Dasar Privasi
2.1 Privasi Anda
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.
Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif.
Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
2.2 Maklumat Yang Dikumpul
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari laman web ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel dan pendaftaran.
2.3 Apa Yang Akan Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Kepada Laman Web Yang Lain?
Laman web ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman web ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
2.4 Pindaan Dasar
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Cyber Studio & WiFi
Cyber Studio
Ruang siber ilmu merupakan perkhidmatan komputer secara percuma dan pengguna harus menjadi ahli dan perlu mendaftar dikaunter sebelum menggunakannya. Terdapat 6 buah komputer dan 2 buah Apple Imac yang boleh digunakan oleh pengguna
WiFi
Perkhidmatan Wifi disediakan untuk memudahkan pelanggan perpustakaan menggunakan komputer riba atau peranti milik peribadi yang menyokong WiFi. Perkhidmatan ini juga boleh diakses secara percuma.
Bilik Aktiviti
Pengenalan
Bilik aktiviti terletak di Zon Kanak-kanak iaitu di tingkat bawah dan mudah untuk kanak-kanak menyertai aktiviti yang diadakan oleh perpustakaan. Bilik ini boleh digunakan untuk melakukan aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, aktiviti bersama tabika, seni kraftangan, bina kata dan banyak lagi. Ruang bilik yang sesuai untuk perlaksanaan aktiviti pembelajaran kana-kanak. Bilik ini terbuka kepada semua kanak-kanak yang ingin menyertai aktiviti yang dijalankan semasa cuti sekolah.