A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 qr ppansPPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

Perpustakaan Desa Kampung Chennah


Perpustakaan Desa Kampung Chennah adalah salah satu daripada perpustakaan desa yang terletak di dalam pentadbiran Perpustakaan Awam Daerah Jelebu. Perpustakaan ini telah di buka pada bulan Mei 1999. Usaha ini untuk mendedahkan masyarakat di kawasan tersebut ke arah budaya membaca dan berilmu. Perpustakaan ini terletak kira-kira 32 KM daripada pekan Kuala Klawang dan di kelilingi oleh kampung tradisional. Pada peringkat asalnya bangunan ini merupakan bekas rumah kediaman Penghulu bagi mukim tersebut yang kemudiannya telah di ambil alih serta diubahsuai oleh pihak Perpustakaan Negeri Sembilan untuk dijadikan perpustakaan desa.

Perpustakaan Desa Kampung Chennah ,
71650 Titi,
Jelebu
Negeri Sembilan,

Nama Petugas : Cik Fairuz Bt Aziz
Emel Kakitangan :
No Tel : 06-6230034
No Faks : 06-6230034

Perpustakaan Desa Kampung Simpang Pertang


Perpustakaan Desa Simpang Pertang Daerah Jelebu adalah satu daripada cawangan daripada pentadbiran perpusatakaan awam daerah Jelebu. Ianya terletak 32 km dari Pusat Bandar Kuala Klawang. Pada asalnya ianya adalah sebuah rumah tinggal bekas kediaman penghulu bagi mukim tersebut dan kemudiannya telah diambil alih oleh pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Ia kemudiannya di perbaiki dan diubahsuai untuk dijadikan sebuah perpustakaan desa bagi kawasan Simpang Pertang. Dengan adanya perpustakaan desa di kawasan tersebut, akan mendedahkan masyarakat setempat ke arah budaya membaca dan ia telah dibuka kepada orang ramai pada bulan Oktober 1995.

Perpustakaan Desa Kampung Simpang Pertang ,
D/a Balai Penghulu,
72300 Simpang Pertang,
Negeri Sembilan

Nama Petugas : Pn. Norliza Binti Abu Zaid
Emel Kakitangan :
No Tel : 06-6150032
No Faks : 06-6150032

Perpustakaan Desa Kampung Rendah



Perpustakaan Desa Kampung Rendah ditubuhkan pada tahun 1996 dengan mengubahsuai sebahagian ruangan balai raya Kampung Rendah.  Perpustakaan ini merupakan perpustakaan desa yang pertama ditubuhkan di Rembau dan yang keempat di Negeri Sembilan. Perpustakaan ini di bawah DUN Chembong N 26  Parlimen Rembau P 131. Memandangkan sambutan pengguna yang semakin menggalakkan perpustakaan desa ini telah mendapat bangunan baru yang terletak bersebelahan dengan perpustakaan yang lama  dengan keluasan bangunan 37.16 meter persegi dan di kategorikan dalam Perpustakaan Desa di kampung Rendah dan mula mendudukinya pada bulan Mei 2007

Perpustakaan Desa Kampung Rendah,
71300,
 Rembau,

Negeri Sembilan



Nama Petugas : Pn Mawar binti Kamaruddin
Emel Kakitangan :
No Tel : 06- 6857657
No Faks : 06- 6857657