A- A A+
  • main header1

  • Untitled 2 01
  • free banner
  • buletin ppans header
  • u pustaka
  • Muat turun aplikasi terbaru My u-PUSTAKA sekarang.Anda boleh meminjam buku-buku dari 8 perpustakaan konsortium dan dihantar ke pintu rumah menerusi perkhidmatan PosLaju.

  • androidDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini
  • appleDapatkan Mobile Apps untuk U-pustaka di sini

  • LOGO

    Portal u-Pustaka menyediakan akses kepada kandungan dan perkhidmatan maklumat untuk ahli-ahli u-Pustaka secara efisyen, bersepadu, telus, pada bila-bila masa dan di mana sahaja menerusi dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Sumber Elektronik merupakan kombinasi sumber-sumber atas talian seperti buku elektronik, majalah elektronik, brosur elektronik dan sejarah lisan berbentuk animasi.


  • overdrive logo

    Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum daripada penerbit-penerbit terkemuka tersedia untuk dipinjam. Terdapat 4,476 judul e-buku, 140 judul buku audio dan 98 judul e-buku+buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive. Anda dibenarkan meminjam dalam satu masa, sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.Pastikan anda telah memasang terlebih dahulu perisian Adobe Digital Editions (untuk proses muat turun & membaca e-Buku yang dipinjam) dan perisian OverDrive App (bagi proses memuat turun & mengakses buku audio/bahan berbentuk video yang dipinjam) di komputer . PNM Overdrive juga sangat mudah untuk dicapai secara terus dengan menggunakan tablet/telefon pintar anda. Anda hanya perlu memuat turun dan pasangkan aplikasi mudahalih bernama Libby, by Overdrive dari iTunes Store (Untuk pengguna iPhone/iPad/peranti Apple) ATAU Google Play Store (Untuk telefon pintar/tablet/peranti berasaskan Android) .

     

    Bagi pengguna Libby, sila tekan butang "Find Your Library" - laksanakan carian atas nama perpustakaan iaitu "National Library of Malaysia". Sila gunakan mana-mana satu daripada Library Card Number yang disediakan (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999)- apabila diminta oleh sistem portal/aplikasi mudahalih Libby), ketika anda hendak meminjam atau membaca e-buku secara dalam talian.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • BLIS NEW LOGO
     
    Perpustakaan dan Perkhidmatan Infolink BERNAMA (BLIS) merupakan portal penyelidikan yang mengandungi pelbagai maklumat serta akses kepada berita dan maklumat penting di Malaysia. BLIS merupakan perkhidmatan pangkalan data yang disediakan oleh agensi berita BERNAMA. Antara sumber maklumat yang anda boleh perolehi adalah seperti berita semasa dan arkib berita BERNAMA (lebih dari 4,768,880 artikel berita tempatan dan 279,227 berita antarabangsa), lebih dari 9,162 biografi/profail tokoh-tokoh di Malaysia, lebih dari 9,712 teks penuh ucapan, fakta dan statistik penting berkaitan Malaysia, laporan sektoral, direktori dan pautan kepada pusat sumber dan maklumat BERNAMA.

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<
  •  

    eLib logo

    Perkhidmatan peminjaman e-Buku (terbitan tempatan) secara dalam talian menerusi portal PNM ELib ini disediakan khas untuk kemudahan anda oleh Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama . Ia menyediakan akses kepada 3,900 judul e-buku tempatan daripada pelbagai bidang perkara dan daripada penerbit tempatan yang terkemuka. Antara bidang perkara yang diliputi adalah agama, bahasa, autobiografi dan biografi, hiasan rumah, jenayah dan pelbagai. Pengguna dibenarkan meminjam sebanyak 2 naskhah e-buku dalam satu masa di mana e-buku yang dipinjam akan dapat dibaca untuk tempoh selama 7 hari.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    Pressreader

