A- A A+
  • main header

  • ramadhan2016 2
  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Perpustakaan Masjid Negeri



Hasil kerjasama yang erat di antara Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dan  Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan akhirnya telah dapat merealisasikan hasrat YAB. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Bin Hj.Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan untuk menubuhkan sebuah Perpustakaan Islam  di Masjid Negeri , Seremban.

Walaupun berkeluasan sederhana, Perpustakaan ini menjadi permulaan kepada pengumpulan  koleksi dan pusat rujukan Islam. Perpustakaan Islam Masjid Negeri ini adalah di bawah pentadbiran Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan  dan akan berfungsi sebagai pusat sumber maklumat dan rujukan bagi semua golongan masyarakat Islam di Negeri Sembilan, daripada orang dewasa hinggalah ke peringkat kanak-kanak dengan menyediakan bahan-bahan yang beraneka media, bermutu tinggi dan mutakhir sesuai dengan kehendak dan kemajuan zaman.

Bahan-bahan maklumat yang disediakan adalah bercorak keagamaan, kebudayaan, sosial, adat resam dan sebagainya yang berunsurkan Islam. Terdapat di antaranya bahan-bahan koleksi buku  yang disumbangkan oleh orang ramai melalui usaha dan kerjasama dengan pihak Masjid Negeri. Sejajar dengan kehendak dan tuntutan teknologi maklumat dalam dunia yang serba maju, perpustakaan masjid ini juga menempatkan beberapa buah komputer yang dilengkapi dengan talian internet untuk kemudahan pengguna mencari maklumat secara online. Kewujudan perpustakaan masjid ini diharapkan dapat memperkembangkan dan memperkukuhkan lagi ilmu pengetahuan Islam di kalangan rakyat dan penduduk Negeri Sembilan khususnya serta kepada seluruh pengunjung masjid di samping mendukung dan menjayakan fungsi masjid sebagai tempat beribadat kepada Allah SWT.

Perpustakaan Islam Masjid Negeri,
Bangunan Masjid Negeri,
Jalan Dato' Hamzah
70000 Seremban

Nama Petugas : Cik Rasya Bt Adib
Emel Kakitangan :
No Tel : 06-7615455
No Faks : 06-7615455