A- A A+
  • main header

  • 111111111111
  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Zon Kanak-Kanak



Pengenalan
Zon kanak-kanak PPANS terletak di tingkat bawah dan ia dikhaskan untuk pengguna kanak-kanak yang berumur 5 – 12 tahun. Selain buku-buku kanak-kanak yang boleh dipinjam, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti sudut hypermedia, bilik aktiviti, sudut buku terkini dan juga surau wanita.

Sudut Hypermedia
Sudut hypermedia merupakan ruang dimana kanak-kanak boleh menggunakan komputer dan boleh menonton cerita kanak-kanak di dalam bentuk VCD dan DVD . Sudut hypermedia terletak di hadapan kaunter Zon Kanak-Kanak supaya mudah dibantu oleh kakitangan yang bertugas. Kanak-kanak perlu mendaftar sebagai ahli hypermedia dengan hanya RM2.00.

Bilik  Aktiviti
Aktiviti kanak-kanak merupakan tarikan utama ketika musim cuti sekolah. Kemudahan ini membolehkan kanak-kanak menyertai aktiviti ketika cuti sekolah dan mengisi masa lapang mereka seperti pertandingan mewarna, pertandingan kreatif dan kritis, kolaj,  kuiz dan sebagainya

Sudut Buku Terkini
Sudut ini disediakan untuk memaklumkan kepada kanak-kanak bahawa terdapat buku-buku yang terbaru yang boleh didapati di perpustakaan. Buku-buku tersebut disusun di atas rak di bahagian tepi kaunter untuk mudah dilihat oleh pengunjung yang datang.

Surau
Surau wanita juga disediakan di bahagian Zon Kanak-Kanak  untuk pengguna yang beragama Islam yang ingin menunaikan solat.

Kod Buku Zon Kanak-Kanak

J       Junior Bukan Fiksyen (Junior Non Fiction)
JF     Junior Fiksyen (Junior Fiction)
MJF  Junior Fiksyen Bahasa Malaysia (Malay Junior Fiction)
JR     Rujukan Junior (Junior Reference)
KI     Koleksi Islam
KC    Koleksi Cina
KT    Koleksi Tamil