    Pangkalan data PressReader menyediakan akses segera kepada lebih dari 2,446 judul e-suratkhabar dan 3,915 judul e-majalah terkemuka dunia, daripada lebih 152 negara dalam 56 bahasa dalam format teks penuh (full-text) dan replika digital. Bagi kandungan suratkhabar Malaysia, terdapat 12 buah suratkhabar utama yang boleh anda akses iaitu The Borneo Post, China Press, Nanyang Siang Pau, Utusan Borneo, The Star & Star 2, Oriental Daily News, The Borneo Post, The Wall Street Journal Asia, The Sun dan The Malaysian Reserve. Anda juga boleh mengakses pelbagai judul e-majalah tempatan diantaranya, Women Health (Malaysia), Female (Malaysia), Majalah Lelaki, Men's Health, Glam dan lain-lain lagi.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • Zinio Logo

     

    Zinio adalah pangkalan data e-majalah yang menyediakan akses kandungan majalah luar negara (isu terkini dan terdahulu) yang boleh dimuat turun secara kekal oleh pengguna. Tiada had dari segi bilangan judul/isu untuk dimuat turun dan juga tiada had dari segi tempoh masa pembacaan. Kandungan e-majalah meliputi pelbagai bidang perkara, seperti bacaan umum, kesenian, fotografi, kenderaan automotif, perniagaan, keibubapaan, kraftangan, komputer dan sebagainya. Jumlah keseluruhan e-majalah yang terdapat di dalam pangkalan data Zinio adalah sebanyak 100 judul. Antara judul-judul e-majalah popular yang boleh anda baca: Newsweek, Reader's Digest, Digital Photo, Top Gear, CHIP, PC Magazine, Popular Science, New Scientist, Astronomy, Popular Mechanics, Discover, Outdoor Photographer dan banyak lagi. Anda juga boleh melihat (browse) senarai judul e-majalah mengikut genre dan bahasa.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • UNiLibrary logo

    UN iLibrary adalah sebuah repositori digital khusus yang telah dibangunkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia menyediakan akses secara komprehensif bagi memudahkan anda membuat carian kepada sumber-sumber rujukan dan terbitan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia memudahkan Pustakawan, pakar maklumat, cendekiawan, pelajar, penggubal dasar, orang yang berpengaruh dan orang awam yang ingin mengakses kepada pelbagai terbitan, jurnal, data, laporan serta terbitan bersiri yang diterbitkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. UN iLibrary menyediakan enjin carian serta kaedah navigasi yang fleksibel dan cekap bagi membantu anda mendapatkan bahan rujukan yang diingini. Setiap tahun, kira-kira 500 tajuk baru akan dimuatnaik ke UN iLibrary. Kira-kira 70% kandungannya dalam Bahasa Inggeris dan ia meliputi topik-topik berikut: Pertanian Pembangunan Luar Bandar dan Perhutanan; Kanak-kanak dan Belia; Demokrasi dan Tadbir Urus; Perlucutan senjata; Dadah, Jenayah dan Keganasan; Pembangunan Ekonomi dan Sosial; Persekitaran dan Perubahan Iklim, Hak Asasi Manusia dan Pelarian; Penyelesaian Manusia dan Isu Bandar, Undang-undang dan Keadilan Antarabangsa; Perdagangan dan Kewangan Antarabangsa; Penghijrahan; Sumber Asli, Air dan Tenaga; Pengaman dan Keselamatan; Penduduk dan Demografi; Kesihatan Awam ; Pengangkutan dan Keselamatan Awam; Bangsa-Bangsa Bersatu; Isu Wanita dan Jantina. Kandungan disusun mengikut tajuk, tahun penerbitan dan mengikut abjad. Enjin carian juga tersedia.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  •  

    OokbeeBuffet icon175x175

    Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya. Selain itu, anda juga boleh mengakses tanpa had kepada koleksi-koleksi terbitan Disney menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet. Semua koleksi di bawah PNM Ookbee Buffet hanya boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih Ookbee Buffet menggunakan tablet/telefon pintar. Lihat video promo Ookbee di sini :- Video 1 Video 2 .

