A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    eLib logo

    Perkhidmatan peminjaman e-Buku (terbitan tempatan) secara dalam talian menerusi portal PNM ELib ini disediakan khas untuk kemudahan anda oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama . Ia menyediakan akses kepada 3,900 judul e-buku tempatan daripada pelbagai bidang perkara dan daripada penerbit tempatan yang terkemuka. Antara bidang perkara yang diliputi adalah agama, bahasa, autobiografi dan biografi, hiasan rumah, jenayah dan pelbagai. Pengguna dibenarkan meminjam sebanyak 2 naskhah e-buku dalam satu masa di mana e-buku yang dipinjam akan dapat dibaca untuk tempoh selama 7 hari.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • Zinio Logo

     

    Zinio adalah pangkalan data e-majalah yang menyediakan akses kandungan majalah luar negara (isu terkini dan terdahulu) yang boleh dimuat turun secara kekal oleh pengguna. Tiada had dari segi bilangan judul/isu untuk dimuat turun dan juga tiada had dari segi tempoh masa pembacaan. Kandungan e-majalah meliputi pelbagai bidang perkara, seperti bacaan umum, kesenian, fotografi, kenderaan automotif, perniagaan, keibubapaan, kraftangan, komputer dan sebagainya. Jumlah keseluruhan e-majalah yang terdapat di dalam pangkalan data Zinio adalah sebanyak 100 judul. Antara judul-judul e-majalah popular yang boleh anda baca: Newsweek, Reader's Digest, Digital Photo, Top Gear, CHIP, PC Magazine, Popular Science, New Scientist, Astronomy, Popular Mechanics, Discover, Outdoor Photographer dan banyak lagi. Anda juga boleh melihat (browse) senarai judul e-majalah mengikut genre dan bahasa.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • i LearnAce logoi-LEARN Ace merupakan sebuah platform e-pembelajaran abad ke-21 di mana ia telah dibangunkan secara eksklusif oleh Sasbadi Online. Antara ciri unik i-LEARN Ace ialah adanya fungsi nota di mana ia mengandungi lebih daripada 200,000 helaian nota. i-LEARN Ace juga menyediakan lebih kurang 300,000 set-set soalan terkumpul di dalam bank soalannya. Para pelajar mudah untuk menjawab soalan-soalan latihan dan mengakses nota-nota pelajaran secara atas talian atau offline. Selain daripada menepati 100% silibus Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini, i-LEARN Ace turut mewujudkan komunikasi tiga hala diantara ibubapa, cikgu serta para pengguna kerana platform ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran belajar para pengguna bermula dari Tahun 1 - Tingkatan 5.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    enhamdan
     
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH
    kepada Encik Hamdan bin Haji Nordin atas pelantikan sebagai Pegawai Menanggung Tugas Pengarah
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bermula 21 Oktober 2024.

    Ikhlas daripada:
    Seluruh warga kerja
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
  • WhatsApp Image 2024 11 13 at 1.10.00 PM
  • Malaysia 20240910 214450 0000 731x1024
     

    Anda pelajar sekolah menengah yang suka berfikir, rajin membaca dan minat berhujah? Anda berminat mendalami ilmu falsafah?

     

    Jika ya, anda dijemput untuk menyertai Olimpiad Falsafah Malaysia (MyPO), satu pertandingan penulisan esei falsafah peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 23 November 2024.

     
    MyPO adalah suatu pertandingan penulisan esei falsafah, anjuran Persatuan Pendidikan Falsafah dan Pemikiran Malaysia (PPFPM) dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang belajar di peringkat menengah atau pra-universiti (termasuk di luar negara), dan berumur 18 tahun ke bawah.

    Para pemenang MyPO akan berpeluang untuk menyertai Bengkel Olimpiad Falsafah Malaysia, iaitu bengkel latihan bagi memilih pasukan Malaysia bagi International Philosophy Olympiad (IPO). Peserta yang terpilih akan mewakili Malaysia ke IPO 2025 yang bakal dianjurkan pada bulan Mei 2025 di Bari, Itali.

  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Persidangan CIO ASEAN 2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.

    Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini. Portal ini telah dinaik taraf dan Go Live pada 23 Mei 2016.

    Objektif Data Terbuka:

     Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
    Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
    Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
    Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
    Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.

Penyertaan Awam

Suara dan pandangan anda
Ruangan ini disediakan adalah untuk mendapatkan penglibatan orang awam terhadap garispanduan/pekeliling/kajian yang dijalankan oleh Kerajaan.
Setiap maklum balas/ cadangan/ pertanyaan awam akan dijadikan panduan untuk menambahbaik perkhidamatan kami.


