A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka

 qr ppansPPANS RSS FEED Keratan Akhbar PPANS | Masukkan Emel Anda:

images/banners/BERSAMA_PEMIMPIN-01.jpg

26 Oktober 2019

Tajuk :77 premis makanan diarah tutup tahun ini

Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Pandu lalu di Kuala Pilah
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Seremban:YB Tuan Loke Siew Fook berkata dalam merancang pelan Malaysia Vision Valley 2.0 ini bukan hanya bergantung dengan keputusan satu pihak sahaja tapi ia perlu mendengar pendapat dari pihak lain iaitu orang awam. Satu persidangan mengenai projek Malaysia Vision Valley 2.0 telah diadakan bagi menerangkan projek pembangunan ini kepada orang awam.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Guang Ming Daily

Tajuk :Seremban:MBNS telah merasmikan Karnival Deepavali yang diadakan di Seremban. Beliau juga sempat menyampaikan sumbangan kepada 61 wakil Sekolah Kebangsaan Jenis Tamil di Negeri Sembilan semasa perasmian karnival ini,turut sama hadir dalam majlis ini YB Tuan Arul Kumar.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Port Dickson: Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa Bertindak Kesihatan,Alam Sekitar,Koperasi dan Kepenggunaan NS,terdapat 33 restoran di Port Dickson diarahkan tutup kerana tidak memenuhi syarat kebersihan kata YB Tuan Veerapan.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Kuala Pilah: MBNS merasmikan pembukaan restoran makanan segera yang pertama di Kuala Pilah iaitu McDonald.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban: Persidangan Pembentangan Pelan Malaysia Vision Valley 2.0 telah diadakan. Persidangan ini diadakan adalah untuk berkongsi pendapat bersama orang ramai mengenai Pelan Malaysia Vision Valley 2.0. YB Tuan Loke Siew Fook berkata,dalam merancang Pelan Malaysia Vision Valley ini mendengar pendapat orang ramai juga perlu ada bagi menjayakan projek ini.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban:MBNS menghadiri Majlis Perasmian Karnival Deepavali yang diadakan di Jalan Dato Lee Fong Yee,Seremban. Beliau berkata lebihan hasil kutipan karnival ini akan disumbangkan kepada 61 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di Negeri Sembilan.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban: MBNS telah merasmikan Majlis Pelancaran Dana Kelestarian Kualiti Alam Sdn Bhd di d’Tempat Country Club,Seremban. Turut menghadiri majlis,YB Tuan Veerapan. Pelancaran dana ini adalah mewujudkan tabung yang akan digunakan untuk menangani sebarang bencana yang kemungkinan berlaku. Pihak Kualiti Alam juga mencadangkan kerajaan untuk mewujudkan pusat kualiti alam di negeri lain. Pewujudan pusat ini di negeri lain ia dapat mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada satu pusat dalam melupuskan sisa bahan terjadual.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Kuala Pilah:MBNS telah merasmikan pembukaan restoran makana segera McDonald di Kuala Pilah. Beliau berkata secara tidak lansung dengan pembukaan restoran ini ,ia telah meningkatkn peluang pekerjaan tempatan dan juga mempromosikan pertumbuhan ekonomi tempatan.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Port Dickson: Jawatankuasa Bertindak Kesihatan,Alam Sekitar,Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan telah melancarkan operasi pemeriksaan restoran di Port Dickson. Terdapat 33 restoran diarahkan tutup kerana tidak memenuhi syarat kebersihan.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban: YB Tuan Loke Siew Fook berkata dengan adanya terminal pelayaran di Port Dickson dapat menarik pelancong untuk datang ke negeri ini dan juga meningkatkan industri pelancongan negeri ini.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban: MBNS telah merasmikan Majlis Pelancaran Power House Wanita Gemilang di Dewan Serbaguna, Wisma Negeri Negeri Sembilan. Selain itu Program Pemerkasaan Wanita Negeri Sembilan:Kelas Membuat Hidangan Tradisional-Laddu & Candy sempena sambutan Deepavali di bawah inisiatif Power House Wanita Gemilang (PH GEM) telah dijalankan turut dihadiri YB Puan Nicole.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Lukut:YB Tuan Choo Ken Hwa menghadiri majlis menyampaikan bantuan sempena sambutan perayaan Deepavali kepada 250 keluarga yang kurang kemampuan di kawasan Lukut dengan harapan dapat meringankan beban rakyat supaya mereka boleh menyambut perayaan dengan suasana gembira.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Bahau: YB Tuan Teo Kok Seong melawat kawasan Kampung Indah Bahau untuk memeriksa projek saliran parit yang sedang dijalankan.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Seremban: YB Tuan Loke Siew Fook berkata kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan akan memperuntukan dana dalam mempertingkatkan infrastruktur dan menyediakan pengangkutan yang mudah di dalam projek Malaysia Vision Valley 2.0.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Seremban:YB Tuan Veerapan telah menghadiri dan juga merasmikan Hari Alam Sekitar Negara di d’Tempat Country Club,Bandar Sri Sendayan.
Tarikh Berita:26 Oktober 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

