Unit Pentadbiran
Latar Belakang
Unit Pentadbiran PPANS ini telah diwujudkan selaras dengan penubuhan PPANS iaitu sejak tahun 1987. Unit pentadbiran bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan pentadbiran PPANS dan diketuai oleh Penolong Pegawai Tadbir N29, seorang Pembantu Tadbir PTPO N19, seorang Pembantu Pustakawan N22, seorang Pembantu Pustakwan N19 , seorang Pembantu Awam N11 dua orang Pembantu Operasi N11 dan juga terdiri daripada empat aorang Pemandu N11.
Visi
Memastikan unit pentadbiran memberi perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang dalam pengurusan pentadbiran PPANS.
Misi
Memberikan perkhidmatan pengurusan organisasi yang cekap,tepat dan teratur secara berterusan.
Objektif
•Menyediakan dan melaksanakan sistem pengurusan pentadbiran yang cekap dan berkesan dalam hal ehwal pengurusan sumber manusia.
•Mempunyai kemahiran dalam menguruskan segala hal ehwal pentadbiran.
•Memastikan data profil perkhidmatan dan profil rekod peribadi kakitangan PPANS melalui aplikasi HRMIS sentiasa dikemaskini.
Fungsi
Aktiviti 1 : Pengisian Jawatan
Aktiviti 2 : Pengesahan Jawatan
Aktiviti 3 : Kemasukan Dalam Jawatan Berpencen
Aktiviti 4 : Penanggungan Kerja
Aktiviti 5 : Penggunaan Kad Perakam Waktu Elektronik (Thumbprint)
Aktiviti 6 : Surat Menyurat
Aktiviti 7 : Keselamatan Dan Kebersihan Pejabat
Pentadbiran
- Mengurus dan mengawal fail-fail pentadbiran personal dan pengkalan data HRMIS
- Mengurus dan menyelaras Mesyuarat-Mesyuarat utama jabatan.(Mesyuarat Ahli Lembaga PPANS , MBJ , JITU , Pengurusan)
- Mengatur dan menyelaras program-program latihan kursus anjuran Unit Pentadbiran untuk kakitangan
- Mengambil tindakan terhadap arahan-arahan Pekeliling-pekeliling yang diedarkan dan diterima pakai oleh kerajaan dan jabatan.
- Menyediakan Laporan Nilaian Pretasi Tahunan (LNPT) kakitangan PPANS.
- Menguruskan sebut harga dan surat penjanjian.
- Menyediakan laporan kehadiran bulanan Pegawai dan kakitangan PPANS.
- Dokumentasi jabatan
Kedudukan Unit :
Tingkat Satu,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2.
Puan Suhaila bt Abu Samah
Tel. : 06-7635989 / 7621308
Faks : 06-7635944
Emel : sThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Perpustakaan Desa Titian Akar
Perpustakaan Desa Titian Akar telah dibuka pada 7 April 2003. Ianya dibuka pada orang ramai terutamanya kepada masyarakat setempat yang berdekatan pada 2 Mei 2004. Asalnya perpustakaan ini adalah bekas bangunan Siber Café yang didirikan pada tahun 1996. bangunan ini telah diubahsuaikan menjadi Perpustakaan Desa Kampung Titian Akar. Keluasan bangunan perpustakaan adalah 1125 meter persegi . Ianya telah menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pembaca mendapatkan maklumat penyelidikan dan reaksi. Jarak dari Pejabat Daerah Rembau ke Perpustakaan Desa Titian Akar ialah 25 kilometer. Sementara dari pekan Lubok China ialah 3 kilometer. Perasmian Oleh Y.A.B. Menteri Besar Negeri Sembilan pada 8 Oktober 2004.
Perpustakaan Desa Titian Akar ,
71150 Linggi,
Negeri Sembilan.
Nama Petugas : Pn Pazilah binti Kasim
Emel Kakitangan :
No Tel :
No Faks :
Perpustakaan Desa Felda Serting Hilir Kompleks
Pengenalan
Perpustakaan Desa Felda Serting Hilir Kompleks Jempol terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir 2, Pejabat Felda Serting Hilir 2 & 3 dan Masjid Kariah Felda Serting Hilir Kompleks. Penubuhannya dengan mengambil alih Bilik Bacaan Rancangan (BBR) Felda Serting Hilir 3 untuk diubahsuai bagi dijadikan Perpustakaan Desa Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan telah mula dibuka perkhidmatan kepada orang ramai pada 1 April 1999. Perpustakaan ini telah sempurna dirasmikan oleh YB Dato’ Hj Lilah bin Hj Yasin Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan Merangkap ADUN Serting pada 25 November 1999. Perpustakaan ini terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Serting dan Parlimen Jempol.
Perpustakaan Desa Felda Serting Hilir Kompleks ,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan.
Nama Petugas : Puan Norbaya binti Mohd Nor
Emel Kakitangan :
No Tel : 06-4260030
No Faks :