A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 qr ppansPPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

Unit Katalog

Latar Belakang
Unit Katalog bertanggungjawab  memproses bahan koleksi  di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) sama ada melalui pembelian atau sumbangan.  Selain itu, Unit Katalog  merupakan unit yang bertanggungjawab untuk mengurus statistik bahan koleksi dan juga pengedaran bahan koleksi ke seluruh rangkaian perkhidmatan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.


Objektif

  1. Membangunkan bahan-bahan koleksi berpandukan kepada piawaian semasa
  2. Mengkatalog, mengkelas, menginput data dan memproses bahan koleksi mengikut standard yang telah ditetapkan.
  3. Mendokumentasi bahan koleksi serta mengawal fail-fail kuasa yang dibina.
  4. Mengurus pangkalan data bagi perolehan dan pengkatalogan  bahan koleksi.
  5. Memastikan bahan koleksi perpustakaan yang siap di proses diagihkan mengikut masa yang ditetapkan.


Fungsi

  1. Menerima, menyemak dan mengendalikan bahan-bahan yang baru diterima dari Unit Perolehan untuk diproses.
  2. Membuat pengelasan bahan-bahan yang diterima dari Unit Perolehan Koleksi mengikut kategori bahan.
  3. Memasukkan dan menyelenggarakan data-data dalam sistem pengurusan perpustakaan (CLM) secara berterusan bagi memastikan data-data yang di masukkan ke dalam sistem mematuhi kehendak piawaian antarabangsa.
  4. Membuat dan mencetak no. panggilan buku bagi tujuan untuk ditampal di bahagian-bahagian yang telah di kelaskan.
  5. Menyemak no. panggilan sebelum dihantar ke rak atau perpustakaan awam cawangan/perpustakaan desa.
  6. Mengecop lokasi bahan-bahan perpustakaan sebelum diedarkan.
  7. Membuat pengedaran bahan di seluruh rangkaian perkhidmatan.

 

Kedudukan Unit :
Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson,
Lot 223, Jalan Baharu, KM 1, Jalan Pantai,
71000
 Port Dickson
Negeri Sembilan

Nama pegawai untuk dihubungi:
Puan Norhadilah Binti Mat Din

Tel.    : 06-6477677
Faks  : 06-6477677
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.



Unit Perolehan

Latar Belakang
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Darul Khusus merupakan nadi  pembangunan bahan koleksi perpustakaan melalui perolehan bahan koleksi melalui pembelian dan sumbangan. Bahagian ini bertindak sebagai perancang utama ke arah meningkatkan sumber maklumat kepada masyarakat bagi mewujudkan masyarakat yang berbudaya ilmu dan berinformasi.

 
Objektif

  1. Menyelaras dan menguruskan peruntukan kewangan untuk perolehan bahan   koleksi.
  2. Membangunkan bahan koleksi berpandukan kepada piawaian semasa.
  3. Mengesan dan memperolehi bahan koleksi melalui pembelian dan sumbangan selaras dengan Polisi Pemilihan Bahan Koleksi PPANS
  4. Mendokumentasi bahan koleksi serta mengawal fail kuasa yang dibina.
  5. Mengurus Pangkalan Data bagi perolehan dan pengkatalogan bahan koleksi.
  6. Mempertingkatkan penyampaian & perkhidmatan maklumat mengenai negeri.

 

Fungsi Unit

  1. Mengenalpasti, mengesan dan mencadangkan koleksi bahan yang memenuhi keperluan pelanggan di seluruh pusat perkhidmatan PPANS
  2. Menguruskan  proses pembelian bahan koleksi PPANS
  3. Menguruskan inventori bahan koleksi PPANS
  4. Menguruskan langganan bahan-bahan terbitan bersiri.
  5. Menguruskan penerimaan sumbangan buku yang diterima dari  institusi dan jabatan luar.
  6. Menguruskan penjilidan bahan terbitan bersiri Perpustakaan Negeri
  7. Menguruskan buku sumbangan di kotak-kotak sumbangan
  8. Menguruskan pengkatalogan buku-buku sumbangan dari jabatan-jabatan luar.

 

Kedudukan Unit :
Tingkat Satu,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2.


Nama pegawai untuk dihubungi:
Puan Norhayati Binti Ismail

Tel.    : 06-763 5989 / 762 1308
Faks  : 06-763 5944
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Dokumen

BIL PERKARA DOKUMEN
1. Borang Permohonan Cuti Rehat Muat Turun
2. Borang Perlaksanaan Kerja /Kerosakan Komputer Muat Turun
3. Borang Permohonan Pesanan Kerajaan Muat Turun
4. Borang Pembelian Stok Muat Turun
5. Borang Permohonan Panjar Wang Runcit Muat Turun