18 November 2020
Tajuk :Seremban:YB Tuan Arul Kumar Jambunathan memaklumkan bahawa pihak polis Nilai telah menjalankan kerja-kerja penyiasatan mengenai kecurian yang sering berlaku di Mantin sejak akhir ini serta kawalan ketat serta rondaan kerap juga telah mereka laksanakan,beliau mengharapkan agar penduduk di Mantin supaya bersabar dan bertenang.
Tarikh Berita:18 November 2020
Akhbar :China Press
Tajuk :Seremban:YB Tuan Arul Kumar Jambunathan telah turun ke kawasan perumahan selepas mendapat makluman tentang cubaan memecah masuk rumah penghuni di kawasan tersebut.Namun,pasukan rondaan sukarela(SRS) tidak sempat untuk menangkap pencuri tersebut kerana pencuri tersebut melarikan diri apabila pemilik rumah menyedari kehadirannya.
Tarikh Berita:18 November 2020
Akhbar :China Press
Tajuk :Seremban:YB Tuan Teo Kok Seong telah turun meninjau proses kerja penambahbaikan sistem saliran parit di kawasan Pusat Perniagaan Mambau.Menurut beliau kerja penambahbaikan ini kemungkinan akan selesai pada akhir bulan November 2020.
Tarikh Berita:18 November 2020
Akhbar :China Press
Tajuk :Seremban:YB Puan Nicole Tan Lee Koon telah menjalankan Inisiatif Perancakan Ekonomi bagi pihak DUN Bukit Kepayang bertempat di tingkat atas Bazaar Jalan Lee Sam. Menurut beliau Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang telah memperuntukkan kupon bernilai RM 100 untuk setiap gerai berjumlah 11 buah bagi kegunaan para pengunjung.Selain itu beliau juga telah mengedarkan pelitup muka kepada para peniaga.
Tarikh Berita:18 November 2020
Akhbar :China Press
Tajuk :Seremban:YB Tuan Teo Kok Seong telah dijemput untuk menyertai sesi dialog bersama para paderi gereja di Seremban secara atas talian dimana membincangkan mengenai pandemic Covid-19.Dalam sesi dialog tersebut, beliau telah berkongsi dengan mereka mengenai usaha kerajaan negeri mencegah wabak Covid19 serta SOP untuk semua sektor.
Tarikh Berita:18 November 2020
Akhbar :China Press