A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




  • PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI AKPO
  • KUNJUNGAN HORMAT GALERI DIRAJA TUANKU JAAFAR KE PPANS
  • ihya ramadhan
  • kursus asas pengawas pusat sumber
  • MESYUARAT PENERBITAN BUKU
  • MAJLIS APRESIASI BANDARAYA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN KALI KE 2
  • PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL SAMSUNG
  • jknns
  • sejarah lisan
  • persamian luak tanah mengandung
  • smk puteri
  • lawatan library PD
  • PELAKSANAAN AUDIT KENDIRI PERJAWATAN DAN ORGANISASI (AKPO) 11 Januari 2026 - Pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi (AKPO) di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah dilaksanakan dan proses pengauditan telah dijalankan oleh pihak Lembaga Muzium Negeri Sembilan yang diketuai oleh Puan Rosrita binti Mohamad Nordin. Sebelum proses pengauditan dijalankan, satu sesi pertemuan bersama Bahagian Pengurusan PPANS yang dipengerusikan oleh Puan Berdiana binti Hj.Berahim, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan PPANS telah diadakan bagi menyelaras skop audit, kaedah pelaksanaan serta penyediaan dokumen berkaitan bagi memastikan proses audit berjalan lancar dan teratur. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT GALERI DIRAJA TUANKU JA’AFAR KE PPANS 10 Januari 2025 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan hormat daripada Galeri Diraja Tuanku Ja’afar yang diketuai oleh Encik Mohd Khairil Hisham bin Mohd Ashaari, Kurator Galeri Diraja Tuanku Ja’afar bersama pegawai-pegawai iringan. Kunjungan ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuh hubungan kerjasama antara kedua-dua institusi dalam usaha memperkasakan peranan institusi sebagai pusat rujukan ilmu dan warisan negeri. Kunjungan tersebut telah disambut mesra oleh pihak pengurusan PPANS dan sesi pertemuan telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS IHYA RAMADAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) 6 Februari 2026 - Menjadi kebiasaan setiap tahun sempena menyambut bulan Ramadan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan mengadakan Majlis Ihya Ramadan yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat menghayati bulan Ramadan yang penuh dengan kemuliaan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PPANS dan Perpustakaan Desa PNM Negeri Sembilan. Antara pengisian utama majlis ini ialah bacaan yasin dan tazkirah sempena bulan Ramadan yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Nizam bin Yunos (Unit Kewangan PPANS). Pengisian rohani ini memberi peringatan kepada semua warga kerja tentang kepentingan mengimarahkan Ramadan dengan amalan-amalan yang baik dan berterusan. Majlis ini turut diserikan dengan ucapan daripada YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang menzahirkan harapan agar program seperti ini dapat terus menjadi platform dalam memupuk semangat kebersamaan dan kerjasama dalam kalangan warga kerja PPANS dan PNM Negeri Sembilan. Selain itu, majlis turut disertakan dengan Majlis Apresiasi Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Peringkat PPANS sebagai tanda penghargaan kepada pihak-pihak yang telah memberi sumbangan dan komitmen dalam menjayakan agenda organisasi. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KURSUS ASAS PENGAWAS PUSAT SUMBER 30 Januari 2026 - Kursus Asas Pengawas Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Tunku Besar Tampin telah diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pengawas pusat sumber mengenai peranan dan tanggungjawab mereka dalam mengurus serta membantu operasi pusat sumber sekolah. Kursus ini telah disertai seramai 72 orang murid serta 4 orang guru pengiring. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MESYUARAT PENERBITAN BUKU 3 Februari 2026 - Mesyuarat Penerbitan Buku yang dipengerusikan oleh Puan Berdiana binti Hj.Berahim, Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan PPANS telah diadakan bersama penulis dan pengkaji Negeri Sembilan, Dr. Shamsudin bin Ahmad dan Tuan Haji Zainul Arifin bin Abu Bakar bagi membincangkan perancangan serta hala tuju penerbitan buku demi manfaat masyarakat dan selaras dengan peranan PPANS memperkasa budaya ilmu. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS APRESIASI BANDARAYA MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN KALI KE-2 30 Januari 2026 - YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menghadiri Majlis Apresiasi Bandaraya Majlis Bandaraya Seremban Kali Ke-2 yang berlangsung di D’Tempat Country Club, Sendayan. Majlis ini diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada komuniti, Pertubuhan NGO, agensi serta badan kerajaan yang telah memberi kerjasama secara strategik dalam memastikan pembangunan mampan Bandaraya Seremban. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah di anugerahkan kecemerlangan Kebersihan Tandas Awam terbaik bagi kategori Jabatan Kerajaan. Penyampaian Anugerah ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir mengiringi ialah Yang Berhormat Dato’ Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan. Anugerah ini mencerminkan komitmen berterusan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dalam memastikan penyediaan fasiliti yang bersih, selesa dan mesra pengguna, selaras dengan usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PERJUMPAAN BERSAMA WAKIL SAMSUNG 28 Januari 2025 - Satu perjumpaan bersama Encik Ismanizam Yahaya selaku wakil Samsung telah dan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Perjumpaan ini diadakan sebagai platform perbincangan dan pertukaran pandangan antara kedua-dua pihak khususnya berkaitan potensi kerjasama serta peluang penambahbaikan dalam aspek penggunaan teknologi dan perkhidmatan yang menyokong operasi serta pembangunan perpustakaan. Diharapkan perjumpaan ini dapat membuka ruang kerjasama strategik pada masa akan datang yang mampu memberi nilai tambah kepada perkhidmatan PPANS selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan teknologi. