A- A A+
  • main header

  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • emerald

  • free banner
  • pnmdigital
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka
  • zinio

Zon Dewasa



Pengenalan
Zon dewasa perpustakaan awam negeri sembilan PPANS terletak di tingkat satu dan di khaskan untuk pengguna belia dan dewasa yg berumur 13 tahun keatas. Selain kemudahan buku yg boleh dipinjam, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dari pelbagai sudut seperti Hot Book, ruang Siber Ilmu, bilik Audio Visual, bilik Koleksi Negeri Sembilan (KNS), bilik Bacaan Khas dan juga perkhidmatan fotokopi.

Hot Book
Ruang hot book juga disediakan di Zon Dewasa dimana buku-buku terbaru ditempatkan untuk makluman pengguna. Selain dari itu, sudut bacaan yang berkonsepkan santai juga disediakan untuk pengguna yang ingin menggunakan bahan di sudut Hot Book.

Ruang Siber Ilmu
Ruang ini merupakan perkhidmatan komputer dimana pengguna boleh melayari internet secara percuma. Pengguna harus menjadi ahli dan perlu mendaftar di kaunter sebelum menggunakannya. Terdapat 6 buah komputer dan  4 buah netbook.

Bilik Audio Visual
Di perpustakaan juga terdapat bahan yang selain daripada buku iaitu video CD (VCD) dan Digital Video Disc (DVD) serta data-data berbentuk audio seperti compact Disc (CD) serta MPEG layer 3 audio (MP3). Bilik in terbuka kepada semua ahli perpustakaan yang berdaftar sahaja dan berumur 13 tahun keatas. Tempoh masa ialah 1 jam dalam masa penggunaan.

Bilik Koleksi Negeri Sembilan (KNS)
Bilik ini dikhaskan untuk koleksi Negeri Sembilan yang ditakrifkan sebagai satu kumpulan bahan perpustakaan tanap mengira bentuk, tempoh atau bahasa yang dituliskan, diterbitkan dan dirakam oleh penulis kelahiran Negeri Sembilan atau penulis luar tentang Negeri Sembilan. Pengguna perlu mendaftar dahulu sebelum menggunakan bilik ini dan harus berumur 21 tahun ke atas. Koleksi Negeri Sembilan ini tidak boleh dipinjam dan tidak boleh di bawa keluar.

Bilik Bacaan Khas
Bilik ini disediakan untuk pengguna yang berumur 21 tahun ke atas yang bertujuan untuk mengadakan perbincangan, untuk membuat kajian dan sebagainya. Selain itu, bilik ini juga dilengkapi dengan netbook dan juga bahan-bahan yang terhad di pasaran. Sama seperti Bilik KNS, pengguna perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum menggunakan bilik ini.

Perkhidmatan fotokopi.
Di Zon Dewasa juga terdapat perkhidmatan fotokopi dimana pengguna boleh membuat salinan bahan rujukan yang tidak boleh dipinjam. Harga satu salinan bahan adalah 10 sen.

Kod Buku Zon Dewasa

000         - Karya Am
100         - Falsafah
200         - Agama
300         - Seni Kemasyarakatan
400         - Bahasa
500         - Sains tulen
600         - Teknologi
700         - Kesenian
800         - Kesasteraan
900         - Geografi, Sejarah
MF           - Fiksyen Bahasa Malaysia (Malay Fiction)
F             - Fiksyen Bahasa Inggeris (English Fiction)
KC           - Koleksi Cina
KT           - Koleksi Tamil
R             - Rujukan