A- A A+
 faq  phone  compose  sitemap
 Soalan 
Lazim

Hubungi 
Kami 

 Aduan dan
Maklum Balas

Peta
Laman 
  • main header

  • Untitled 2 01
  • emerald

  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Aktiviti Terkini PPANS

    Masukkan Emel Anda:

  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • SENARAI SEBUTHARGA YANG DIKELUARKAN OLEH PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

    Sebutharga adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat yang bertaraf Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang berkaitan dan yang masih sah pendaftarannya dan berdaftar dengan PPANS untuk menyertai sebutharga tersebut.
     
    BIL : 01/19 

    NAMA SEBUTHARGA : 

    SEBUT HARGA KERJA-KERJA PERPINDAHAN PEJABAT PENTADBIRAN DAN PERPUSTAKAAN NEGERI,

    NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

    KOD BIDANG :  221704, 221707
    TARIKH DIJUAL :  20/11/2019 (Rabu)
    TARIKH DITUTUP :  4/12/2019 (Rabu)
          
    Borang-borang sebutharga boleh didapati di Unit Pentadbiran Dan Kewangan pada waktu pejabat iaitu : 
    Isnin – Khamis : 9.00 pagi hingga 4.30 petang
    Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
                   3.00 petang hingga 4.30 petang
     
    Borang dan dokumen sebutharga yang telah diisi dengan  lengkap serta salinan Surat Pendaftaran Kementerian Kewangan, dan salinan Sijil Taraf Bumiputera hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di Unit PentadbiranPPANS tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari .

    Anda boleh menghubungi Puan Suhaila ( Unit Pentadbiran PPANS ) , 06-7635989 untuk pertanyaan atau maklumat lanjut.
     
    SESI TAKLIMAT AKAN DIADAKAN PADA 2 DISEMBER 2019 JAM 10.00 PAGI , KEHADIRAN ADALAH DIWAJIBKAN UNTUK SYARIKAT YANG INGIN MENGHANTAR SEBUTHARGA.KEGAGALAN UNTUK HADIR KETIKA SESI TAKLIMAT AKAN MENYEBABKAN SEBUTHARGA TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN.
  • kembara digital
     
    Jom semua meraikan pemenang Anugerah Transformasi Komuniti u-Pustaka (ATKU) 2019
    sempena Program Kembara Digital Malaysia (KDM) di Stadium Mini Kuala Pilah, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
     
    Majlis Penyampaian Hadiah ATKU 2019 pada 23 November 2019 (Sabtu) jam 2.00 - 4.00 petang sempena
    Majlis Perasmian KDM oleh
    YAB Dato' Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan
  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di  Persidangan CIO ASEAN  2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini.  Pada awal tahun 2016, portal versi beta telah menggantikan portal sedia ada.  Kini, portal versi beta telah dinaik taraf kepada portal versi terkini.

