A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 qr ppansPPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

Bahau



Perpustakaan Awam Pekan Bahau, Jempol

Perpustakaan Awam Pekan Bahau, Jempol dahulunya dikenali sebagai Perpustakaan Cawangan Jempol telah dibina pada 16 Oktober 1990 dan telah siap pembinaannya pada 18 Mac 1991. Ianya terletak di tengah-tengah Pekan Bahau berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dan Pejabat Telekom Malaysia Cawangan Bahau. Perpustakaan ini mula dibuka perkhidmatan kepada orang ramai pada 1 Ogos 1991 dan telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato' Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa Dato' Haji Abd Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 24 Oktober 1994. Perpustakaan ini terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Bahau dan Parlimen Jempol.

 

Perpustakaan Awam Pekan Bahau
72100 Bahau
Nama Petugas : Pn. Rodziah binti Mat Piah, En. Alias Bin Tasmin
No. Telefon : 06-4542036

Mantin



Perpustakaan Awam Pekan Mantin

Perpustakaan Awam Pekan Mantin terletak di atas Lot 3452 di Pekan Mantin. Ia telah siap dibina pada bulan Mac 2000. Bangunan perpustakaan ini adalah bangunan 2 tingkat berukuran 15.24 x 9.144 meter.

Perpustakaan ini merupakan sebuah bangunan yang dibina khas dalam menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pembaca mendapatkan maklumat, penyelidikan dan rekreasi.


Perpustakaan Awam Pekan Mantin
Jalan Sekolah,
71700 Mantin
Unit Pelanggan Perpustakaan Awam Pekan Mantin: Puan Nor Hayati binti Ismail / Encik Amir Mazkor bin Ali
No. Tel : 06-7586015

Taman Tasik




Perpustakaan Tan Sri Abdul Kadir Yusof diilhamkan oleh Syarikat Park Properties Sdn. Bhd. Iaitu pemaju perumahan Taman Tasik Jaya dan Pusat Perniagaan Senawang di mana Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusuf menjadi pengerusinya yang pertama pada 1992 sebelum meninggal dunia di usia 74 tahun pada tahun sama.
 
Perpustakaan tersebut yang dibuka kepada orang ramai pada tahun 1997 merupakan perpustakaan pertama beroperasi di taman perumahan di Negeri Sembilan.
 
Beberapa barang peribadi milik Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusuf turut ditempatkan di perpustakaan ini seperti pasport, cermin mata, buku-buku dan sebagainya untuk sudut kenangan dalam perpustakaan tersebut.
 
Nama Petugas : Encik Mohd Syafiq Bin Mainudin
No. Telefon : 06-6791722