- u-Pustaka
- Overdrive
- BLIS
- e-Sentral
- PressReader
- Zinio
- UN iLibrary
- Ookbee Buffet
- i-LEARN Ace
- eLaw
Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.
Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .
Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.
- Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.
>> Klik disini untuk Manual Penggunaan << Perkhidmatan peminjaman e-Buku (terbitan tempatan) secara dalam talian menerusi portal PNM ELib ini disediakan khas untuk kemudahan anda oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama . Ia menyediakan akses kepada 3,900 judul e-buku tempatan daripada pelbagai bidang perkara dan daripada penerbit tempatan yang terkemuka. Antara bidang perkara yang diliputi adalah agama, bahasa, autobiografi dan biografi, hiasan rumah, jenayah dan pelbagai. Pengguna dibenarkan meminjam sebanyak 2 naskhah e-buku dalam satu masa di mana e-buku yang dipinjam akan dapat dibaca untuk tempoh selama 7 hari.
Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.
Zinio adalah pangkalan data e-majalah yang menyediakan akses kandungan majalah luar negara (isu terkini dan terdahulu) yang boleh dimuat turun secara kekal oleh pengguna. Tiada had dari segi bilangan judul/isu untuk dimuat turun dan juga tiada had dari segi tempoh masa pembacaan. Kandungan e-majalah meliputi pelbagai bidang perkara, seperti bacaan umum, kesenian, fotografi, kenderaan automotif, perniagaan, keibubapaan, kraftangan, komputer dan sebagainya. Jumlah keseluruhan e-majalah yang terdapat di dalam pangkalan data Zinio adalah sebanyak 100 judul. Antara judul-judul e-majalah popular yang boleh anda baca: Newsweek, Reader's Digest, Digital Photo, Top Gear, CHIP, PC Magazine, Popular Science, New Scientist, Astronomy, Popular Mechanics, Discover, Outdoor Photographer dan banyak lagi. Anda juga boleh melihat (browse) senarai judul e-majalah mengikut genre dan bahasa.
UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.
Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 | Video 2 .
i-LEARN Ace merupakan sebuah platform e-pembelajaran abad ke-21 di mana ia telah dibangunkan secara eksklusif oleh Sasbadi Online. Antara ciri unik i-LEARN Ace ialah adanya fungsi nota di mana ia mengandungi lebih daripada 200,000 helaian nota. i-LEARN Ace juga menyediakan lebih kurang 300,000 set-set soalan terkumpul di dalam bank soalannya. Para pelajar mudah untuk menjawab soalan-soalan latihan dan mengakses nota-nota pelajaran secara atas talian atau offline. Selain daripada menepati 100% silibus Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini, i-LEARN Ace turut mewujudkan komunikasi tiga hala diantara ibubapa, cikgu serta para pengguna kerana platform ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran belajar para pengguna bermula dari Tahun 1 - Tingkatan 5.
Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.
- Tahniah
- Notis Pengumuman
- Olimpiad Falsafah
- PPANS
- Dataset
- Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAHkepada Encik Hamdan bin Haji Nordin atas pelantikan sebagai Pegawai Menanggung Tugas PengarahPerbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bermula 21 Oktober 2024.
Ikhlas daripada:
Seluruh warga kerja
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Anda pelajar sekolah menengah yang suka berfikir, rajin membaca dan minat berhujah? Anda berminat mendalami ilmu falsafah?
Jika ya, anda dijemput untuk menyertai Olimpiad Falsafah Malaysia (MyPO), satu pertandingan penulisan esei falsafah peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 23 November 2024.
MyPO adalah suatu pertandingan penulisan esei falsafah, anjuran Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang belajar di peringkat menengah atau pra-universiti (termasuk di luar negara), dan berumur 18 tahun ke bawah.
Para pemenang MyPO akan berpeluang untuk menyertai Bengkel Olimpiad Falsafah Malaysia, iaitu bengkel latihan bagi memilih pasukan Malaysia bagi International Philosophy Olympiad (IPO). Peserta yang terpilih akan mewakili Malaysia ke IPO 2025 yang bakal dianjurkan pada bulan Mei 2025 di Bari, Itali.- www.nslibrary.gov.my
Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus.
No. Telefon : 06-7635989
No. Fax : 06-7635944 Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)
Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Persidangan CIO ASEAN 2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini. Portal ini telah dinaik taraf dan Go Live pada 23 Mei 2016.
Objektif Data Terbuka:Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.
Data Terbuka ( Soalan Lazim )
Written by Utkm. Posted in Uncategorised
Apa itu data terbuka?
Data yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsi dan digunakan semula oleh rakyat, agensi Sektor Awam atau swasta.
Apa itu set data?
Kumpulan butiran data yang berkaitan.
Siapakah pengguna data terbuka?
Pengguna data terbuka adalah terdiri daripada golongan seperti individu, pelajar, bisnes komuniti, kakitangan Kerajaan dan penyelidik.
Siapakah pembekal set data di dalam portal ini?
Set data yang dimuat naik ke dalam portal ini dibekalkan oleh agensi Kerajaan.
Bilakah set data dikemaskini?
Set data akan dikemaskini dari masa kesemasa mengikut perubahan yang berlaku dan dibekalkan oleh pemilik data berkenaan.
Mengapa Kerajaan berkongsi set data?
Kerajaan berkongsi set data terbuka bagi membolehkan perkongsian data tersebut secara meluas dan menunjukkan ketelusan Kerajaan. Disamping itu ia memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk-produk baharu.
Bagaimana rakyat mendapat manfaat daripada perkongsian data terbuka?
Rakyat akan mendapat manfaat daripada perkongsian data tersebut dengan terciptanya produk-produk atau perkhidmatan baharu yang memberi kemudahan di dalam kehidupan seharian mereka.
Bagaimana untuk memohon set data baharu yang tiada di dalam portal?
Pengguna boleh memohon set data baharu dengan mengisi borang yang disediakan di dalam portal. Pihak Kerajaan akan memproses dan mempertimbangkan permohonan tersebut dengan sewajarnya. Set data baharu yang dimohon akan dimuat naik setelah mendapat kelulusan daripada pemilik data.