A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

Koleksi Negeri Sembilan

koleksi n9 1  koleksi n9 2 

koleksi n9 3 koleksi n9 4

Pengenalan
Koleksi Negeri Sembilan didefinisikan sebagai  segala bahan yang diterbitkan, dicetak, ditulis mengenai Negeri Sembilan atau penulis-penulis anak kelahiran Negeri Sembilan yang hasil karya tersebut dihimpunkan dalam satu koleksi iaitu Koleksi Negeri Sembilan. Ianya diwujudkan bagi membantu pengguna untuk menjalankan penyelidikan.Terletak di Zon Dewasa Tingkat Satu. Bahan-bahan yang terdapat dalam KNS adalah untuk RUJUKAN sahaja dan tidak dibenarkan dibawa keluar samada ke bahagian rujukan atau ke tingkat bawah.

Koleksi Negeri Sembilan diwujudkan atas usaha untuk memgumpul dan memelihara warisan dan khazanah Negeri Sembilan. Dengan adanya bahagian ini, para pengguna akan mendapat segala manfaat dan pengetahuan mengenai sejarah, kebudayaan, adat, resam, Adat Perpatih dan pelbagai biadang mengenai Negeri Sembilan serta hasil karya anak tempatan bagi tujuan penyelidikan dan rujukan.

Objektif utama diwujudkan Koleksi Negeri Sembilan adalah unutk membina satu koleksi yang dapat menggambarkan warisan dan khazanah mengenai Negeri Sembilan yang perlu di pelihara serta disimpan untuk tujuan dan penyelidikan pada masa sekarang dan masa akan datang.

Objektif

  1. Melahirkan kesedaran pengguna tentang pentingnya sejarah, kebudayaan, adat resam dan adat istiadat Negeri Sembilan.
  2. Memudahkan para pengguna membuat penyelidikan dan rujukan.
  3. Supaya warisan dan khazanah Negeri Sembilan dapat dipelihara agar tidak hilang ditelan zaman.
  4. Memupuk minat generasi baru agar menerokai warisan dan mendalami sejarah negeri beradat ini.

Fungsi
Bahagian ini berfungsi sebagai unit yang menjalankan aktiviti pengumpulan dan pemeliharaan bahan sejarah dan juga bahan hasil karya penulis Negeri Sembilan. Bahan-bahan di dalam koleksi ini tidak boleh dipinjam tetapi pengguna dibenarkan membuat salinan fotokopi bagi bahan-bahan yang diperlukan.

Sumber Perolehan

  1. Bahan-bahan mengenai Negeri Sembilan dalam semua bidang perkara tidak kira rupa bentuk bahasa digunakan.
  2. Bahan-bahan ditulis oleh anak Negeri Sembilan atau bermastautin di Negeri Sembilan.
  3. Semua bahan diterbit dan dicetak di Negeri Sembilan.

Jenis-Jenis Koleksi

  • Koleksi Sejarah Tempatan
  • Koleksi Persendirian
  • Koleksi Sejarah Lisan
  • Koleksi Minangkabau/Adat Perpatih

Jenis-Jenis Bahan

  • Buku/Tesis
  • Keratan Akhbar
  • Warta Kerajaan
  • Gambar
  • Laporan Tahunan/Bibliografi
  • Bahan-bahan Nadir
  • Bahan-bahan berkaitan Negeri Sembilan