A- A A+
  • main header

  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • ns foodtrail
  • u pustaka

  PPANS RSS FEED Aktiviti Terkini PPANS | Masukkan Emel Anda:

Program #MalaysiaNgaji di Media

Sumber dari www.sinarharian.com.my
PUTRAJAYA - Bukan hanya berlaku di Malaysia, malah ia turut melibatkan negara seperti United Kingdom, Australia, Mesir, Turki, Amerika Syarikat, Indonesia, Brunei, Singapura dan Arab Saudi, itulah fenomena #MalaysiaNgaji  peringkat perdana yang melanda negara semalam.
Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan diaktifkan oleh Rumah Ngaji adalah kerjasama Kumpulan Media Karangkraf, Jabatan Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Perbadanan Perpustakaan semua negeri serta disokong padu Astro Oasis berjaya menarik orang ramai untuk membaca al-Quran selama satu jam serentak.
 
Program kali kedua bermula jam 12 tengah hari hingga 1 petang itu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 peserta terdiri daripada pembaca Sinar Harian, penjawat awam, pekerja swasta, pelajar dan penduduk yang tinggal berdekatan.
Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin menjadi lokasi utama bagi program #MalaysiaNgaji yang dijalankan selama satu jam.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, #MalaysiaNgaji menjadi satu fenomena baharu dalam kalangan masyarakat beragama Islam di Malaysia.
“Ini kali kedua kita jalankan program #MalaysiaNgaji dan penyertaan tahun ini lebih memberangsangkan dan saya cukup terharu dengan sambutan yang diberikan.
“Kita jangkakan hanya 1,000 orang sahaja dan kita telah bawa 1,000 naskhah al-Quran untuk diwakafkan kepada peserta dan ternyata jangkaan kita silap apabila jumlah peserta lebih ramai daripada Quran yang kita bawa,” katanya.
Menurutnya, sokongan dan penyertaan menunjukkan wujud satu momentum besar dalam kalangan orang Islam di negara ini.
“Mengapa saya kata begitu, program kita hari ini (semalam) bukan hanya dijalankan di Putrajaya, malah turut dilaksanakan di seluruh negeri di negara ini.
“Saya dapat makluman sambutan di setiap negeri cukup memberangsangkan dan situasi ini cukup positif dalam usaha membudayakan masyarakat Islam di Malaysia membaca al-Quran,” katanya.
Mengulas lanjut, Hussamuddin berkata, matlamat utama program #MalaysiaNgaji bukan hanya menyemai minat membaca al-Quran, malah menjadikan kitab suci itu sebagai teman dalam kehidupan.
Selepas melihat sambutan memberangsangkan dalam dan luar negara, Hussamuddin berpendapat program berkenaan boleh dilaksanakan ke peringkat lebih tinggi.
“Mungkin selepas ini kita akan buat #DuniaNgaji pula. Ini boleh berlaku dan ia bukan suatu perkara mustahil,” katanya.
Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Marhaini Yusoff ketika ditemui melahirkan rasa gembira dengan penyertaan memberangsangkan daripada pelbagai pihak dan lapisan umur