25 Oktober 2019

25 Oktober 2019

Tajuk :Intip 2 minggu
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Bahau: Kampung Indah,Bahau diperuntukan sebanyak RM100 000 untuk membina 2 parit saliran baru. Projek membina parit saliran baru ini adalah bertujuan untuk mengelak masalah banjir yang dihadapi oleh penduduk Kampung Indah ini.YB Tuan Teo Kok Seong meninjau kawasan Kampung Indah Bahau untuk melihat sistem saliran parit di Kampun Indah.
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seoul:YB Tuan Teo Kok Seong mengetuai lawatan delegasi ke Seoul untuk melihat kemajuan pembangunan disana.
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban: YB Loke Siew Fook berkata dengan wujudnya Laluan Rel Pantai Timur(ECRL) ia dapat membantu dalam membangunkan kawasan perindustrian kecil di negera ini lebih-lebih lagi dalam industri pertanian. Beliau juga ada menyatakan sistem pengangkutan yang komprehensif, cekap dan selamat untuk negara secara tidak langsung boleh membantu dalam pembangunan negara.
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seoul:YB Tuan Teo Kok Seong mengetuai lawatan delegasi ke Seoul bertujuan untuk menjadikan Seoul salah satu contoh untuk memajukan Negeri Sembilan dan menjadi Negeri Sembilan salah satu destinasi pilihan pelancong.
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban: Majlis Makan Malam Tahunan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia (FMM) dihadiri oleh Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai,Pengerusi FMM Negeri Sembilan Steven Aroki,YB Tuan Loke Siew Fook,YB Tuan Mohamad Rafie,YB Tuan Teo Kok Seong dan juga YB Tuan Veerapan.
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Port Dickson: Sempena menjelang sambutan perayaan Deepavali,pihak Majlis Perbandaran Port Dickson telah mengadakan majlis memberi bantuan kepada kaum india yang kurang kemampuan.YB Tuan Choo Ken Hwa juga turut menghadiri majlis ini.
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seoul: YB Tuan Teo Kok Seong telah mengetuai lawatan delegasi ke Seoul.Seoul merupakan satu destinasi pelancongan yang terkenal. Menurut YB Tuan Teo Kok Seong daripada lawatan delegasi tersebut terdapat beberapa ciri-ciri destinasi pelancongan yang beh diterapkn di negeri kita dari segi bangunan bersejarah,kebersihan bandar dan juga pengangkutan awam yang baik.
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Seremban: YB Tuan Loke Siew Fook berkata sangat penting untuk kita memperbaiki sistem pengangkutan di negara ini. Beliau menegaskan bahawa sistem pengangkutan yang baik boleh memainkan peranan yang penting dalam memastikan pembangunan ekonomi negara.
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Seremban:YB Tuan Loke Siew Fook berkata terdapat beberapa pihak yang telah mencadangkan konsep baru dalam pengangkutan awam iaitu bas e-hailing semasa beliau menghadiri Majlis Makan Malam Tahunan Persekutuan Pengilang-Pengilang Malaysia(FMM). Namun cadangan itu perlu dikaji semula dari segi peraturan membenarkan bas mengambil penumpang dan menghantar mereka ke destinasi yang diminta bukannya di perhentian bas. Majlis makan malam tersebut turut dihadiri oleh Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai,Pengerusi FMM Negeri Sembilan Steven Aroki,YB Tuan Mohamad Rafie,YB Tuan Teo Kok Seong dan juga YB Tuan Veerapan.
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :Guang Ming Daily

Tajuk :Port Dickson: YB Tuan Choo Ken Hwa menghadiri majlis perasmian Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia 2019. Sebanyak 50 kumpulan kuil menyertai pesta ini dan terdapat beberapa kumpulan kuil dari negara lain seperti Vietnam dan Thailand turut sertai pesta ini. Menurut beliau,pesta kebudayaan seperti ini juga boleh mempromosi aktiviti pelancongan di negara kita.
Tarikh Berita:25 Oktober 2019
Akhbar :Oriental Daily News

24 Oktober 2019

Tajuk :Pertimbang turun harga rumah milikan asing

Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Sinar Harian

Tajuk :Harga siling turun
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Harian Metro

Tajuk :Seremban:YB Tuan Ng Chin Tsai berkata bagi mengurangkan potensi banjir, pihak berkuasa akan mula menaik taraf sistem perparitan di jalan Seremban. Beliau juga menyatakan projek menaik taraf sistem perparitan ini melibatkan pemasangan parit saliran baru,kos projek adalah RM400 000 dan panjangnya 185 meter.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Guang Ming Daily

Tajuk :Seremban:Satu sidang media di Wisma Negeri yang dibuat oleh YB Tuan Teo Kok Seong, YB Tuan Veerapan dan juga YB Tuan Arul Kumar mengenai harga siling pembelian rumah warga asing di Negeri Sembilan. Menurut YB Tuan Teo Kok Seong kerajaan akan mengkaji semula dasar pembelian rumah sedia ada untuk menurunkan kadar siling RM2 juta yang ditetapkan kepada warga asing di Negeri Sembilan.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Guang Ming Daily

