A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Unit Katalog

Latar Belakang
Unit Katalog bertanggungjawab  memproses bahan koleksi  di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) sama ada melalui pembelian atau sumbangan.  Selain itu, Unit Katalog  merupakan unit yang bertanggungjawab untuk mengurus statistik bahan koleksi dan juga pengedaran bahan koleksi ke seluruh rangkaian perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.


Objektif

  1. Membangunkan bahan-bahan koleksi berpandukan kepada piawaian semasa
  2. Mengkatalog, mengkelas, menginput data dan memproses bahan koleksi mengikut standard yang telah ditetapkan.
  3. Mendokumentasi bahan koleksi serta mengawal fail-fail kuasa yang dibina.
  4. Mengurus pangkalan data bagi perolehan dan pengkatalogan  bahan koleksi.
  5. Memastikan bahan koleksi perpustakaan yang siap di proses diagihkan mengikut masa yang ditetapkan.


Fungsi

  1. Menerima, menyemak dan mengendalikan bahan-bahan yang baru diterima dari Unit Perolehan untuk diproses.
  2. Membuat pengelasan bahan-bahan yang diterima dari Unit Perolehan Koleksi mengikut kategori bahan.
  3. Memasukkan dan menyelenggarakan data-data dalam sistem pengurusan perpustakaan (CLM) secara berterusan bagi memastikan data-data yang di masukkan ke dalam sistem mematuhi kehendak piawaian antarabangsa.
  4. Membuat dan mencetak no. panggilan buku bagi tujuan untuk ditampal di bahagian-bahagian yang telah di kelaskan.
  5. Menyemak no. panggilan sebelum dihantar ke rak atau perpustakaan awam cawangan/perpustakaan desa.
  6. Mengecop lokasi bahan-bahan perpustakaan sebelum diedarkan.
  7. Membuat pengedaran bahan di seluruh rangkaian perkhidmatan.

 

Kedudukan Unit :
Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson,
Lot 223, Jalan Baharu, KM 1, Jalan Pantai,
71000
 Port Dickson
Negeri Sembilan

Nama pegawai untuk dihubungi:
Puan Norhayati Bt Ismail

Tel.    : 06-6477677
Faks  : 06-6477677
Emel :
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.