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • i LearnAce logoi-LEARN Ace merupakan sebuah platform e-pembelajaran abad ke-21 di mana ia telah dibangunkan secara eksklusif oleh Sasbadi Online. Antara ciri unik i-LEARN Ace ialah adanya fungsi nota di mana ia mengandungi lebih daripada 200,000 helaian nota. i-LEARN Ace juga menyediakan lebih kurang 300,000 set-set soalan terkumpul di dalam bank soalannya. Para pelajar mudah untuk menjawab soalan-soalan latihan dan mengakses nota-nota pelajaran secara atas talian atau offline. Selain daripada menepati 100% silibus Kementerian Pelajaran Malaysia yang terkini, i-LEARN Ace turut mewujudkan komunikasi tiga hala diantara ibubapa, cikgu serta para pengguna kerana platform ini direka khas untuk meningkatkan kemahiran belajar para pengguna bermula dari Tahun 1 - Tingkatan 5.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • elaw Logo

    Pangkalan data eLaw adalah merupakan pangkalan data yang mengkhusus dalam bidang perundangan. Ia menyediakan maklumat mengenai kes-kes perundangan (kes-kes berkaitan syariah, Industrial Court Awards dan kes-kes di bawah undang-undang Persekutuan). Anda juga boleh mengakses kepada pelbagai artikel/bahan terbitan perundangan terpilih, undang-undang perbandaran (municipal law), glosari/kamus perundangan (legal dictionary), tafsiran berkanun (statutory interpretations), daftar terjemahan istilah perundangan (English-Malay-English), arahan amalan perundangan (practice notes) menerusi pangkalan data ini. Enjin carian juga tersedia untuk kemudahan anda.

     

    >> Klik disini untuk Manual Penggunaan <<

  • hari ibu
  • WhatsApp Image 2024 11 13 at 1.10.00 PM
  •  

    enhamdan
     
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH
    kepada Encik Hamdan bin Haji Nordin atas pelantikan sebagai Pegawai Menanggung Tugas Pengarah
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan bermula 21 Oktober 2024.

    Ikhlas daripada:
    Seluruh warga kerja
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
  • logo library PPANS
     
    www.nslibrary.gov.my
    Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
    Jalan Persiaran S2 B2, Seremban 2, 70300 Seremban
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

    No. Telefon : 06-7635989
    No. Fax : 06-7635944




  • arrow2Dasar Terbuka Sektor Awam (DATASET)

    Portal Data Terbuka Sektor Awam, data.gov.my yang dibangunkan secara dalaman telah dilancarkan oleh YB. Datuk Joseph Entulu Anak Belaun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Persidangan CIO ASEAN 2014. Portal ini merupakan one-service-centre kepada rakyat mencapai dan memuat turun dataset data terbuka Kerajaan secara dalam talian.

    Portal ini telah dinaik taraf dengan penambahan ciri-ciri baharu mengikut trend data terbuka peringkat global bagi memudahkan capaian ke atas set data terdapat dalam portal ini. Portal ini telah dinaik taraf dan Go Live pada 23 Mei 2016.

    Objektif Data Terbuka:

     Membolehkan data terbuka dikongsi secara lebih meluas dan meningkatkan ketelusan perkhidmatan Kerajaan;
    Memberi peluang kepada rakyat dan komuniti bisnes bagi meningkatkan kreativiti dan inovasi di dalam penciptaan produk baharu;
    Menyediakan platform kepada rakyat bagi mendapatkan maklumat dari sumber rasmi Kerajaan dan sebagai saluran mendapatkan maklum balas daripada rakyat;
    Menjimatkan masa capaian dataset data terbuka oleh rakyat;dan
    Menjimatkan kos pembangunan aplikasi agensi Kerajaan.

