Unit Teknologi Dan Komunikasi Maklumat
Latar Belakang
Unit ICT PPANS dikenali dengan nama UTKM. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dengan dibantu oleh dua orang Juruteknik Komputer dan 1 Pembantu Operasi . Unit ini menyediakan khidmat sokongan teknikal dan nasihat ICT iaitu membaikpulih, menyelenggara perkakasan komputer di semua cawangan perpustakaan seluruh Negeri Sembilan kepada semua pengguna ICT di PPANS.
Visi
• Menjana dan meningkatkan kemajuan infrastruktur dan aplikasi ICT PPANS.
Misi
• Menjadi nadi penggerak dalam menyediakan infrastruktur dan latihan ICT kearah perpustakaan maya bagi menyokong misi PPANS.
Objektif
Bertindak sebagai agen pengurusan dan sokongan dalam bidang ICT PPANS.
- Menubuh, melengkap, mewujudkan, membangun dan menyelenggara seluruh factor pengaplikasian berasaskan teknologi ICT yang seiring dengan pembangunan dan keperluan PPANS.
- Mengimplementasikan sistem berkomputer di seluruh perpustakaan di Negeri Sembilan.
- Menjadikan warga kerja PPANS lebih bermaklumat dan berpengetahuan dalam bidang ICT.
- Memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh PPANS.
- Menyediakan fasiliti dan kemudahan peralatan untuk kemudahan bidang ICT.
- Merekabentuk laman web dan memastikan maklumat yang dipaparkan adalah jelas dan terkini
- Menjadi pusat rujukan serta pusat perkembangan teknologi maklumat dan menjadi pusat pembangunan perisian aplikasi.
- Menyelenggara dan memastikan bahawa perkakasan dan perisian yang terdapat di PPANS adalah dalam keadaan baik supaya tugas kakitangan
PPANS berjalan dengan lancar dan pantas.
Kedudukan Unit :
Tingkat Satu
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2.
Pegawai untuk dihubungi:
Encik Shahril Fahmey Bin Noordin
Tel. : 06-763 5989 / 762 1308
Faks : 06-763 5944
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Unit Pelanggan
Latar Belakang
Unit Pelanggan adalah unit di bawah seliaan Bahagian Pelanggan dan diketuai oleh seorang Penolong Pustakawan. Unit Pelanggan berfungsi memberi perkhidmatan perpustakaan kepada pelanggan di samping mengadakan program dan aktiviti bagi mempromosikan perpustakaan serta meningkatkan jumlah keahlian perpustakaan di Perpustakaan Negeri, Seremban.
Objektif
- Menyediakan perkhidmatan kaunter yang ceria, bersih dan selesa.
- Menyediakan layanan pengguna bersopan santun dan mesra memenuhi kehendak pengguna dalam pencarian maklumat dan menyampaikan perkhidmatan yang cekap, berteknologi dan berkualiti.
- Penyusunan semula ruang kerja dan persekitaran kaunter yang kondusif.
- Mewujudkan imej baru di perkhidmatan kaunter.
Kedudukan Unit :
Tingkat Satu,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2.
Nama pegawai untuk dihubungi:
En.Berembi Bin Haji Berahim
Tel. : 06-763 5989 / 762 1308
Faks : 06-763 5944
Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.