A- A A+
  • main header

  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Pengenalan kepada U-Pustaka

 

Kewujudan sedia ada pengetahuan adalah penting bagi memastikan pembangunan negara. Peranan u-Pustaka dalam konteks pembangunan, perpaduan negara dan daya saing global adalah penting untuk mana-mana negara pada hari ini.

Dalam proses transformasi Negara untuk menjadi masyarakat berpengetahuan secara inklusif,

perkhidmatan penyampaian maklumat yang inovatif telah memberi laluan kepada sumber pengetahuan, seterusnya menggalakkan pengalaman pembelajaran sepanjang hayat pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja bagi meningkatkan kualiti kerja dan kualiti hidup secara berterusan.

Era k-ekonomi membawa berita baik bagi dunia penyelidikan dan kesarjanaan untuk mendapatkan akses tanpa sempadan kepada koleksi keilmuan yang meluas buat sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan di mana sahaja mereka berada.

Perkhidmatan u-Pustaka merupakan satu inovasi yang memanifestasikan sinergi kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka seperti berikut:

  •         Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS),
  •         Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS),
  •         Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (PPAP),
  •         Pustaka Negeri Sarawak (Pustaka),
  •         Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL),
  •         Perpustakaan INTAN Bukit Kiara dan
  •         Perpustakaan Negeri Sabah.


Laman web u-Pustaka di sini >> http://www.u-library.gov.my