A- A A+
  • main header

  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka

  PPANS RSS FEED Aktiviti Terkini PPANS | Masukkan Emel Anda:

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PUSTAKAWAN MALAYSIA 2017/2018



Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) telah diadakan di Dewan Besar, Universiti Putra Malaysia, Serdang pada 26 Mac 2018 (Isnin).

Mesyuarat ini dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM).

YBhg Puan Jamilah binti Haji Katis, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah hadir ke majlis tersebut bersama-sama 5 orang pegawai PPANS.


Pihak PPANS mengucapkan jutaan tahniah kepada penerima-penerima Anugerah iaitu:

  • Anugerah Tokoh Pustakawan PPM (Dr. Nor Edzan binti Che Nasir)
  • Anugerah Pustakawan Harapan PPM (Encik Ali bin Rashid)
  • Pemenang Jawatankuasa PPM Terbaik (Jawatankuasa Perpustakaan Undang-Undang)
  • Pemenang Kumpulan PPM Terbaik (Kumpulan PPM Timur)
  • Anugerah Pingat Emas Pelajar Terbaik PPM UiTM (Mohd Shahril Nizam bin Ibnu Sahad)
  • Anugerah Pingat Emas Pelajar Terbaik PPM Unisel (Arunnasundari a/p Ramani)
  • Anugerah Pingat Emas Pelajar Terbaik PPM UIAM (Hamizah Hafit)
  • Anugerah Pingat Emas Tesis Terbaik PPM UM (Nurfarawahidah Badruesham)

Selain itu, ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada perlantikan semula barisan ahli-ahli majlis PPM bagi penggal 2018-2020.


Pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) berusaha untuk libatsama dalam semua aktiviti serta menyokong halatuju ahli-ahli majlis, jawatankuasa dan kumpulan PPM bagi pentadbiran seterusnya.