Perpustakaan Desa Felda Jelai 4
Perpustakaan Desa Felda Jelai 4 telah didirikan di dalam kawasan Pejabat Felda Jelai 4. Berkeluasan lebih kurang ¼ ekar. Kos pembinaannya sebanyak RM 50,000.00. Ianya telah memulakan perkhidmatan pada bulan Mac 1999. Perpustakaan ini telah dirasmikan pada 12hb April 2001 bersamaan 22 Muharram 1422 oleh Cik Sahar Banun binti Jaafar, Mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
Perpustakaan Desa Felda Jelai 4 ,
73480 Gemas,
Negeri Sembilan.
Nama Petugas : Pn. Saifirah Binti kamurdin
Emel Kakitangan :
No Tel : 06 - 4348973
No Faks :
Perpustakaan Desa Air Kuning
Perpustakaan Desa ini telah memulakan perkhidmatan pada tahun 2001. Bangunan perpustakaan ini pada asalnya adalah bekas bangunan Balai Penghulu Mukim Ayer Kuning. Ianya terletak berhampiran dengan landasan keretapi, masjid dan pejabat pos. perpustakaan ini telah dibina dengan kos sebanyak RM 50,000.
Perpustakaan Desa Air Kuning ,
73200 Gemencheh,
Negeri Sembilan.
Nama Petugas : Pn. Norrita bt. Mohd Zin
Emel Kakitangan :
No Tel : 013-6476670
No Faks : 013-6476670
Perpustakaan Desa Felda Palong 7
Perpustakaan Desa Felda Palong 7 Jempol terletak bersebelahan Pejabat JKKR Felda Palong 7 dan berhampiran dengan Sek. Men. Keb Felda Palong 7, Jempol terletak di bawah pengurusan Pengurus Felda Palong 7 Jempol.Perpustakaan ini merupakan bangunan yang diubah suai untuk dijadikan perpustakaan desa oleh PPANS dan telah dibuka perkhidmatan kepada orang ramai pada 18 Oktober 1999 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Utama Hj Mohd Isa bin Dato’ Hj Abd Samad Menteri Besar Negeri Sembilan pada 16 November 1999. Perpustakaan ini terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Palong dan Parlimen Jempol.
Perpustakaan Desa Felda Palong 7 ,
P.O.Box Pusat Bandar Palong,
Negeri Sembilan
Nama Petugas : Puan Siti Salwa Bt Mohd Ali
Emel Kakitangan :
No Tel : 06-4646697
No Faks : 06-4646697