A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




  • KEJOHANAN E SUKAN PEMILIHAN PASUKAN MAKSAK MLBB PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026
  • KUNJUNGAN HORMAT BANK RAKYAT SEREMBAN
  • MAJLIS PERASMIAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT DAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026
  • KUNJUNGAN HORMAT DARI PPFPM DAN DELEGASI INDONESIA
  • MAJLIS UKHWAH WARGA KERJA PPANS DAN PNM
  • MISI MENCARI JAGUH PEMANAS BADAN FIFA 26 MENUJU SELEKSI MAKSAK NS
  • MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS BERSAMA JABATAN MBJ PPANS PERINGKAT PEKERJA BIL
  • LAWATAN PENANDA ARAS KE PPANS
  • iftar 2026
  • mpam2026
  • ramadhan dirai
  • KEJOHANAN E-SUKAN PEMILIHAN PASUKAN MAKSAK (MLBB) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026 SEREMBAN, 4 MEI 2026 – Perpustakaan Negeri Sembilan (PPANS) dengan jayanya telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan E-Sukan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) sempena sesi Pemilihan Kelayakan Esport MAKSAK. Acara ini merupakan satu langkah signifikan memandangkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah dilantik sebagai Pengelola Esport MAKSAK Negeri Sembilan bagi tahun 2026. *Sokongan Padu Kepada Pembangunan Atlet* Kejohanan ini turut mendapat perhatian utama daripada kepimpinan tertinggi jabatan. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, En. Hamdan bin Haji Nordin, dalam ucapannya menegaskan komitmen pihak perpustakaan dalam memacu industri e-sukan di peringkat negeri. "Kami menyokong penuh inisiatif ini dan akan memberikan komitmen terbaik bagi membantu pembangunan atlet e-sukan di Negeri Sembilan. Melalui penyediaan kemudahan serta infrastruktur yang lengkap dan kondusif, kami yakin bakat-bakat muda ini dapat diasah ke peringkat yang lebih tinggi," ujar beliau. *Dominasi Mutlak J7 E-SPORT* Pertandingan yang dijalankan secara format Single Elimination (Kalah Mati) ini menyaksikan persaingan sengit sejak pusingan awal yang melibatkan 16 pasukan terbaik. Kemuncak kejohanan menyaksikan pasukan J7 E-SPORT bertemu dengan pasukan JOKER N9 di peringkat akhir. Pasukan J7 E-SPORT mempamerkan disiplin luar biasa apabila berjaya mencatatkan kemenangan bersih 3-0, sekali gus dinobatkan sebagai Juara keseluruhan. Keputusan Rasmi Kejohanan: Juara: J7 E-SPORT ( Pejabat Kesihatan Daerah Jempol ) Naib Juara: JOKER N9 ( SUKNS ) Tempat Ketiga Bersama: RNG1 (PKNNS) & CUKURUCUK ( USIM ) Sebagai pengelola rasmi bagi tahun 2026, PPANS akan terus komited dalam memastikan kualiti penganjuran sukan elektronik berada pada tahap terbaik. Syabas diucapkan kepada semua pemenang dan semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sukan elektronik di bawah naungan MAKSAK Negeri Sembilan. Terima kasih juga kepada pasukan Esports PPANS , X SPACE E-Sports Cube yang menjadi tulang belakang kepada penganjuran acara kali ini.
  • KUNJUNGAN HORMAT BANK RAKYAT SEREMBAN 28 April 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) menerima kunjungan hormat daripada Bank Rakyat Seremban yang diketuai oleh Datin Rohaizah binti Mohd Som, Pengurus Besar Bank Rakyat Seremban dan kunjungan ini disambut oleh Encik Hamdan bin Hj Nordin, Pengarah PPANS. PPANS amat menghargai kunjungan ini dan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama erat dalam meningkatkan mutu perkhidmatan dan fungsi agensi masing-masing. Semoga jalinan strategik ini terus diperkukuh demi manfaat bersama. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MAJLIS PERASMIAN JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT DAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2026 23 April 2026 - Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan Negeri, Seremban 2. Program ini merupakan acara tahunan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dalam usaha memupuk budaya membaca dalam kalangan masyarakat serta menyokong aspirasi pembentukan negara berilmu. Penganjuran program pada tahun ini turut mendapat kerjasama erat daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNNS) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKNNS). Kemuncak program adalah aktiviti membaca serentak selama 10 minit yang berlangsung dari jam 11.00 hingga 11.10 pagi. Aktiviti ini dijalankan secara serentak di seluruh negara sekali gus mencerminkan komitmen bersama rakyat Malaysia dalam menjadikan membaca sebagai amalan harian. Di Negeri Sembilan, lebih 192 buah sekolah rendah dan menengah serta Kolej Vokasional dari seluruh daerah turut serta secara dalam talian. Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh SN Dato' Dr. Anwar bin Ridhwan, Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Hamdan bin Haji Nordin, Mazidah binti Mustapha, Nurul Julia Alani Henry, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah, dan Encik Mohd Wazir bin Hamzah Timbalan Pengarah Sektor Pembelajaran Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan serta wakil ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan. Selain itu, program ini turut diserikan dengan sesi Bicara Ilmu Teromba dan Persembahan Teromba yang memberi ruang perkongsian pengetahuan dan mempamerkan keunikan warisan budaya Negeri Sembilan. “waghih membaca” “Negeri Sembilan membaca” “Malaysia membaca”
  • KUNJUNGAN HORMAT DARI PPFPM DAN DELEGASI INDONESIA 23 April 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima satu kunjungan hormat daripada Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) yang turut disertai oleh delegasi dari Indonesia. Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama serantau di samping membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang pemikiran, falsafah serta warisan budaya. Dalam sesi tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan dokumentasi bahan bertulis Minangkabau yang terdapat dalam simpanan PPANS. Perbincangan ini memberi tumpuan kepada usaha pemeliharaan, pendigitalan serta penyelidikan bahan-bahan bersejarah yang mempunyai nilai tinggi dari segi warisan dan identiti budaya masyarakat Minangkabau. Selain itu, kunjungan ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuhkan jaringan kerjasama di masa akan datang antara institusi perpustakaan dan badan ilmiah dari Malaysia dan Indonesia. “waghih membaca” “Negeri Sembilan membaca” “Malaysia membaca”
  • MAJLIS UKHWAH WARGA KERJA PPANS DAN PNM 13 April 2026 - Majlis Ukhwah Warga Kerja merupakan satu inisiatif murni yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKA) Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) bagi mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga kerja dengan menghimpunkan warga kerja PPANS bersama kakitangan Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan. Majlis yang diadakan di Perpustakaan Negeri, Seremban 2 ini turut diserikan dengan ucapan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS yang menekankan kepentingan semangat ukhwah, kerjasama berpasukan serta menggalakkan semua kakitangan untuk terus komited dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat. Salah satu pengisian utama majlis ini ialah penyerahan bantuan kepada anak-anak kakitangan yang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK). Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan jamuan secara potluck yang disediakan oleh kakitangan bersempena dengan bulan Syawal yang masih diraikan. Pelbagai juadah menarik dan enak dibawa serta dikongsi bersama, sekali gus mencerminkan semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan warga kerja. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • [FIFA 26] MISI MENCARI JAGUH: PEMANAS BADAN FIFA 26 MENUJU SELEKSI MAKSAK NS! 🎮🔥 Padang digital mula membara! 🏟️ Semalam, 9 April 2026, telah berlangsung satu pertembungan persahabatan E-Sukan FIFA 26 yang amat penting melibatkan tiga penjuru agensi hebat di Negeri Sembilan. ⚽✨ Perlawanan ini bukan sekadar suka-suka, tapi merupakan "Warm-Up Match" atau aksi pemanas badan sebelum bermulanya sesi pemilihan rasmi pasukan MAKSAK Negeri Sembilan. Menariknya lagi, proses pemilihan kali ini dikelola sepenuhnya oleh pasukan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS)! 📚💪 Aksi Tiga Penjuru ⚔️ Tiga wakil agensi telah turun berentap bagi menguji taring masing-masing: 📍 Wakil MAKSAK Negeri Sembilan tahun 2025 📍 Yayasan Negeri Sembilan (YNS) 🎓 📍 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) 📖