  • Harap maaf, tiada tawaran Jawatan Kosong buat masa ini

  • 10
  • 9
  • 7
  • 6
  • 5
  • 3
  • 2
  • 8
  • 1
  • 1
  • 1
  • 1
  • Program Lestari Minda 30 November 2019 Masjid Kariah Panchor Jaya, Seremban Program ini diadakan dengan kerjasama UITM Cawangan Rembau dan Jawatankuasa Masjid Kariah Panchor Jaya. Pelbagai aktiviti diadakan yang melibatkan komuniti setempat. Program ini telah dirasmikan oleh YB Tuan Hj. Suhaimi Bin Kassim Adun Lenggeng.
  • Seminar Antarabangsa 500 tahun Pelayaran Magelan Panglima Awang Menjulang Martabat Melayu 28 November 2019 Pustaka Raja Tun Uda Seminar ini diadakan adalah untuk sejarahwan negara membentangkan maklumat mengenai ilmu-ilmu melayu dahulu mengenai pelayaran kapal dimana pada masa dahulu bangsa melayu dikenali sebagai pakar dalam ilmu pelayaran lautan. Kehandalan bangsa melayu dalam pelayaran dizahirkan dengan kewujudan Panglima Awang. Panglima Awang atau Henry The Black dan Enrique of Malacca merupakan seorang keturunan Melayu yang turut serta dalam misi pelayaran Ferdinand Magellan untuk mengelilingi dunia . Beliau bertugas sebagai jurubahasa dan pembantu di dalam kapal Ferdinand Magellan. Seminar sehari ini turut disertai pegawai dari PPANS.
  • Majlis Penyampaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Negeri Sembilan 26 November 2019 BTPN Negeri Sembilan Majlis ini diadakan untuk mengiktiraf Pusat Sumber Sekolah yang terbaik di Negeri Sembilan. Majlis ini dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sembilan. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) diberi peranan sebagai juri pertandingan dan juga berperanan memberi khidmat nasihat kepada sekolah dalam pembangunan koleksi pusat sumber.
  • Sekitar Kejohanan Bowling 4 Penjuru yang melibatkan pasukan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan - PPANS, Pusat Khidmat Pelanggan - SAINS & Penjara Kajang Selangor di Ole Ole Superbowl Seremban 2 semalam.
  • Anugerah Transformasi Komuniti u-Pustaka (ATKU) 2019 sempena Program Kembara Digital Malaysia (KDM) Stadium Mini Kuala Pilah, Negeri Sembilan. 23 November 2019 (Sabtu) Tahniah diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan yang telah merangkul tempat ketiga ATKU 2019 bagi kategori Perpustakaan Awam Negeri dan Tahniah juga kepada Perpustakaan Desa PNM Taman Bukit Intan Negeri Sembilan yang merangkul tempat kedua bagi kategori Perpustakaan Desa. Majlis penyampaian anugerah telah disempurnakan oleh YB Eddin Syazlee Shith, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Pilah. Turut hadir YBrs Puan Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. #ATKU2019
  • Persidangan Ketiga (Belanjawan), Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke 14 Hari Pertama Jumaat, 22 November 2019 Terima kasih YAB Menteri Besar Negeri Sembilan diatas pembentangan bajet Negeri Sembilan dengan tema melestarikan ekonomi, mensejahterakan rakyat. Terima kasih juga kepada Kerajaan Negeri diatas pengumuman bonus sebulan gaji atau minimum RM 2000 kepada penjawat awam negeri, satu penghargaan Kerajaan Negeri Sembilan kepada semua penjawat awam di pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan
  • Bengkel Key Performance Indicator (KPI) dan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2020 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Royale Chulan Resort, Seremban 20-21 November 2019 Seramai 25 ketua unit dan kakitangan PPANS telah menyertai bengkel KPI dan SKT 2020 yang dijalankan selama 2 hari. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk menetapkan sasaran kerja bagi semua unit yang terdapat di PPANS bagi meningkatkan kualiti penyampaian terutamanya dalam perkhidmatan maklumat kepada rakyat di Negeri Sembilan. Bengkel ini telah dikendalikan oleh En Hamdan B Hj Nordin Timbalan Pengarah PPANS. Perasmian Bengkel telah disempurnakan oleh YBhg Puan Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah PPANS.
  • Majlis Rumah Terbuka Deepavali Peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus Tahun 2019 20 November 2019 ( Rabu ) Dewan Majlis Perbandaran Seremban. Majlis telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Hj Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah barisan EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, pemimpin negeri dan rakyat berbilang kaum tidak ketinggalan YBrs Pn. Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
  • Majlis Istiadat Bersiram DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan. 16 November 2019 Bandar Diraja Seri Menanti Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir bersama Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud menaiki Takhta Rencana Setelah selesai Istiadat Bersiram. Majlis Istiadat ini turut dihadiri oleh YBrs Puan Hjh Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Pihak PPANS juga turut mendokumentasi istiadat yang dijalankan selama 3 hari bermula 15hb sehingga 17 November 2019.
  • Majlis Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019 14 November 2019 | Klana Resort, Seremban Tahniah diucapkan kepada En Abdul Latip Bin Talib atau dikenali sebagai Pak Latip yang telah dianugerahkan Sasterawan Negeri Sembilan 2019. Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang- pemenang Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2019. Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Hj Aminuddin Bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir YB Dato' Dr. Razali bin Ab. Malik Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Tuan Mohamad Nazaruddin Bin Sabtu Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu. YBrs Pn Hjh. Jamilah @ Chumila Bt Hj. Katis Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS).
  • 9 November 2019 Padang MPS, Seremban Kontinjen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan turut mengambil bahagian. Turut Hadir bersama Pn Hjh Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis Pengarah PPANS.
  • Bengkel ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan N.Sembilan dan telah diadakan di Kompleks Kraftangan Negeri Sembilan pada 4 November 2019. Program ini diadakan adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada komuniti masyarakat untuk menghasilkan produk kraf adat Bujam. Bujam adalah alat atau bekas diperbuat dari daun mengkuang atau pandan yang dianyam dan pemilihan daun pandan lebih elok kerana lembut. Ia sejenis tas tangan atau kantung diperbuat dari daun mengkuang ataupun pandan yang disulam kemas, bersaiz empat segi serta dibaluti kain tebal berukuran sederhana dan ditenun menggunakan benang emas. Bengkel ini telah di rasmikan Oleh YB Tuan Nazaruddin. EXCO Kebudayaan, Kesenian dan Adat Istiadat Melayu N.Sembilan. Turut hadir ke majlis tersebut adalah YBhg Puan Hjh Jamilah @ Chumila Bt Hj Katis. Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Syabas dan tahniah Perbadanan Kraftangan Malaysia Cawangan N.Sembilan diatas penganjuran program ini !!