Anugerah Sastera & Media 2015
ANUGERAH SASTERA DAN MEDIA NEGERI SEMBILAN 2015
Anugerah Sasterawan Negeri Sembilan (ASNS) ialah pengiktirafan tertinggi kerajaan Negeri Sembilan kepada tokoh sasterawan yang masih hidup atau telah meninggal dunia yang menulis dalam bahasa Melayu. Tokoh ini menurut penilaian panel telah memberikan sumbangan yang cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera yang bermutu tinggi. Anugerah yang disampaikan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan ini membawa gelaran Sasterawan Negeri Sembilan kepada penerimanya.
Anugerah Media Negeri Sembilan pula sebagai mengiktiraf sumbangan pengamal media cetak & elektronik dalam pembangunan Negeri Sembilan.