Muat turun dokumen berkaitan

arrow2RAKKSSA - Rangka Kerja Keselamatan Cyber Sektor Awam

Dasar Pekeliling :
arrow2Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam
arrow2Surat Pekeliling Am
arrow2Perlembagaan Persekutuan
arrow2Senarai Pekeliling Perkhidmatan Bagi Tahun 2000 hingga 2013
arrow2Senarai Surat Pekeliling Perkhidmatan 2000 hingga 2012
arrow2Senarai Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam 2005 hingga 2013
arrow2Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan
arrow2Dokumen Rujukan Pengurusan Rekod

Maklumbalas :

arrow2Undian Portal
arrow2Aduan & Maklumbalas
arrow2Cadangan Bahan Bacaan

Pandangan/cadangan/pertanyaan mengenai draf ini juga boleh ditujukan kepada : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • pesta buku kanak2 2024
  • kembara merdeka 2024
  • perasmian konvension 2024
  • konvension 2024
  • pesta buku 2024
  • team building 2024 1
  • PROGRAM MEMADANIKAN PERPUSTAKAAN MELESTARIKAN PERPADUAN 2024 1
  • apc 2023
  • sambutan hari ibu 2024
  • persaraan akob
  • raya 2024
  • jom baca 2024
  • PESTA BUKU KANAK-KANAK SELANGOR 2024 25 Julai 2024 Kompleks PKNS, Shah Alam Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam Pesta Buku Kanak- Kanak Selangor 2024 pada hari pertama program ini berlangsung. Antara aktiviti yang dijalankan di gerai reruai PPANS adalah memperkenalkan menu tradisi Negeri Sembilan Rendang Maman Ayam Pencen Moncheh, demonstrasi pemakaian Telepok Ibu Soko & pameran replika Istana Lama Seri Menanti yang dihasilkan oleh kakitangan PPANS khas untuk tetamu yang hadir ke Pesta Buku Kanak- Kanak Selangor 2024. PPANS mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor atas jemputan ini untuk turut serta memeriahkan lagi Pesta Buku Kanak- Kanak Selangor 2024 pada tahun ini.
  • KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG (KMJG)2024 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah menyertai Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Negeri Sembilan. Sebanyak 27 buah kenderaan jabatan dari pelbagai agensi seluruh Negeri Sembilan telah bersama-sama menyertai konvoi tersebut. Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) bertujuan menyemai semangat kemerdekaan dikalangan agensi-agensi kerajaan disamping memupuk semangat patriotisme sambil mengibarkan Jalur Gemilang.
  • KONVENSYEN PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA 2024 KALI KE-25 12-16 Julai 2024 Iskandar Puteri, Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah menyertai Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia Kali Ke-25 yang mengumpulkan penyertaan dari kakitangan-kakitangan perpustakaan awam diseluruh Malaysia. Konvensyen pada kali ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Johor selaku tuan rumah dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM). Majlis Perasmian Konvensyen Perpustakaan Se-Malaysia telah disempurnakan oleh Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah binti Sultan Ibrahim dan turut berkenan menyempurnakan gimik perasmian majlis tersebut. PPANS turut mengadakan reruai pameran untuk memperkenalkan kepada para peserta konvensyen tentang makanan tradisional Negeri Sembilan (Apam Johol) dan demonstrasi pemakaian Telepok yang merupakan salah satu identiti utama bagi Negeri Sembilan.
  • KONTINJEN PPANS KE KONVENSYEN PERPUSTAKAAN AWAM SE-MALAYSIA Seramai 36 orang kakitangan dan pegawai Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) akan menyertai Konvensyen Perpustakaan Awam Se-Malaysia di Johor. Konvensyen yang diadakan pada 12-16 Julai 2024 akan mengumpul seluruh warga perpustakaan awam di Malaysia. Majlis pelepasan kontinjen telah di sempurnakan oleh YBrs. Puan Hjh. Jamilah @ Chumila bt Hj. Katis Pengarah PPANS. Didoakan semoga Kontinjen PPANS akan memperoleh kemenangan dan kejayaan pada setiap pertandingan yang disertai.
  • MAJLIS PERASMIAN PESTA BUKU NEGERI SEMBILAN 2024 DAN DEKAD BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN. ===================== 5 Julai 2024 3.15 petang Mydin Mall, Seremban 2 Majlis Perasmian Pesta Buku Negeri Sembilan 2024 telah berlangsung dengan jayanya. Turut dilancarkan juga Program Dekad Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan. Majlis telah dirasmikan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Pengerusi PPANS mewakili YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut bersama memeriahkan majlis, YBrs Puan Hajah Jamilah @ Chumila binti Haji Katis, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, YBrs Puan Fauzilahyatun binti Mustafa Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka, YB Dato dan tetamu yang hadir turut melawat reruai pameran dan jualan buku Pesta Buku Negeri Sembilan.