  • dam harimau 2025
  • pencen kak sapiah
  • MB membaca 2025
  • jom baca 10 minit
  • MESYUARAT PENYELARASAN PEMBANGUNAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PAN DAN GALAKAN MEMBACA KEBANGSAAN
  • iftar2025
  • quran hour2025
  • bengkel sahabat perpustakaan 2025
  • meeting bod 2025
  • BENGKEL MELESTARIKAN PERMAINAN TRADISIONAL DAM HARIMAU SEBAGAI IDENTITI NEGERI SEMBILAN 7 Mei 2025 9.00 pagi Bilik Seminar, Perpustakaan Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menganjurkan Bengkel Melestarikan Permainan Tradisional Dam Harimau Sebagai Identiti Negeri Sembilan yang bertujuan untuk memperkenalkan semula Dam Harimau sebagai salah satu permainan tradisional Negeri Sembilan yang kaya dengan adat dan tradisi. Taklimat bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Harun bin Mansor yang merupakan seorang penggiat dan pakar dalam bidang permainan tradisional di Negeri Sembilan sejak tahun 1999. Beliau juga berkongsi sejarah dan teknik permainan Dam Harimau kepada para peserta bengkel. Peserta bengkel ini terdiri daripada kakitangan PPANS, Perpustakaan Negara Malaysia (Negeri Sembilan), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan, Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan, dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
  • SEKALUNG BUDI, SENTUHAN ABADI SEMPENA MAJLIS PERSARAAN KAKITANGAN PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN 5 Mei 2025 9.30 pagi Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Negeri Sebagai mengenang jasa dan keringat serta khidmat bakti, Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan Majlis Persaraan bagi meraikan kakitangan yang bersara setelah menabur bakti berkhidmat di PPANS. Kakitangan yang diraikan adalah Puan Safiah binti Ahmad yang telah berkhidmat di PPANS sejak 5 November 2003. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Timbalan Pengarah PPANS, yang telah menyampaikan cenderamata penghargaan kepada Puan Safiah. Beberapa rakan sekerja turut menyampaikan cenderamata sebagai tanda kenangan dan penghormatan atas jasa beliau selama ini.
  • SOKONGAN KEPIMPINAN NEGERI SEMBILAN UNTUK PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT SEHARI 23 April 2025 Wisma Negeri, Seremban. Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas penyertaan dan sokongan YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, serta barisan kepemimpinan negeri meluangkan masa selama 10 minit untuk menyertai Program Jom Baca Bersama untuk 10 Minit Sehari walaupun ketika Majlis Mesyuarat Kerajaan sedang berlangsung di Wisma Negeri, Seremban.
  • HARI TERBUKA PERPUSTAKAAN 2025 23 April 2025 9.30 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Hari ini telah berlangsungnya Hari Terbuka Perpustakaan yang dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) yang penuh kemeriahan dan pengisian. Menerusi program ini, dua acara utama telah dijalankan serentak iaitu Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit Sehari dan Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan serta Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri.
  • MESYUARAT PENYELARASAN PEMBANGUNAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI (PAN) DAN GALAKAN MEMBACA KEBANGSAAN BIL. 1/2025 14 April 2025 (Isnin) Hotel Perdana, Kota Bharu Kelantan Pada 14 April 2025, En. Hamdan bin Hj. Nordin, Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pembangunan Perpustakaan Awam Negeri (PAN) dan Galakan Membaca Kebangsaan Bil. 1/2025 yang berlangsung Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Mesyuarat ini melibatkan kerjasama antara Perpustakaan Negara Malaysia dan pengarah-pengarah perpustakaan awam seluruh Malaysia. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Edy Irwan bin Zulkafli, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia.
  • MAJLIS IFTAR RAMADAN 25 Mac 2025 5.30 petang Teratak Lereen, Rasah Kemayan, Seremban 2 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah menganjurkan Majlis Iftar Ramadan bersama warga kerja PPANS dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan. Majlis sebegini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara warga kerja PPANS dan PNM serta menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan yang mulia ini. Turut dihadiri YBrs. Encik Hamdan bin Haji Nordin, Timbalan Pengarah PPANS yang menyampaikan sumbangan khas Aidilfitri kepada warga kerja yang memerlukan.
  • PROGRAM WORLD QURAN HOUR 2025 DAN PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK 25 Mac 2025 8.00 pagi Perpustakaan Negeri, Seremban 2 Hari ini Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) turut serta dalam Program World Quran Hour 2025 yang diadakan serentak di seluruh negara. Program ini berkonsepkan pembacaan, penghayatan, tadabbur, dan mengamalkan Al-Quran secara bersama.
  • MAJLIS PENUTUP BENGKEL SAHABAT PERPUSTAKAAN 20 Mac 2025, 3.00 petang Bilik Seminar, Seremban 2 Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS) telah mengadakan Bengkel Sahabat Perpustakaan yang telah dihadiri oleh seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan PPANS serta Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Negeri Sembilan.
  • MESYUARAT AHLI LEMBAGA PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI SEMBILAN (PPANS) BIL. 1/2025 18 Mac 2025 2.30 petang Bilik Mesyuarat Pejabat Kewangan Negeri, Wisma Negeri, Seremban Mesyuarat Ahli Lembaga PPANS Bil. 1/2025 telah dipengerusikan oleh YB Dato' Mohd Zafir bin Ibrahim, Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan.