A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Mas Kahwinku




Danisha Sarah terpaksa menjadi ibu ekspres apabila dia menjaga sepasang adik-beradik yang dia sendiri tidak tahu siapa bapa mereka. Yang dia tahu ibu mereka meninggal dunia. Semakin lama menjaga, dia semakin sayang mereka. Suatu hari, masalah melanda apabila dia mendapat surat daripada peguam. Ayah mereka datang untuk menuntut hak penjagaan. Apa lagi... mengamuklah Danisha. Namun, syarat diberikan iaitu Danisha harus mengahwini lelaki itu. Pada masa yang sama, dia dilamar oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki itu akan memberi mas kahwin sebanyak RM22.50. Pening kepala Danisha sama ada menerima atau tidak lamaran itu dan dia sendiri keliru lelaki yang mana berhak menjadi suaminya.

Kembali ke:  Buku Terkini November 2014


top gain

Siri Haiwan Teladan ini menghimpunkan pelbagai kisah menarik untuk bacaan santai, tetapi berinformasi sesuai untuk kanak-kanak. Siri ini didatangkan dengan enam tajuk yang berlainan dan perlu dimiliki sebagai koleksi untuk bacaan harian kanak-kanak. Banyak pengajaran dan teladan yang dapat diambil daripada kisah haiwan-haiwan ini.

Bagaimana kura-kura yang bijak menggunakan helah bagi menyelamatkan dirinya daripada dicampak oleh tukang kebun. Kisah kura-kura ini dan banyak kisah haiwan lain yang menyeronokkan terkandung dalam buku ini. 

Milikilah buku ini dan kawan-kawan pasti seronok!  

Tajuk lain yang terdapat dalam siri ini:

Siri Haiwan Teladan: Angsa Bertelur Emas dan Cerita-Cerita Lain

Siri Haiwan Teladan: Singa yang Membalas Budi dan Cerita-Cerita Lain

Siri Haiwan Teladan: Kucing dengan Pipit dan Cerita-Cerita Lain

Siri Haiwan Teladan: Semut yang Bekerja Kuat dan Cerita-Cerita Lain

Siri Haiwan Teladan: Gagak Menjadi Merak dan Cerita-Cerita Lain

kembali ke Buku Terkini Nov 2014

 

Tumbuh di tengah badai

Tumbuh di tengah badai 



Tajuk : Tumbuh di Tengah Badai
Pengarang : Herniwatty Moechiam
Penerbit : PTS Litera Utama Sdn Bhd
ISBN : 978-967-5783-10-4
Tarikh Terbit : 27 Sep 2010
Mukasurat : 240 Halaman
Status Stok : ADA
 
Hati ibu mana yang tidak hancur apabila dihadapkan dengan kenyataan anaknya tidak mungkin membesar dengan normal seperti kanak-kanak lain? Doktor memberitahu Catra dikenal pasti menghidap autisme. Ketika kanak-kanak lain mula berinteraksi, dia sibuk dengan dunianya sendiri. Sebuah dunia yang tidak dapat ditembusi oleh orang lain, tidak terkecuali ibunya sendiri.
Benarkah harapan sudah sirna? Tidak, Catra perlu membesar seperti kanak-kanak lain. Bersama huluran tangan sang ibu, Catra menyingkirkan semua halangan yang hadir di hadapan mata dan dalam bayangan. Semua kepayahan diganti dengan sebuah kebanggaan berbalut kesyukuran.

Sebuah kisah inspirasi yang patut dibaca oleh semua ibu bapa, yang mengingatkan setiap anak yang lahir adalah mutiara yang perlu digilap supaya berkilau dengan gemilang.