Perpustakaan Awam Cawangan Port Dickson
Perpustakaan Awam Daerah Port Dickson telah dibuka kepada orang ramai pada 2 Oktober 1995 di tingkat atas Bangunan Rekreasi PD dan Ia terletak di kawasan yang strategik ditengah-tengah bandar. Pada 27 Julai 2001 Perpustakaan Awam Daerah Port Dickson telah berpindah ke bangunan baru yang dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Isa bin Haji Abdul Samad Menteri Besar Negeri Sembilan pada ketika itu. Bangunan baru ini dibina oleh Syarikat Sri Bukti sebagai projek penswastaan dengan kerajaan Negeri Sembilan. Kedudukannya yang strategik berhadapan dengan Pasaraya The Store memudahkan pengunjung terutamanya berkeluarga untuk datang ke perpustakaan dengan kemudahan yang lebih selesa kepada para pengunjung.
Perpustakaan Awam
Cawangan Port Dickson,
Lot 223, Jalan Baharu, KM 1, Jalan Pantai,
71000
Port Dickson
Negeri Sembilan
Unit Pelanggan Zon Port Dickson : Pn. Wan Nurul Izzatie Binti Wan Ibrahim
Emel Kakitangan :This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No Tel : 06-6477677
No Faks : 06-6477677
Perpustakaan Awam Cawangan Jempol
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Cawangan Jempol terletak di Jalan Utama Bandar Seri Jempol. Kedudukannya berhampiran dengan Hospital Jempol, MRSM Serting, Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Jempol dan Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol. Perpustakaan ini telah mula dibina pada 27 Mei 2003 dan siap pembinaannya pada 15 April 2004. Penyerahan bangunan telah disempurnakan dengan rasminya oleh JKR Daerah Jempol pada 23 September 2004. Ianya telah mula dibuka untuk perkhidmatan kepada orang ramai bermula pada 15 Jun 2006.
Keluasan tapak adalah seluas 3 ekar dan dibina di dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (RMK8) dengan peruntukkan Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia. Perpustakaan ini terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Serting dan Parlimen Jempol. Perpustakaan ini telah disempurnakan perasmiannya oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan pada 12 Februari 2008.
Perpustakaan Awam
Cawangan Jempol,
72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan
Unit Pelanggan Zon Jempol : Rusmah Bt Lebai Yahya
Emel Kakitangan : rThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No Tel : 06-4585260
No Faks : 06-4585260
Perpustakaan Awam Cawangan Tampin
Perpustakaan ini telah memulakan perkhidmatan pada tahun 1985. ia terletak berhadapan dengan bangunan Pejabat Majlis Daerah Tampin. Pada asalnya, perpustakaan ini terletak di tingkat atas Bangunan Persekutuan berhampiran dengan Pejabar Pos Tampin. Perpustakaan ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Mohd Isa bin Abd. Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu. Oleh kerana pihak Majlis Daerah ingin memajukan kawasan di sekitar tapak perpustakaan, pihak perpustakaan telah diarahkan untuk berpindah ke pejabat lama kerajaan di Taman Rekreasi Tampin. Pada tahun 1998, pihak perpustakaan telah diarahkan sekali lagi untuk berpindah ke Dewan Serbaguna Majlis Daerah Tampin.
Perpustakaan Awam
Cawangan Tampin,
Jalan Kelab, 73000 Tampin,
Negeri Sembilan
Unit Pelanggan Zon Tampin / Daerah Kecil Gemas : Puan Nurul Syuhada binti zulkafli
Emel Kakitangan : nThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No Tel : 06-4411289
No Faks : 06-4411289