A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Peraturan Perpustakaan

  1. Pelanggan tidak dibenarkan membuat tanda dengan pen/pensil atau melipat muka surat buku atau dengan lain-lain cara yang merosakkan buku-buku, majalah, alat-alat, perabut dan barang hak milik PPANS.
  2. Bahan buku dan APD tidak dibenarkan dibawa keluar dari perpustakaan kecuali bahan yang telah dipinjam.
  3. Pelanggan hendaklah menunjukkan kepada kakitangan yang bertugas segala buku-buku yang hendak dibawa keluar dari perpustakaan.
  4. Pelanggan tidak dibenarkan membuat bising yang boleh mengganggu pelanggan lain.
  5. Pelanggan tidak dibenarkan membawa atau menjual makanan dan minuman di dalam perpustakaan.
  6. Pelanggan tidak dibenarkan makan-minum, merokok dan meludah di dalam perpustakaan.
  7. Pelanggan hendaklah berpakaian tertib dan bersih apabila masuk ke perpustakaan.
  8. Pelanggan tidak dibenarkan membawa binatang peliharaan masuk ke perpustakaan.
  9. Pegawai Perpustakaan atau kakitangan perpustakaan yang bertugas mempunyai kuasa meminta pelanggan yang mengganggu ketenteraman keluar dari perpustakaan.
  10. Pihak perpustakaan berkuasa untuk menarik barang-barang perpustakaan seperti buku dan lain-lain daripada pelanggan yang melanggar undang-undang perpustakaan. Mereka ini tidak dibenarkan memasuki perpustakaan.
  11. Pegawai perpustakaan mempunyai hak untuk tidak membenarkan masuk atau keluar pelanggan yang berkelakuan sumbang.
  12. Kemudahan menggunakan perpustakaan akan ditarik balik jika seseorang itu gagal mematuhi undang-undang tersebut di atas.
  13. Tiap-tiap seseorang yang berada di mana-mana bahagian perpustakaan adalah membuat kesalahan sekiranya melakukan perkara-perkara berikut :

- Membuat perkara-perkara liar atau berkelakuan tidak senonoh
- Berpakaian mendedahkan dan tidak senonoh
- Berjudi atau bertaruh
- Melakukan kekerasan atau menggunakan perkataan yang kotor
- Mereka yang terus tinggal di dalam perpustakaan walaupun perpustakaan telah ditutup


Makluman kepada para pengunjung perpustakaan yang dihormati :

* Pemeriksaan keselamatan akan dibuat kepada semua pelanggan perpustakaan di setiap pintu keluar perpustakaan.

* Tujuan pemeriksaan ini dibuat berikutan terdapat banyak kehilangan perkakasan, buku-buku serta bahan-bahan milik perpustakaan.

* Pemeriksaan akan meliputi semua jenis beg, buku-buku dan bahan perpustakaan serta barang-barang yang terlarang (gunting, pisau dll).

* Sila pastikan buku perpustakaan yang hendak dibawa keluar telah dipinjam secara sah.

* Diharap tuan/puan dapat memberi kerjasama kepada pengawal keselamatan yang bertugas.