A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 qr ppansPPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

Pangkalan Data Atas Talian Universe Digital Library



PENGENALAN

Universe Digital Library adalah Perpustakaan Digital Inovatif yang mengandungi sumber akademik kejuruteraan, perubatan, perniagaan, sains, buku rujukan Islam dan umum, tesis dan juga jurnal, Pangkalan Maklumat Digital atau Perpustakaan Digital bermaksud bahan-bahan digital (bukan bercetak) yang diuruskan di dalam satu sistem Pangkalan Data untuk diakses oleh pengguna pada bila-bila masa.


LATARBELAKANG

Portal Universe Digital Library ini menyediakan perkhidmatan pembacaan bahan bacaan secara elektronik. pengguna hanya perlu klik pada pautan dan mendaftar sebagai ahli perpustakaan seterusnya mendaftar sebagai user melalui emel yang disediakan. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan mengambil inisiatif untuk menyediakan Pangkalan Data Atas Universe Digital Library untuk membudayakan ilmu pengetahuan serta menjadi perpustakaan sebagai lembah ilmu

PANGKALAN DATA YANG DISEDIAKAN : -

a)    http://www.udlpro.com

b)    http://www.udlislamic.com

CARA PENGGUNAANNYA

1.   Pengguna perlu mendaftar untuk menjadi ahli perpustakaan.

2.   ID dan katalaluan akan diberi apabila seseorang pengguna telah berdaftar.

3.   Penggunaan ID dan katalaluan tersebut adalah dalam tempoh 1 tahun penggunaan.

4.   Seorang pengguna hanya diberikan satu ID dan satu katalaluan dan tidak dibenarkan berkongsi
      dengan sesiapa ID dan katalaluan tersebut

5.   Sebarang Pertanyaan sila berhubung dengan Unit Perkhidmatan Pelanggan
      Perpustakaan Awam Negeri Sembilan

 

Group Sayangi Perpustakaan




PENGENALAN
Bermula pada bulan April 2011, Grup Sayangi Perpustakaan telah ditubuhkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan. Program Sayangi Perpustakaan telah menjelajah ke sekolah-sekolah dengan visi untuk menerapkan budaya suka membaca dan meningkatkan amalan budaya membaca masyarakat terutamanya generasi muda.

Program Sayangi Perpustakaan ke sekolah-sekolah adalah di bawah pengurusan Unit Perhubungan Awam dan mendapat kerjasama daripada Unit Pelanggan Daerah seluruh Negeri Sembilan.Pada tahun 2013, Program Sayangi Perpustakaan mensasarkan untuk mengadakan program ke sekolah menengah, sekolah rendah dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau Kelas Pendidikan Khas.Bagi tahun 2011 dan 2012, kerjasama yang amat baik diberikan oleh semua Pegawai Pelajaran Daerah, Pengetua dan Guru Besar sekolah yang GSP kunjungi.

Pada tahun 2011, GSP hanya mensasarkan sebanyak 10 buah sekolah rendah sahaja, namun pada penghunjung tahun jumlah sebenar sekolah yang dikunjungi adalah sebanyak 15 buah sekolah.Manakala pada tahun 2012, GSP telah meningkatkan sasaran kepada 15 buah sekolah Sekolah Menengah dan Rendah, namun sambutan yang menggalakkan dari pihak sekolah, jumlah sekolah yang dikunjungi oleh GSP sehingga 7 November 2012 adalah sebanyak 24 buah sekolah.

OBJEKTIF
1.Memberi penjelasan mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan berhampiran.
2.Menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah
3.Memberi kesedaran bahawa membaca adalah perkara yang amat penting dalam kehidupan ini.

PELAKSANAAN PROGRAM
Program Sayangi Perpustakaan ke sekolah-sekolah mempunyai 4 modul utama yang dilaksanakan, iaitu:
1.Taklimat Perkhidmatan PPANS & Kuiz Inforia
2.Ceramah Pengurusan Asas Pusat Sumber
3.Uji Minda, permainan interaktif  dan Persembahan Boneka
4.Sumbangan bahan bacaan kepada Pusat Sumber Sekolah

RASIONAL
1.Program Sayangi Perpustakaan ke sekolah-sekolah adalah usaha untuk mempromosikan dan mendekatkan perpustakaan kepada pelajar-pelajar sekolah.
2.Program ini dilaksanakan untuk meningkatkan tahap pembacaan pelajar sekolah
3.Promosi ke sekolah-sekolah akan membantu meningkatkan keahlian perpustakaan
4.Selain membaca sambil bergembira, para pelajar juga akan mendapat ilmu pengetahuan melalui bengkel dan panduan yang diberikan sepanjang program