A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

  PPANS RSS FEED Aktiviti Terkini PPANS | Masukkan Emel Anda:

Iftar Bersama Warga Kerja PPANS 2016


Iftar Ramadan bersama warga kerja PPANS pada 17 Jun 2016 di Astana Zemi, turut hadir bersama Ybhg. Puan Rusni Binti Ab. Jalil dan Ybhg. Dato' Johani Bin Hassan merangkap ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

Gotong Royong Bubur Lambuk KESUKA PPANS


Aktiviti Yang Dijalankan : Bergotong Royong menyiapkan bubur lambuk
Tarikh : 17 Jun 2016 ( Jumaat )
Tempat : Perpustakaan Awam Negeri
Dikendalikan Oleh : Kakitangan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan / Kelab Sukan Dan Kebajikan PPANS

Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 2016


Program Tadarus dan Khatam Al-Quran Perdana 2016 adalah merupakan anjuran Kerajaan Negeri Sembilan dan Persatuan Isteri Wakil-wakil Rakyat dan Pegawai-pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (PEKERTI NS).

Program Tadarus Al-Quran ini bermula pada 6 Jun 2016 hingga 21 Jun 2016 dan Majlis Khatam Al-Quran Perdana 2016 pula diadakan secara serentak di seluruh Negeri Sembilan pada 22 Jun 2016 (17 Ramadhan 1437H) bersempena tarikh Nuzul Quran.

Majlis Perasmian Khatam Al-Quran Perdana 2016 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di Dewan Tuanku Aishah Rohani, Bangunan NSWO, Seremban.