada 17 Oktober 2019 oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan Darul Khusus bertempat di Dataran Nilai. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Puan Hajah Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis turut hadir bersama pegawai- pegawai PPANS bagi memeriahkan Majlis. NS Festival 2019 berlangsung pada hari ini 17 hingga 20 Oktober ini. Gabungan 3 acara besar yang sedang berlangsung iaitu NS Food Festival, Hari Peladang Peternak dan Nelayan N.Sembilan dan Arena Usahawan. Pelbagai aktiviti menarik di sajikan kepada para pengunjung...!! Apa tunggu lagi jom set tarikh anda ke sini!
  • PERSIDANGAN TAHUNAN AGAMA PUSPANITA"WANITA CAKNA INSPIRASI MURABBI" Tarikh : 15 - 16 Okt. 2019 Masa : 9.00 pagi - 5.00 ptg Tempat : Dewan De'Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya Perasmian oleh: Datin Seri Jamaliah Binti Othman Yang Di Pertua Puspanita Kebangsaan Turut hadir pegawai-pegawai PPANS yang juga merupakan ahli Puspanita Negeri Sembilan
  • PROGRAM TOWN HALL MAQASID SYARIAH PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2019M/1441H TEMPAT : KLANA RESORT SEREMBAN MASA : 9.00pagi-12.30tghari TARIKH: 15 Oktober 2019 PERASMIAN: YAB DATO SERI HJ AMINUDDIN BIN HARUN Program Town Hall Maqasid merupakan program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama Pemimpin, Penjawat Awam, Belia dan NGO di Negeri Sembilan. Town Hall ini merupakan program dialog Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof bagi memberi penjelasan dan mendapatkan input terhadap halatuju baharu tadbir urus kerajaan berteraskan nilai Rahmatan Lil ‘Alamin dan Maqasid Syariah. PPANS turut menghantar pegawai untuk turut serta dalam program ini.
  • Penilaian Anugerah Sastera Negeri Sembilan Penilaian bagi memilih pemenang bagi kategori-kategori Anugerah Sastera yang telah dipertandingkan. Penilaian ini di pengerusikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dr. Muhammad bin Haji Salleh yang juga merupakan Sasterawan Negara. Ahli panel yang lain adalah YBhg. Dato’ Rahman bin Shaari, Profesor Dr. Hashim bin Ismail, Profesor Madya Dr. Kamariah binti Kamarudin, Dr. Lim Swee Tin, Prof. Madya Dr. Norhayati binti Ab. Rahman, En. Abdul Wahab bin Hamzah, En. Zakaria bin Ariffin, Tuan Haji Hamzah bin Hamdani dan En. Syed Mohd. Zakir bin Syed Othman. Penilaian ini telah diadakan di Hotel Klana Resort, Seremban pada 12 dan 13 Oktober 2019.