  • PROGRAM TEAM BUILDING PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN TAHUN 2024 13-14 Jun 2024 Klana Resort, Seremban Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menganjurkan Program Team Building 2024 untuk pegawai PPANS yang bertujuan bagi meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pegawai berhubung konsep kepimpinan serta pengurusan organisasi yang berkesan. Pelbagai pengisian telah diadakan antaranya Flying Fox, High Ropes Course, Archery Target Shooting, Painball Target Shooting dan Game Ball Placement yang telah dikendalikan oleh fasilitator dari Klana Resort. Para peserta juga telah mengikuti sesi ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Norazman bin Amat, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan, Jabatan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang bertajuk 'Pentingnya Integriti dalam pekerjaan'. Majlis Perasmian Penutupan Team Building Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Tahun 2024 telah disempurnakan oleh YB Dato' Muzalmah Binti Mustapha Kamal Penasihat Undang-Undang Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus merangkap Ahli Lembaga Pengarah & Pengerusi Jawatankuasa Pencalonan Ganjaran & Pelaburan, Klana Resort, Seremban.. Turut hadir bersama YBrs. Puan Hajah Jamilah binti Haji Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan.
  • PROGRAM MEMADANIKAN PERPUSTAKAAN MELESTARIKAN PERPADUAN 30 Mei 2024 8.00 pagi Perpustakaan Awam Cawangan Negeri Sembilan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Pilah dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menganjurkan program Memadanikan Perpustakaaan Melesarikan Perpaduan yang telah dirasmikan oleh YB Puan Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan merangkap ADUN Pilah. Turut hadir Puan Nawal binti Mohamed Amin Pegawai Daerah Kuala Pilah, Tuan Azlan Shah bin Nazrudin Pengarah LPPKN Negeri Sembilan, YBrs Puan Hajah Jamilah @ Chumila binti Haji Katis Pengarah PPANS dan ketua atau wakil agensi kerajaan lain.
  • MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023 PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN TARIKH : 23 MEI 2024 (KHAMIS) MASA : 9.30 PAGI TEMPAT: D'TEMPAT COUNTRY CLUB, SEREMBAN Seramai enam orang warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan telah mendapat APC Tahun 2023. Tahniah diucapkan kepada penerima APC Tahun 2023 iaitu Puan Hadilah binti Mat Din (Penolong Pustakawan S29), Encik Muhammad Norfaiz bin Azmi (Penolong Akauntan W29), Puan Rusmah binti Lebai Yahya (Pembantu Pustakawan S22), Encik Ali Afdah bin Abd Hamid (Juruteknik Komputer FT22), Cik Fairuz binti Aziz (Pembantu Pustakawan S19), Cik Nur Afiqah binti Md. Zin (Pembantu Pustakawan S19).
  • SAMBUTAN HARI IBU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2024 16 Mei 2024 8.00 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan telah menganjurkan Sambutan Hari Ibu Peringkat Negeri Sembilan 2024 dengan kerjasama Chinese Maternity Hospital (CMH) dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan selaku tuan rumah bertempat di Perpustakaan Negeri, Seremban 2. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Puan Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Turut hadir sama pada majlis ini adalah YBrs. Encik Azlan Shah bin Nazrudin Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan, YBhg. Dato’ Rozita binti Sulaiman Timbalan Setiuasaha Kerajaan Negeri Sembilan Bahagian Pengurusan, YBrs. Puan Hajah Jamilah @ Chumila binti Haji Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan, YBrs. Encik Aminudin bin Kamaruddin Ketua Jabatan Sumber Manusia dan Pentadbiran, YBrs. Puan Santhana Barathi Ketua Unit Pemasaran Eltean Incorporated Sdn. Bhd. (Sebamed Malaysia), dan ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai Kerajaan dan swasta.
  • MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN 13 Mei 2024 12.00 tengah hari Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Sebagai mengenang jasa dan keringat serta khidmat bakti, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan satu majlis bagi meraikan kakitangan yang bersara dan telah berkhidmat di Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Kakitangan yang diraikan adalah Encik Yaakob bin Suman, Pembantu Operasi (N11). Beliau telah berkhidmat di PPANS bermula pada 13 Januari 1986 hingga 1 Mei 2024 iaitu selama 38 tahun.
  • MAJLIS JALINAN MESRA AIDILFITRI 2024 23 April 2024 12.00 Tengah hari Perpustakaan Negeri, Seremban 2
  • Majlis Pelancaran Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit dan Dekad Membaca Kebangsaan Tahun 2024 peringkat Negeri Sembilan Tarikh: 23 April 2024 (Selasa) Masa : 10.30 pagi Tempat : Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Majlis Pelancaran Program Jom Baca Bersama Untuk 10 minit dan Dekad Membaca Kebangsaan Tahun 2024 peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya. Program ini dianjurkan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan.