Unit Media & KNS
Pengenalan
Unit Media bertanggungjawab menyediakan keperluan media kepada jabatan termasuklah menyediakan perkhidmatan pengambaran dan juga keperluan audio visual. Unit Media juga berperanan menyediakan bahan-bahan koleksi perpustakaan khususnya bahan koleksi negeri untuk pendigitasian.
Perkhidmatan
- Perkhidmatan Audio dan Visual
- Perkhidmatan Rakaman Video
- Perkhidmatan Rakaman Foto
- Perkhidmatan Pendigitasian
Unit Koleksi Negeri Sembilan pula bertanggungjawab ke arah perkara berkaitan dengan penyelidikan dan perolehan bahan mengenai Negeri Sembilan terutama perkara berkaitan Adat Perpatih dan sosio-budaya masyarakat Negeri Sembilan yang menjadi tumpuan para cendiakawan dan penyelidik. Unit Koleksi negeri Sembilan ini juga merangkumi penyelidikan (R&D) bertujuan untuk merancang, mengurus, mengkaji dan menyediakan laporan penyelidikan yang berkaitan dengan perkembangan dan pembangunan PPANS dalam memartabat kan kecemerlangan sumber ilmu dan warisan negeri.
Misi Unit / Bahagian :
Menyedia serta membangunkan prasarana serta perkhidmatan maklumat media yang lengkap dari segi bahan dan fasiliti untuk penduduk Negeri Sembilan.
Visi Unit / Bahagian :
Menyediakan Kemudahan Infrastuktur Media Eletronik Yang Mencukupi, Selesa Serta Berkualiti.
Kedudukan Unit :
Tingkat Satu,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2.
Nama pegawai untuk dihubungi:
Cik Nur Syamimi Binti Mohd Fuzi
Tel. : 06-763 5989 / 762 1308
Faks : 06-763 5944
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Unit Pembangunan
Latar Belakang
Menjadi nadi penggerak ke arah pembangunan infrastruktur sesebuah perpustakaan. Unit ini bertindak sebagai perancang ke arah pembinaan sesebuah pusat perkhidmatan dan menyediakan kemudahan prasarana di setiap rangkaian perkhidmatan di seluruh Negeri Sembilan. Selain itu juga, Unit Pembangunan dipertanggungjawabkan bagi merangka projek-projek pembangunan Jabatan seperti projek pembinaan pusat-pusat perkhidmatan perpustakaan, projek ubahsuai bangunan dan pembinaan bangunan baharu rangkaian PPANS. Tambahan pula, unit ini juga akan memantau pelaksanaan projek perpustakaan PPANS yang telah dilaksanakan oleh peringkat Persekutuan dan Negeri , menyelaras kolaborasi dengan Jabatan-jabatan kerajaan dan pihak luar bagi membangunkan perpustakaan baharu di Negeri Sembilan.
Misi
Membina dan menyelenggara infrastruktur bagi semua pusat perkhidmatan serta merancang untuk mewujudkan pusat-pusat perkhidmatan baru bagi kemudahan masyarakat setempat.
Visi
Memperluas dan memperkukuhkan prasarana perpustakaan di seluruh Negeri Sembilan .
Kedudukan Unit :
Tingkat Satu,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2.
Nama Pegawai Untuk Dihubungi:
En Iskandar Bin Haji Ismail
Tel. : 06-7635989 / 7621308
Faks : 06-7635944
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Unit Korporat
Latar Belakang
Unit Korporat menyediakan Takwim Jabatan. Selain daripada itu, Unit Korporat perlu memastikan imej jabatan sentiasa dijaga dan menguruskan penerbitan jabatan.
Visi
•Membentuk imej jabatan dan menerajui kecemerlangan kakitangan seiring dengan Negeri Sembilan pada tahun 2022.
Misi
•Menjana tenaga kerja yang berkualiti, berpengetahuan kreatif dan sistematik dalam mewujudkan nilai tinggi melalui perkongsian pintar.
Fungsi
- Menguruskan hebahan maklumat jabatan melalui Facebook, LED, Laman Sesawang dan Papan Notis Jabatan.
- Merancang dan menguruskan promosi jabatan dalam bentuk penerbitan seperti Buletin PPANS, Phamplet, Kalendar dan Kad Promosi Galakan Membaca.
- Menyelaras program seperti Hari Bertemu Pelanggan, aduanpelanggan dan maklum balas pelanggan.
- Menguruskan dan menyediakan teks ucapan Perasmian, siaran media dan profil jabatan yang lengkap.
- Menguruskan lawatan rasmi dalaman dan luaran jabatan.
- Menguruskan surat Ucapan Tahniah, Penghargaan dan Terima Kasih.
Kedudukan Unit :
Tingkat Satu,
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan,
Kompleks PKNNS, Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2.
Nama Pegawai Untuk Dihubungi
Puan Siti Norsariza binti Mat Rashid
Tel. : 06-763 5989 / 762 1308
Faks : 06-763 5944
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.