A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

  PPANS RSS FEED Aktiviti Terkini PPANS | Masukkan Emel Anda:

Majlis Perasmian Jom Baca Bersama 10 Minit Dan KM1M


Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit / Let’s Read Together 10 Minutes diadakan sempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 2016. Hari Buku dan Hakcipta Sedunia adalah resolusi daripada Persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 19 Nov 1995 yang mengisytiharkan 23 April  sebagai Hari Buku. Majlis Pelancaran Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dan Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Belia Dan Sukan pada 25 April 2016, yang dirasmikan oleh YB Dato’ Abd. Razak bin Ab. Said, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu. Semoga Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit sehari ini akan dijadikan sebagai amalan berterusan oleh penjawat awam dan masyarakat Negeri Sembilan.

Continue Reading