Program Cuti : Dengarlah Sayang dan Kreatif Sang Semut
Tajuk : Dengarlah Sayang dan Kreatif Sang Semut
Tarikh : 18 Mac 2016 ( Jumaat )
Tempat : Bilik Aktiviti Unit Pelanggan Zon Kanak-Kanak
Dikendalikan Oleh : Pn Nor Fauzillah Bt Abdul Rafar
Aktiviti program cuti sekolah pada hari ini telah diadakan dengan jayanya. Seramai 10 orang kanak-kanak beserta ibu mereka turut serta dalam menjayakan aktiviti DENGARLAH SAYANG dan KREATIF SANG SEMUT.Penghargaan cenderahati diberikan kepada kanak-kanak yang terlibat sebagai pendorong kepada mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan.Syabas atas komitmen yang dihulurkan.
JOM CERITA DAN MEMBUAT KAD IMBASAN
Tarikh : 17 Mac 2016 ( Khamis)
Tempat : Bilik Aktiviti Unit Pelanggan Zon Kanak-Kanak
Dikendalikan Oleh : Pn Nor Fauzillah Bt Abdul Rafar
Program cuti sekolah pada hari ini telah dijalankan dengan mengadakan Aktiviti Jom Cerita dan Membuat Kad Imbasan dengan berkonsepkan geometri.
Seramai 13 orang kanak-kanak berserta ibu bapa telah mengambil bahagian dan bagi menghargai mereka pihak PPANS memberikan cenderahati sebagai galakan kepada mereka untuk terus mengunjungi perpustakaan.
Tahniah buat semua adk-adik
Aktiviti Cuti Sekolah
Tarikh : 16 Mac 2016 (Rabu)
Tempat : Bilik Aktiviti Unit Pelanggan Zon Kanak-Kanak
Sempena cuti persekolahan ini , pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah mengadakan aktiviti bagi menarik minat kanak-kanak untuk mengunjungi perpustakaan.
Dengan matlamat itu ,telah diadakan satu aktiviti Seni Lipatan Kertas atau yang lebih dikenali sebagai Origami yang telah dihadiri oleh 15 orang kanak-kanak beserta ibu bapa mereka.2 bentuk origami berjaya dihasilkan iaitu origami cat dan bunga tulip.
Pihak PPANS mengucapkan syabas kepada semua yang terlibat.