  • MESYUARAT JAWATANKUASA MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) PPANS PERINGKAT PEKERJA BIL. 1/2026 9 April 2026 - Mesyuarat Jawatankuasa MBJ PPANS bagi peringkat pekerja Bil. 1/2026 telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS dan dihadiri oleh ahli-ahli mesyuarat yang terdiri daripada wakil dari pelbagai perjawatan bagi menyuarakan dan membincangkan isu-isu yang berbangkit serta menyumbangkan idea demi kepentingan dan kebaikan organisasi. Diharapkan hasil daripada mesyuarat ini dapat direalisasikan dan memberi manfaat yang besar kepada organisasi serta kesejahteraan para pekerja. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • LAWATAN PENANDA ARAS KE PPANS 7 April 2026 - Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menerima lawatan penanda aras dari Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri, Seremban bersama pelajar dan guru dari SMP IT Sumbar, Kota Pariaman, Provinsi Sumatera Barat, Indonesia. Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk menimba pengetahuan dalam bidang sains perpustakaan di samping memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kemudahan yang disediakan oleh PPANS khususnya kemudahan digital. Antara pengisian yang diadakan sepanjang lawatan tersebut termasuklah sesi taklimat mengenai pengurusan perpustakaan, perkhidmatan yang ditawarkan serta inovasi digital yang dilaksanakan oleh PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • Majlis Iftar Ramadan 1447H/2026M 14 Mac 2026 - Majlis Iftar Ramadan bersama warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan merupakan antara acara tahunan yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKA) PPANS setiap kali menjelang bulan Ramadan. Pada tahun ini, majlis telah diadakan di The Rimba, Lavender Height, Senawang. Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan khas Aidilfitri kepada warga kerja yang memerlukan. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS. Majlis ini turut dihadiri oleh isteri kepada YBrs. Pengarah PPANS iaitu Puan Haslinda binti Basiron yang juga merupakan Pengerusi PUSPANITA PPANS. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • MESYUARAT MAJLIS PENGARAH-PENGARAH PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA (MPAM) 12 Mac 2026 - Mesyuarat Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) Bil. 1/2026 telah diadakan di Hotel Mardhiyyah, Shah Alam yang menghimpunkan pengarah-pengarah perpustakaan awam dari seluruh negara. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YM Hajah Ungku Noorakmal binti Ungku Sulaiman, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Johor. YBrs Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS turut hadir bagi menyertai perbincangan bersama barisan pengarah perpustakaan awam neger bagi membincangkan hala tuju serta strategi dalam memperkasa peranan perpustakaan sebagai pusat penyebaran ilmu dan pembangunan masyarakat sejajar dengan perkembangan semasa. Kehadiran Pengarah PPANS mencerminkan komitmen terhadap pemerkasaan sektor perpustakaan awam. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca
  • PROGRAM BICARA ILMU: RAMADAN DIRAI LAILATULQADAR DINANTI 12 Mac 2026 - Program Bicara Ilmu: Ramadan Dirai Lailatulqadar Dinanti telah dianjurkan oleh Pejabat Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat (Wanita WADANI) Negeri Sembilan dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Kuala Pilah. Program ini diadakan sebagai salah satu inisiatif bagi mengimarahkan bulan Ramadan di samping memberi pengisian ilmu serta meningkatkan penghayatan terhadap keistimewaan malam Lailatulqadar. Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita Keluarga dan Masyarakat merangkap DUN Pilah. Antara pengisian yang diadakan adalah Persembahan Berzanji, sesi Bicara Ilmu: Ramadan Dirai Lailatulqadar Dinanti yang disampaikan Oleh Tuan Hj Norazman Bin Amat, Pengarah Jabatan Wakaf & Mal Negeri Sembilan, Cabutan Peserta Bertuah dan reruai pameran dan jualan. Turut hadir, YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Pengarah PPANS, Encik Mohamad Hadzriq bin ab Karim, Datuk-Datuk Penghulu DUN mewakil Pegawai Daerah Kuala Pilah. #waghihmembaca #NegeriSembilanMembaca