A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 qr ppansPPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

Perpustakaan Desa Air Hitam

Perpustakaan Desa Air Hitam Jempol terletak berhampiran dengan Klinik Desa Air Hitam, Balai Raya dan Masjid Kariah Air Hitam di bawah pentadbiran JKKK Air Hitam, Jempol. Perpustakaan ini mula dibina pada tahun 1993 dan merupakan projek pertama Perpustakaan Desa PPANS. Perpustakaan ini telah mula dibuka perkhidmatan kepada orang ramai pada 12 Julai 1993 dan telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Utama Tan Sri Hj Mohd Isa bin Dato’ Hj Abd Samad Menteri Besar N.Sembilan pada 27 Ogos 2001. Perpustakaan ini terletak di dalam Dewan Undangan Negeri Kawasan Lui dan Parlimen Jelebu.

Perpustakaan Desa Air Hitam ,

72120 Bandar Seri Jempol,
Negeri Sembilan

Nama Petugas : Puan Zarina binti Alias
Emel Kakitangan :
No Tel : 06-4676099
No Faks : 06-4676099

Perpustakaan Desa Seri Menanti


Perpustakaan Desa Seri Menanti adalah yang ketiga ditubuhkan di Negeri Sembilan. Ia terletak di bahagian belakang Dewan Tuanku Ampuan Najihah Seri Menanti. Memulakan perkhidmatannya pada tahun 1995. Di kawasan sekitarnya terdapat tempat-tempat menarik untuk dikunjungi, seperti Muzium Di Raja Seri Menanti, yang dahulunya adalah Istana Lama Seri Menanti. Istana baru, Istana Kayangan dan Tasik Londa Naga. Semua itu terletak di persekitaran Perpustakaan Desa Seri Menanti. Bersebelahan Perpustakaan juga  akan dibina Asrama Sekolah Menengah Tunku Besar Burhanudin untuk aliran agama yang sedang dalam pembinaan.

Perpustakaan Desa Seri Menanti ,
Dewan Tuanku Ampuan Najihah, Seri Menanti,
71550 Seri Menanti

Nama Petugas : Pn. Siti Hazidah Bt Manap
Emel Kakitangan :
No Tel : 06-6830033
No Faks : 06-6830033

Perpustakaan Desa Kampung Talang


Perpustakaan Desa Kampung Talang merupakan perpustakaan desa yang ke lima ditubuhkan di Negeri Sembilan. Terletak di Kampung Talang Ulu iaitu 5KM dari pekan Tanjung Ipoh. Merupakan sebuah bangunan baru dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Seri Najib b Tun Abdul Razak pada 29hb.Ogos,1998. Telah memberikan perkhidmatan dalam pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pembaca mendapatkan maklumat penyelidikan dan rekreasi kepada penduduk setempat bermula pada Oktober 1998.

Perpustakaan Desa Kampung Talang ,
71500 Tanjung Ipoh,
Negeri Sembilan

Nama Petugas : Pn. Siti Fatimah Bt Bachik
Emel Kakitangan :
No Tel : 06-6380038
No Faks : 06-6380038