Tajuk :Seremban:Satu sidang media telah diadakan oleh YB Tuan Teo Kok Seong,YB Tuan Veerapan dan juga YB Tuan Arul Kumar. YB Tuan Teo Kok Seong berkata kerajaan Negeri Senbilan akan mempertimbangkan cadangan penurunan harga siling rumah bagi pembeli warga asing di negeri itu dalam usaha meningkatkan pembelian rumah yang tidak terjual. YB Tuan Arul Kumar pula mengulas mengenai Karnival Deepavali yang akan diadakan di Seremban yang telah berlansung pada 17 sehingga 26 Oktober 2019. Terdapat 108 peniaga kecil yang terlibat didalam karnival kali ini dan terdapat beberapa program dan persembahan pada pukul 8 malam sepanjang karnival ini. YB Tuan Veerapan pula mengulaskan tentang Perlaksanaan Skim Harga Maksimun Musim Perayaan dimana beliau berkata pemeriksaan SHMMP akan dilakukan selama 14 hari bermula 20 Oktober 2019 sehingga 2 November 2019. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk mengelakkan peniaga menaikkan harga barang secara mendadak pada musim perayaan Deepavali nanti.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Labu:YB Tuan Cha Kee Chin melawat sebuah sekolah kebangsaan di Labu Batu 8,dimana sekolah tersebut mengalami masalah bekalan elektrik. Beliau berkata bantuan kepada sekolah ini akan diberikan bagi membaik pulih bekalan elektrik di sekolah ini dan projek perbaiki bekalan elektrik ini akan bermula pada bulan Oktober ini.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Seremban:YB Tuan Taufek melawat Stesen KTM Sungai Gadut ekoran pada 17 Oktober 2019 stesen ini terlibat dalam banjir yang menyebabkan banyak kenderaan yang ditenggelami air. Kerajaan negeri akan berkerjasama dengan Perbadanan Aset Keretapi bagi memberikan bantuan atau pampasan kepada pemilik kenderaan yang terjejas dalam banjir kilat di stesen tersebut.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Nanyang Siang Pau

Tajuk :Labu: YB Tuan Cha Kee Chin melakukan lawatan di sebuah sekolah di Batu 8 Labu diiringi pihak sekolah dan juga ketua kampung kawasan sekolah tersebut.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Nilai: YB Tuan Arul Kumar menghadiri Program Stationary Bank yang dianjurkan oleh MPKK Kg Baru Nilai dengan kerjasama beberapa pihak lain dalam memberi bantuan alat tulis kepada pelajar sekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kuo Min,Nilai.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban: YB Tuan Veerapan memberitahu Jabatan Alam Sekitar telah mendapat aduan mengenai pencemaran air di kawasan Sendayan Tech Valley. Beliau dan beberapa pihak JAS telah melawat dan mengambil sampel air yang tercemar dan ia akan dihantar untuk dianalisiskan. Kejadian ini dipercayai berlaku kerana datang dari air yang telah digunakan untuk memadam kebakaran dalam kejadian kebakaran di Pusat Kualiti Alam baru-baru ini.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban: YB Tuan Ng Chin Tsai memberitahu bahawa projek menaik taraf sistem saliran parit dijangka siap pada Disember ini. Beliau menegaskan projek ini mesti dilakukan supaya dapat menangani isu banjir dikawasan ini.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban:YB Tuan Teo Kok Seong berkata kerajaan Negeri Sembilan akan mempertimbangkan cadangan penurunan harga siling rumah bagi pembeli warga asing di negeri itu dalam usaha meningkatkan pembelian rumah yang tidak terjual. YB Tuan Arul Kumar pula mengulas mengenai Karnival Deepavali yang akan diadakan di Seremban yang telah berlansung pada 17 sehingga 26 Oktober 2019.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :Sin Chew Daily

Tajuk :Seremban: YB Tuan Veerapan melawat kawasan air yang tercemar di kawasan Sendayan Tech Valley. Beliau berkata beberapa sampel air telah diambil untuk dianalisis.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban:YB Tuan Teo Kok Seong berkata kerajaan Negeri Sembilan akan melakukuan kajian semula bagi menurunkan harga siling rumah untuk pembeli warga asing bagi hartanah kediaman yang tidak terjual di negeri ini. Kajian ini dilakukan semula bagi memastikan harga siling rumah bagi pemilik warga asing lebih kompetitif.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban: YB Tuan Ng Chin Tsai berkata projek membina parit di Jalan Temiang telah diperuntukan sebanyak RM400 000 bagi menyelesaikan kejadian banjir di kawasan tersebut. Projek itu dijangka akan selesai menjelang akhir bulan Disember tahun ini.

Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Seremban: YB Tuan Veerapan merasmikan Hari Alam Sekitar Negara dan Penganugerahan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar 2019 Peringkat Negeri Sembilan di d’Tempat Country Club,Bandar Sri Sendayan.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :China Press

Tajuk :Port Dickson: YB Tuan Choo Ken Hwa menghadiri Majlis Perasmian Pesta Kebudayaan Guan Gong Antarabangsa Malaysia.
Tarikh Berita:24 Oktober 2019
Akhbar :China Press