A- A A+
  • main header

Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Pilah

 

         
Perpustakaan Awam Kuala Pilah terletak di Jalan Bukit iaitu berhampiran dengan Taman Rekreasi Jalan Bukit dan Mahkamah Seksyen Kuala Pilah. Bangunan baru Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Pilah ini siap dibina pada Oktober 2001 dan telah dirasmikan pada 30 Januari 2004 oleh YAB Dato’ Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad mantan Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu.

Perpustakaan ini telah menelan perbelanjaan sebanyak kira-kira RM 2.45 juta.  Perpustakaan Awam Cawangan Kuala Pilah ini terbahagi kepada 2 tingkat iaitu tingkat atas (bahagian dewasa ) dan tingkat bawah (bahagian kanak-kanak). Selain daripada itu salah satu keistimewaan yang terdapat di perpustakaan Kuala Pilah ini ialah ia mempunyai sebuah Galeri Dokumentasi iaitu Galeri Tan Sri Samad Idris, bagi orang ramai membuat kajian tentang tokoh Negarawan kelahiran Kuala Pilah ini.

Perpustakaan Awam 
Cawangan Kuala Pilah,
1894, Jalan Bukit,
 72000 Kuala Pilah,

Negeri Sembilan



Unit Pelanggan Zon Kuala Pilah : Rusmah Bt Lebai Yahya
Emel Kakitangan : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
No Tel : 06-4811461
No Faks : 06-4811461