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • KUNJUNGAN HORMAT JKKNNS KE PPANS 28 Januari 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima kunjungan hormat dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS). Kunjungan ini merupakan usaha memperkukuh jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi di samping meneroka peluang kolaborasi dalam pelaksanaan program kebudayaan, kesenian serta pemerkasaan ilmu pada masa akan datang.. Kunjungan ini telah diketuai oleh Cik Mazidah binti Mustapha, Pengarah JKKNNS bersama pegawai iringan. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik di samping meneroka peluang kolaborasi dalam pelaksanaan program kebudayaan, kesenian serta pemerkasaan ilmu pada masa akan datang. Perbincangan yang berlangsung memberi tumpuan kepada potensi sinergi antara bidang kebudayaan dan peranan perpustakaan sebagai pusat ilmu dan pemeliharaan warisan. Kunjungan ini disambut dan sesi pertemuan dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • SEJARAH LISAN: PENGKISAHAN TOKOH PENULIS NEGERI SEMBILAN 23 Januari 2026 - Program Sejarah Lisan melalui sesi Pengkisahan Sejarah Lisan bersama Puan Hajah Mahaya binti Yasin iaitu seorang tokoh penulis Negeri Sembilan telah diadakan di Perpustakaan Negeri, Seremban 2. Sesi temu bual yang dijalankan merupakan satu usaha pendokumentasian yang penting bagi merakam latar belakang serta kisah kehidupan tokoh sebagai bahan rujukan berharga. Inisiatif ini bertujuan untuk mengumpul maklumat autentik daripada sumber primer bagi memastikan warisan intelektual dan budaya Negeri Sembilan terus terpelihara. Hasil pengkisahan ini akan dimanfaatkan sebagai sebahagian daripada Koleksi Negeri Sembilan di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) sekali gus memperkayakan sumber rujukan untuk generasi kini dan akan datang. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM EKSPLORASI LUAK TANAH MENGANDUNG 20 Januari 2026 - Setiap tahun Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Pilah melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) menganjurkan program khas sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Bagi tahun ini, program tersebut dikenali sebagai Program Eksplorasi Luak Tanah Mengandung yang dirangka khusus untuk menyemarakkan budaya ilmu serta mendekatkan perpustakaan dengan masyarakat setempat. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program ini, antaranya Eksplorasi Luak Tanah Mengandung, E-Sport FIFA & Simulator, Permainan Realiti Terimbuh (AR) dan Realiti Maya (VR), U-Pustaka, Dam Harimau, Magical Finger serta Master Chef Waghih Nogori. Program ini turut dimeriahkan dengan pameran jabatan yang mempamerkan peranan serta sumbangan pelbagai agensi kerajaan kepada masyarakat. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Lasim, Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan. Beliau turut meluangkan masa melawat reruai pameran serta beramah mesra bersama para pempamer yang mempromosikan perkhidmatan dan produk masing-masing. Turut dihadir YBhg. Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Kuala Pilah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Gerakan Membaca Daerah Kuala Pilah, serta YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS.
  • PERASMIAN PROGRAM NILAM DAN LITERASI MAKLUMAT PERINGKAT SEKOLAH SERTA PROGRAM DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2026 19 Januari 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah dijemput untuk bersama-sama menjayakan Program NILAM dan Literasi Maklumat Peringkat Sekolah serta Program Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sekolah Tahun 2026 yang telah dianjurkan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri. Majlis perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah (PPANS). Penganjuran program ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam memperkasa budaya membaca, meningkatkan literasi maklumat serta memupuk pembudayaan ilmu dalam kalangan warga sekolah khususnya para pelajar. PPANS sentiasa menyokong penuh segala usaha dan agenda yang menjurus ke arah pembudayaan membaca dan pengukuhan literasi maklumat, selaras dengan aspirasi negara dalam melahirkan masyarakat berilmu, berdaya saing dan berpengetahuan tinggi.
  • MESYUARAT CADANGAN PENUBUHAN PERPUSTAKAAN KOMUNITI FLAT SRI BANDAR, PORT DICKSON 16 Januari 2025 - Satu Mesyuarat Cadangan Penubuhan Perpustakaan Komuniti di Flat Sri Bandar, Port Dickson telah diadakan bagi membincangkan perancangan dan pelaksanaan penubuhan kemudahan tersebut untuk manfaat komuniti setempat. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bersama Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD). Diharapkan penubuhan Perpustakaan Komuniti ini kelak dapat menjadi pusat ilmu, aktiviti kemasyarakatan dan ruang pembelajaran yang kondusif, sekali gus menyumbang ke arah pembangunan sosial dan pendidikan komuniti setempat di Port Dickson. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca