A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 qr ppansPPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

Portal Terbuka Malaysia

Tentang Portal Terbuka Malaysia

Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Persidangan CIO ASEAN 2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.

Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini. Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada. Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.


Objektif Data Terbuka:     
Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.