A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 qr ppansPPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

Portal Terbuka Malaysia

Tentang Portal Terbuka Malaysia

Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Persidangan CIO ASEAN 2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.

Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini. Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada. Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.


Objektif Data Terbuka:     
Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.

Pencapaian Piagam Pelanggan 2016

Piagam Pelanggan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

1 : Menguruskan pendaftaran keahlian tidak melebihi 5 minit dengan syarat semua keperluan maklumat telah dilengkapkan
2 : Menjawap pertanyaan rujukan tidak melebihi 10 minit
3 : Menguruskan proses peminjaman dan pemulangan tidak melebihi 3 minit
4 : Menyediakan prasarana yang selesa dan profesional kepada semua pelanggan

Pencapaian Piagam Pelanggan PPANS 2016

 Bil Janji Menepati tempoh masa/standard Piagam Pelanggan Tidak Menepati tempoh masa/standard Piagam Pelanggan Jumlah Perkhidmatan
Jumlah menepati standard % menepati standard Jumlah tidak menepati standard % tidak menepati standard
 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan  
1 Menguruskan pendaftaran keahlian tidak melebihi 5 minit dengan syarat semua keperluan maklumat telah dilengkapkan 3,617 100%  tiada tiada 4,012
2 Menjawap pertanyaan rujukan tidak melebihi 10 minit 7,455 100%  tiada  tiada 13,634
3 Menguruskan proses peminjaman dan pemulangan tidak melebihi 3 minit 5,557 100%  tiada  tiada 6,392
4 Menyediakan prasarana yang selesa dan profesional kepada semua pelanggan / 100%  tiada tiada /



 

 

 

 

 

 

 

 

Peratusan Pencapaian Piagam Pelanggan PPANS sepanjang tahun 2016

 Bil. Perkhidmatan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
1. Pencapaian Piagam Pelanggan 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100% 100%  100%  100%  100%

 
Jumlah Pencapaian Piagam Pelanggan PPANS sepanjang tahun 2016

 Bil. Perkhidmatan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sep Okt Nov Dis
1. Menguruskan pendaftaran keahlian tidak melebihi 5
minit dengan syarat semua keperluan maklumat
telah dilengkapkan
313 576 458 258 236 276 297  257 576  370 263  132
2 Menjawap pertanyaan rujukan tidak melebihi 10 minit 198 225 175 519 375 464 191  455  1612  3241  3167 3012
3 Menguruskan proses peminjaman dan pemulangan tidak melebihi 3 minit 349 381 429 418 602 2089 243  311  388  347 391 444
4 Menyediakan prasarana yang selesa dan profesional kepada semua pelanggan / / / / / / /  /  / /  /  /

 

 

 

 

 

Data Terbuka ( Soalan Lazim )


Apa itu data terbuka?

Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau swasta.

Apa itu set data?
Kumpulan butiran data yang berkaitan.

Siapakah pengguna data terbuka?
Pengguna data terbuka adalah terdiri daripada golongan seperti individu, pelajar, bisnes komuniti, kakitangan Kerajaan dan penyelidik.

Siapakah pembekal set data di dalam portal ini?
Set data yang dimuat naik ke dalam portal ini dibekalkan oleh agensi Kerajaan.

Bilakah set data dikemaskini?
Set data akan dikemaskini dari masa kesemasa mengikut perubahan yang berlaku dan dibekalkan oleh pemilik data berkenaan.  

Mengapa Kerajaan berkongsi set data?
Kerajaan berkongsi set data terbuka bagi membolehkan perkongsian data tersebut secara meluas dan menunjukkan ketelusan Kerajaan.  Disamping itu ia memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk-produk baharu.

Bagaimana rakyat mendapat manfaat daripada perkongsian data terbuka?
Rakyat akan mendapat manfaat daripada perkongsian data tersebut dengan terciptanya produk-produk atau perkhidmatan baharu yang memberi kemudahan di dalam kehidupan seharian mereka.

Bagaimana untuk memohon set data baharu yang tiada di dalam portal?
Pengguna boleh memohon set data baharu dengan mengisi borang yang disediakan di dalam portal.  Pihak Kerajaan akan memproses dan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan sewajarnya.  Set data baharu yang dimohon akan dimuat naik setelah mendapat kelulusan daripada pemilik data.