A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 qr ppansPPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

18 Februari 2021

Tajuk :Tampin: YB Tuan Veerapan bersama Ahli Parlimen Tampin dan pasukan beliau telah turun menyantuni beberapa warga emas serta menyampaikan sumbangan bersempena Tahun Baru Cina di kawasan DUN Repah pada minggu lepas.Di dalam lawatan tersebut beliau telah melawat sebuah rumah warga emas yang mempunyai anak kurang upaya dan juga persekitaran rumah yang kurang selesa.Menurut beliau setelah mengetahui keadaan wanita warga emas tersebut,pihak beliau akan cuba membantu keluarga tersebut bagi meringankan beban mereka.
Tarikh Berita:18 Februari 2021
Akhbar :China Press

 

Tajuk :Seremban:YB Puan Nicole Tan Lee Koon bersama pasukan JKM telah turun meyelamatkan seorang lelaki yang dipercayai tinggal di bawah jambatan di Jalan Rasah-Seremban.Menurut beliau lelaki tersebut dipercayai sering melarikan diri dan tidur dimana-mana sahaja walaupun mempunyai seorang kakak di Port Dickson.Beliau juga menyatakan pihak JKM Port Dickson mengenali lelaki tersebut dan terkejut kerana lelaki tersebut sekali lagi bertindak dengan melarikan diri sehingga menyukarkan proses bantuan JKM. JKM akan melakukan siasatan lanjut berhubung perkara berkenaan di rumah kakak lelaki itu di Port Dickson berkenaan sebelum tindakan susulan diambil ujar YB Puan Nicole Tan Lee Koon kepada media.
Tarikh Berita:18 Februari 2021
Akhbar :China Press

 

Tajuk :Seremban:MBNS memaklumkan bahawa Permohonan Lesen Perniagaan Barang-barang Lusuh dan Terpakai telah dibuka semula di sidang media semalam selepas mempengerusi Mesyuarat bersama EXCO Negeri Sembilan.
Tarikh Berita:18 Februari 2021
Akhbar :China Press

 

Tajuk :Seremban:MBNS telah menjawab persoalanan mengenai kelewatan penyerahan Rumah PPR Rantau.Menurut beliau,projek Rumah PPR Rantau tersebut adalah projek di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) walaupun proses undian dijalankan oleh Kerajaan Negeri.
Tarikh Berita:18 Februari 2021
Akhbar :Sin Chew Daily

 

Tajuk :Seremban: YB Tuan Teo Kok Seong telah menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan daripada wakil Yayasan Petronas kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat di Daerah Rembau dimana ia akan diagihkan kepada 150 rakyat yang kurang bernasib baik di Rembau.
Tarikh Berita:18 Februari 2021
Akhbar :Sin Chew Daily

 

Tajuk :Seremban:MBNS bersama YB Tuan Teo Kok Seong telah menghadiri sidang media Pasca Mesyuarat EXCO semalam.MBNS memaklumkan beberapa perkara,anataranya adalah Permohonan Lesen Perniagaan Barang-barang Lusuh dan Terpakai telah dibuka semula.
Tarikh Berita:18 Februari 2021
Akhbar :Nanyang Siang Pau

 

Tajuk :Seremban:MBNS memaklumkan bahawa Seramai 17,000 pelajar tingkatan lima di Negeri Sembilan yang dijadualkan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada 22 Februari 2021 dalam keadaan sihat.Beliau menyatakan walaupun terdapat empat sekolah di Negeri Sembilan yang disanitasi baru-baru ini, para pelajar di sekolah terbabit telah disahkan bebas daripada wabak tersebut.
Tarikh Berita:18 Februari 2021
Akhbar :Harian Tamil Malaysia Nanban

 

Tajuk :Belum terima kunci PPR Rantau
Tarikh Berita:18 Februari 2021
Akhbar :Sinar Harian